Satu outing dengan ahli IAT pada Sabtu lalu begitu mengujakan
walaupun hasil tidak seberapa untuk dibawa balik sebagai ole-ole kepada
menteri dalam dapur. Apa tidaknya hasil hanya beberapa ekor anak ikan
yang masih remaja selain seekor 'ompak' sebagai trofi of the day.
Saya
bersama navigator regular turun seawal am 6 pagi meskipun air agak
rendah sekitar 0.7m sahaja, dan laluan meredah kuala sungai tidak lah
sesukar beberapa minggu lalu. Sesampai di teluk Weston kami mencari
umpan hidup dan misi ini juga agak senang kerana jumlah udang yang masuk
dalam jala setiap tebaran agak lumayan. Tambahan pula saiz udang-udang
ini agak sesuai untuk menjerat si ikan putih. Kelihatan dikiri kanan
dikedalaman melebihu 2 meter para nelayan pantai memasang pukat hanyut
mereka untuk mencari spesis yang sama. Kelebihan kami kami mencari
ditempat yang memang cetek sekitar o.5 meter kedalaman air. Memang nasib
dalam mencari umpan agak baik kerana walaupun air agak jernih umpan
memang banyak.
Dengan jumlah lebih 100 ekor kami segera
berlepas ke lubuk JTSFI. Kawasan ini agak lengang..meskipun ada
sesekali aksi kejar mengejar si anak ikan berlaku. Sesuatu yang perlu
diketahui adalah banyaknya anak ikan jadi santapan si ikan putih. Di
kiri kanan jeti berkenan terlalu banyak termasuk ulu-ulu dan bilis. Ini
menjadikan si ikan putih tidak berapa naik selera dengan udang hidup
yang kami hidangkan.
Keletihan dengan aksi menunggu
kami beredar ke lokasi bawah jeti sebenar...dengan warna air yang
membiru, kita boleh nampak sehingga kedalaman 5- 7 meter, dan yang
paling mengujakan adalah kelihatan si ikan putih berenang sekawan secara
ulang alik sebesar 2-4 kg seekor seperti dalam oceanarium di Under
Water World Langkawi. Malangnya ia tidak berselera menjamah umpan
kami...jika sekiranya umpan kami dijamah...memang kerja keras terpaksa
dibuat kerana mengelakkan ikan membawa tali melilit ke tiang jeti yang
mempunyai teritip tebal.
Terhibur juga dengan gelagat
ikan yang sedang berehat semasa kami memburu si ikan putih...Minggu
depan ingin mencari si ikan putih mega di lokasi yang sama dengan
menggunakan light jig....jika ada rezeki....