Wednesday, December 26, 2012

The Closing Activity of 2012


Sabtu hujung minggu ini belum pasti. Hati kuat menarik-narik untuk buat aksi. Entah solo entah berteman. Jika semua geng sibuk aksi solo terpaksa diteruskan. Persediaan sudah semua lengkap. Cuma yang belum adalah bekalan minyak untuk perjalanan berkenaan. Dalam banyak hal kapten IAT atau GIN yang tanggung semua. Biasanya, ahli hanya akan keluar modal sekali dalam 7-8 aktiviti. Kemudian kalau hasil kurang, kapten juga selalu beralah dengan hanya mengambil jumlah minima untuk keluarga kecil berbanding dengan keluarga yang besar atau ahli yang jarang-jarang keluar berasi....

Kalau dapat untuk keluar beraksi pada Sabtu ini, ia akan menjadi aktiviti penutup bagi tahun 2012. Ini adalah kerana pada hari Ahad tidak mungkin akan dapat membuat aktiviti di laut sebab mempunyai komitmen kemasyarakatan dengan kampung orang Kuala Mengalong, Sipitang.

Dalam melunaskan aktiviti yang diminati, komitmen terhadap kehidupan bermasyarakat juga jangan dilupakan.....

BYE BYE 2012 ...WELCOME 2013


The End is near....Close to an end.....just to quote a classical song by Frank Sinatra entitled My Way...But the whole song is not really related to what I will going to share here.

2012 is almost there to end...so too any activity related to angling for this year. Looking at schedule this coming Saturday and Sunday, only Saturday to make way possible for an outing. Sunday will never be another activity because there are things to be done in preparation for new year especially  for school opening. So the whole Sunday will be all day event for the lovely family....

So happy new year 2013 to you all guys..

Lain Dirancang Lain Yang Jadi


Perancangan awal pada cuti sempena krismas ini sebenarnya ingin menyempurnakan hajat untuk menakluk kawasan kuala sungan Bangkudian, yang terletak antara kawasan Menumbok dan Weston. Perancangan ini biat setelah mengambil kira jarak masa yang telah agak lama kawasan ini tidak titinjau oleh geng infongail aka IAT. Dalam masa yang sama pengalaman minggu lalu, semasa dalam aksi solo, umpan agak banyak dan mudah didapati. Oleh kerana faktor inilah perancangan dibuat untuk melawat lubuk silam berkenaan. 

Pesanan ringkas dibuat kepada ahli tetapi semua tiada kesempatan yang mengizinkan, kerana masing-masing ada hal sendiri selain komitmen terhadap keluarga. SMS saya dibalas dengan jawapan masing-masing ada hal meskipun hati kuat sangat untuk turun beraksi.

Sebelum balik pada petang Isnin berkenaan saya telah membeli sebatang joran cap ayam dengan potongan 20% memang cukup murah. Namun murah ada risikonya. Saya membeli joran berkenaan kerana menggantikan sebatang joran saya yang patah jenama ayam katik tetapi telah berkhirmat hampir 5 tahun dan berpasangan dengan shimano....Agak malang semasa ditarik akibat tersangkut pada (entah apa) joran menjadi mangsa. Akibatnya terpaksa diganti dengan yang baru tapi cap ayam.

Pada sebelah malam semasa menggantikan joran berkenaan, semasa screw lock diketatkan, screw lock pula pecah dan joran menjadi sia-sia kerapa tidak dapat digunakan kerana jika digunakan dikhuatiri akibat renjatan ikan spool pula akan menjadi mangsa jatuh ke laut. 

Akibat tidak jadi untuk misi hari natal, saya dibawa oleh setiausaha saya untuk menemani beliau untuk satu urusan perniagaan. Kesempatan ini lah saya ambil untuk mencari joran baru bagi menggantikan pula joran cap ayam dengan joran jenama figo dari salah sebuah kedai di pekan Bongawan,  yang ini  juga tidak kurang dengan kualiti daripada cap ayam. 

Oleh kerana perancangan tidak menjadi, saya membuat sedikit kerja kebajikan pada sebelah petang. saya membawa tukul dan paku bagi membaiki anak tangga JPPS yang telah 'rongek' tidak dipeduli oleh pihak berwajib. Saya memaku anak tangga berkenaan kerana anak tangga yang 'rongek' boleh membahayakan keselamatan pengguna. Mudah-mudahan ada pihak yang akan memberikan perhatian keatas kemudahan asas rakyat seperti ini sesuai dengan slogan politik pemerintah " Rakyat didahulukan"...jika tidak pun yang susah rakyat memang  rakyat yang merasai susah dahulu.....

Monday, December 24, 2012

Tuna Oh Tuna...


