Thursday, September 13, 2012
CUTI UMUM PUN SAMPAI LUPA
Semasa menerima panggilan daripada rakan lama semasa di universiti dahulu, saya tidak menyangka bahawa hari Isnin merupakan cuti umum. Rakan lama berkenaan mencadangkan supaya satu perjumpaan dibuat pada hari Isnin sebagai langkah mula menggumpulkan semua bekas pelajar USM tahun 90an. Bila saya mengajukan pertanyaan mengapa dibuat pada hari Isnin beliau menjelaskan bahawa majlis ini diadakan sempena cuti umum bagi memudahkan semua alumni.
Memang telah lama semua alumni ini tidak pernah berjumpa sungguhpun hampir kesemuanya berada di Sabah khususnya di Kota Kinabalu.
Komitmen terhadap tugas membuatkan saya lupa melihat kalender yang hari Isnin berkenaan adalah cuti umum sempena Hari Malaysia. Perkara ini bukan disengajakan kerana saya tidak berada di pejabat pada ketika ini kerana sedang menghadiri suatu woksyop di BNM Kuala Lumpur. Perjalanan ini akan diteruskan lagi dengan satu kursus anjuran US Customs yang akan bermula pada 18-20 September. Nampak gayanya saya terpaksa melupakan majlis hi-tea alumni USM yang dirangka pada 17.9.2012 di hotel Le Meridien pada Isnin ini.
Walau apapun terima kasih kepada rakan-rakan yang telah memulakan usaha murni ini...
PERANCANGAN HUJUNG MINGGU
Persediaan mental sudah dibuat bagi aktiviti meneroka lubuk pada hari Sabtu dan Ahad nanti. Seandainya perancangan berjalan dengan lancar dan keadaan laut mengizinkan sekali lagi perancangan dibuat untuk menduga lubuk yang telah lama diidam-idamkan.
Mengikut berita dari Sipitang yang diterima pada hari Rabu lalu, hujan kerap melanda daerah berkenaan selain berita yang membimbangkan yang disiarkan dalam tv yang mengatakan laut agak bergelora sehingga hari Ahad. Sekiranya ini berlaku, alternatif terbaik akan segera dibuat dengan menuju ke sunggai bagi mendapatkan MJ yang juga telah lama tidak di'ganggu'.
Mudah-mudahan, cuaca akan beransur baik menjelang esok dan laut tenang bagi meneruskan misi yang terpendam.
Wednesday, September 12, 2012
Laut Sipitang Seperti Pelabuhan Sibuk
Jika dalam penerbangan melalui Teluk Brunei, akan kelihatan hamparan kapal-kapal besar berlabuh di laut Sipitang. Keadaan ini menggambarkan seolah-oleh laut Sipitang amat sibuk sebagaimana Selat Melaka. Sehingga kini bilangan kapal besar atau tanker yang berlabuh di laut Sipitang hampir mencecah 60 buah semuanya dan bilangan ini bertambah setiap bulan.
Jika dilihat pada waktu malam, seolah-olah bandar besar muncul ditengah-tengah laut disebabkan lampu-lampu kapal yang dipasang. Lampu kapal yang terang dan dipasang pada waktu malam sememangnya akan menarik anak-anak ikan bermain dengan cahaya lampu, dan sekali gus akan menariok ikan besar memakan anak-anak ikan berkenaan.
Pada masa ini, dikhabarkan ikan tenggiri mulai menghuni kawasan kapal yang memasang lampu pada waktu malam. Para nelayan tempatan sedang memburu ikan tenggiri sama ada menggunakan teknik pancingan konvensional ataupun menggunakan teknik tundaan menggunakan gewang. Menurut sumber , saiz tenggiri yang berjaya dinaikkan adalah antara 3-7 kg seekor.
Jika kapal-kapal ini lama berlabuh dilaut Sipitang, ia akan dapat membantu para nelayan tempatan meraih pendapatan akibat daripada kehadiran ikanpemangsa seperti ikan tenggiri dan baracuda.

Masih Belum Puas
Perasaan masih teruja untuk turun beraksi pada hujung minggu ini yang mempunyai cuti hujung minggu yang panjang dan bersambung dengan cui umum pada hari Isnin. Hajat hati memang ingin menduga beberapa lubuk yang telah lama tidak dikunjungi.
Hanya yang merisaukan adalah cuaca yang dilaporkan sekarang kurang menentu seperti laut bergeloran dan hujan. Jika segala perancangan berjalan dengan lancar, dan sebahagian geng IAT dapat beraksi, beberapa lubuk akan dapat AYAU pada cuti hujung minggu nanti.

Monday, September 10, 2012
Hasil daripada aksi minggu lalu, yang mencatatkan lebih 7kg hasil, membuatkan rasa rindu untuk turun beraksi paada hujung minggu ini.
Berita hasil tabngkapan turut diwar-warkan kepada rakan lain bagi membangkitkan semangat mereka supaya terasa hati mereka HANGAT untuk turut sama.
Mudah-mudahan segala perancangan dapat berjalan dengan baik. Insyaallah.

Subscribe to:
Posts (Atom)