
Telah tiga hari berturut hujan di pedalaman Sabah dan cuaca mendung, manakala beberapa batang sungai menjadi keruh akibat banjir dua hari lalu, walau bagaimanapun, bagi pemancing tegar seperti dalam gambar dikiri, cuaca bukan penghalang untuk turun beraksi dari tebing sungai, walaupun hujan terus turun. Bagi sesetengah orang, jika telah menjadi hobi walau apa keadaan cuaca sekalipun, asalkan dapat melabuh pancing, ia sudah memadai. Pemancing ini kelihatan memulakan aktiviti sejak awal pagi dan menghabiskan operasinya sekitar jam 230 petang. Lihat betapa gigihnya si abang kita ini, siap dengan sekaki payung tempat berlindung daripada hujan. Dalam keadaan air yang keruh, ikan sembilang begitu mudah menyambar umpan, mungkin ini lah yang di'target' oleh pemancing berkenaan.