Musim tuna tiba lagi di laut Sipitang.  Menurut perkhabaran daripada para nelayan di daerah ini, tuna sebesar dari 2kg - 8 kg seekor menjadi sasaran mereka. Saya tidak ada pengalaman mengenai tuna ...jadi saya tidak berani menyahut cabaran mereka untuk turun ke medan tempur. Kerana silap langkah hanya berputih mata dibuatnya. ada beberapa perkara yang membuatkan saya tidak berani menyahut cabaran berkenaan.

Pertama - Tuna merupakan spesis ikan pemangsa , jadi umpan yang dipilih hendaklah yang menjadi makanan spesis berkenaan. Selama  ini saya hanya menjerat GT dan ikan merah yang lebih gemar kepada udang hidup  sebagai makanan untuk menjerat merka. Tuna lebih suka ikan bilis atau tamban yang dicincang halus sebagai penarik supaya datang berkawan. Manakala tuna di sebelah sempurna, lebih tepat lagi di laut mabul lebih minat dengan sotong yang dibalut dengan pewarna tiruan, dan tuna jenis ini dipanggil yellow fin tuna dengan kedalaman 70 -100 meter.

Tuna di daerah Sipitang mungkin bermusim, dan mengejar anak ikan jenis 'pusu' atau bilis. Menurut penelitian penulis apa yang pernah saya lihat sendiri, spesis ini memang mempunyai kudrat yang tinggi dengan larian deras. Ini memerlukan tali yang agak panjang melebihi 150 meter.

Kedua - umpan yang digunakan adalah merupakan yang menjadi 'diet' kepada spesis ini,. dalam hal ini umpan yang biasa digunakan adalah 'pusu' atau tamban yang dicincang. Masalah yang dihadapi adalah untuk mendapatkan umpan yang fresh terutama sekali jika tidak ada pusu yang dijuala di pasar.

Oleh sebab itu, saya tidak bersedia untuk bertarung di medan tempur spesis ini buat sementara waktu.....

MERRY CHRISTMAS

To all my blog readers who celebrate Christmas...Merry Christmas and Happy new year...May the celebration brings joy and happiness to you and your family....

Sunday, December 23, 2012

MESKI SOLO...HAJAT DITUNAIKAN


Sudah dinekadkan di hati bahawa Ahad yang terluang akan digunakan untuk satu misi meskipun diramal dalam Mayan Calender dunia akan kiamat. Ada dua perkara saya menolak kemungkinan berlaku perkara yang diramal, pertama saya berpegang kepada aqidah Islam dengan perkataan lain saya hanya percaya ketentuan ALLAH. Yang kedua saya adalah pemancing TEGAR, mengikut kamus sendiri laa....

Setelah regular member dalam IAT mempunyai komitmen masing-masing, saya tidak memaksa mereka membatalkan rancangan masing-masing, sebaliknya saya nekad turun secara solo. Biasanya kalau beraksi secara solo, keputusan dapat dibuat dengan mudah.

Selesai solat subuh saya memulakan perjalanan ke JPPS dan menyiapkan segala kelengkapan. Shell Sipitang kehabisan minyak sapa seorang nelayan yang dikenal dalam loghat Bruneinya. Hajat untuk menambah stok minyak terhalang, dan baki daripada minggu lalu masih cukup untuk aksi seorang diri. Tanpa membuang masa saya terus menurunkan peralatan. Selesai segala peralatan diturunkan saya segera menuju dengan laju ke lubuk umpan. 


                          ( Si tanda aka tahi lalat aka ketambak bersaiz meja)

Setelah menebar jala sekitar 30 minit, jumlah umpan lebih 100 ekor semuanya. Saya segera menuju lubuk demi lubuk. Lubuk pertama memang 'KILAR" aka kosong lah tu..tanpa lengah berpindah ke lubuk kedua...di sini hanya ada sua penghuni...dan lantas saya segera ke lubuk ketiga. Juga agak kurang sambutan membuatkan saya lari ke JTSFI. Meskipun kelihatan aksi kejar mengejar di gigi air tetapi tidak ada pemangsa bagak yang sudi menjamah umpan saya selain beberapa ekor anak kerapu dan GT junior.

Dengan rasa agak hampa saya kembali ke lubuk ketiga dan mencuba nasib sebelum balik ke pangkalan. Melihat keadaan air sedang naik, sambaran demi sambaran si GT junior dan si tahi lalat. Ini membuatkan kekecewaan kecil sedikit terubat. Mendengar laungan azan  dari mesjid kampung Sipitang saya memberhentikan aksi buat sementara waktu. Setelah sambutan semakin kurang saya kembali ke lubuk kedua. Disini juga kurang sambutan tetapi beberapa sambaran yang bersaiz meja menambah kutipan saya hari berkenaan.

Setelah keadaan air sedikit dalam dan boleh dilalui untuk masuk ke pangkalan, saya mengakiri aksi solo minggu ini dengan lebih daripada 3 kg untuk stok minggu ini....Selamat menyambut Krismas ..... tetapi saya akan meneruskan misi pada hari berkenaan.....