Friday, January 25, 2013

KEDAI PANCING JUGA HOLIDAY


Sempenaa cuti umum Maulidurasul pada 24.1.2013, saya  mengambil kesempatan membawa keluarga mengunjungi beberapa pusat membeli belah bagi membuat persiapan untuk cuti pada awal Februari nanti. Biasanya sebelum memasuki pusat membeli belah, saya akan membawa mereka ke kedai makan bagi mengalas perut sebelum misi dilaksanakan.

Setelah habis meronda dan mendapat keperluan masing-masing, mereka kembali ke kampung dan meninggalkan saya sorang diri kota metropolitan ini untuk satu malam lagi sebelum  kembali  melawat mereka pada hujung minggu.

Tidak mahu mengganggu masa emas bersama-sama dengan mereka saya membiarkan mereka sepuas hati untuk membeli apa saja  yang mereka inginkan seb=hingga mereka puas dan kepenatan. setelah mereka pulang saya tidak mahu  bosan seorang diri di rumah saya keluar untuk melihat peralatan memancing bagi misi pada Sabtu nanti.

Saya teringin benar mencuba teknik popping seperti yang saya saksikan dalam video clip melalui you tube. Jika pada tahun 2009 yang lalu saya pernah menaikkan GT seberat 9.2kg di kuala sungai Sipitang, tidak mustahil spesis ini menjadikan spot berkenaan tempat mereka bermain. Atas keyakinan inilah saya ingin mencupa telnik berkenaan dan ingin membeli popper bagi misi sambilan pada Sabtu nanti.

Keluar dari rumah saya mencuba kedai pancing yang tidak berapa jauh dari rumah, tetapi malangnya mereka tutup sempena dengan cuti umum. Tidak berpuas hati dengan hanya mencuba satu kedai pancing saya keluar ke bandar KK sekitar Sinsuron. Malang sekali semua kedai peralatan pancing juga tutup dan meraikan cuti umum.

Saya pulang ke rumah dengan sedikit kecewa kerana hajat tidak tercapai.....

Monday, January 21, 2013

CERITA SABTU


Sabtu lalu saya mengagahi juga dengan hobi memancing. Kebetulan jadual pasang surut begitu cantik dimana tidak perlu bergegas turun terlalu awal kerana air masih surut sehingga jam 8:00 pagi. Selesai segala peralatan diturunkan, saya bersama geng IN terus ke spot udang hidup di laut hamparan Weston. Air agak cetek sekitar 0.7 meter. Namun disebabkan kawasan ini adalah aliran laut ia tidak mungkin akan turun lebih rendah dari 0.5 meter. Ini selamat untuk mengambil umpan. Air kelihatan sedikit keruh dan berlumpur. Mengkiut pegalaman, keadaan ini memang amat sesuai bagi spesis berkeliaran. Dan keadaan ini memudahkanmencari umpan pada pagi berkenaan.

Hanya lebih kurang dalan 120 ekor disediakan sebagai bekalan ke lubuk biasa, kami memulakan di spot pancang dan penghuni hanya ada 6 ekor dapat dinaikkan. Kami berpinah ke batu mandi dan disini kami diganggu oleh kocakan ikan besar yang disyaki barakuda. Keadaan ini mengganggu ikan lain untuk bermesra dengan hidangan kami pada hari berkenaan.

Diganggu oleh tiupan angin yang mula mengganas, kami mencuba nasib di Jeti SFI yang juga tidak kurang cabaran angin yang kami tempohi. Hampir 2 jam menjinakkan penghuni dibawah jeti kami mendapat beberapa tariakn ganas yang tidak mampu kami lawan dengan pancing kami dan terpaksa mengalah dengan menyerahkan mata kail dan umpannya. Malah dalam suatu ketika semasa saya  sedang sibuk menguruskan tali pancing yang bersimpul saya hampir kehilangan pancing shimano kerana ditarik dengan ganas, tetapi bernasib baik sepantas kilat saya menyambar pancing berkenaan. Setelah puas bertarung ternyata seekor ikan putih jenis GT hampir 1 kg  ingin meloloskan diri daripada pancing saya.


Penghulu yang menyerah kepada joran shimano pada hari berkenaan
sebelum dijadikan hidangan malam

Hasil keseluruhan aktiviti kami pada hari berkenaan lebih 4.5 kg. Masih terdapat bagi udang hidup yang tidak habis dihidangkan kepada pemangsa pada hari berkenaan. Sebelum balik setelah mengurus semuaperalatan memancing, bagi udang hidup di CnR dibawah jambatan Sungai Sipitang untuk tujuan pembiakan dikawasan berkenaan.

FENOMENA RED TIDE


Telah hampir satu bulan ketakutan orang ramai mengenai fenomena laut merah atau red tide melanda sebahagian laut antara Papar, Kuala Penyu dan Sipitang, meskipun belum ada berita menyebut secara khusus ada kes atau kejadian di daerah berkenaan. Ketakutan untuk memakan ikan masih berlaku. Walaupun sebenarnya larangan yang dikenakan adalah memakan kerang atau siput sahaja.

Fenomena ini adalah berpunca daripada sejenis rumpai laut " harmful algal bloom " yang mengeluarkan sejenis toksik  semasa bunga-bunga rumpai ini sedang  berbunga dan kandungan toksik "anything above 400 mouse units (MU) was considered dangerous" . Bunga-bunga yang kembang ini dimakan oleh hidupan laut termasuk kerang, ikan dan ketam. Rumpai yang mengandungi sejenis toksik ini tidak mendatangkan mudharat kepada hidupan laut termasuk ikan, walau bagaimanapun, jika manusia memakan ikan yang telah memakan rumpai bertoksik ini boleh membawa maut.

Dalam heboh mengenai fenomena ini, orang juga takut memakan udang yang kehidupannya bukan ditakat tetapi dikuala sungai yang keadaannya berbeza sama sekali dengan keadaan takat yang ditumbuhi dengan rumpai berkenaan.

Bagi anglers yang biasa melihat fenomena ini biasanya akan kelihatan tompok-tompok merah pada air laut yang menandakan adanya fenomena berkenaan. Walau bagaimanapun biasanya ia tidak akan menjadi merah seluas yang mungkin dan hanya kawasan-kawasan tertentu sahaja.

Kalau mengikut ramalan oleh pihak berkuasa maritime khususnya jabatan Perikanan fenomena ini akan berterusan sehingga Jun 2013 dan telah mula dikesan sejak November 2012 lalu. Jika ini berlaku sehingga Jun ia mengulangi situasi tahun 1977 apabila hampir 6 bulan fenomena ini berterusan.