Monday, December 30, 2013


Ditakdirkan bertemu jodoh walaupun hari hampir senja, begitulah ibaratnya semasa saya ingin membuat CNR keatas baki umpan hidup yang telah secara tidak sengaja terlupa untuk melepaskan setelah outing pada sebelah pagi yang tidak menyerlah langsung.

Memandangkan kepada 25.12.13 adalah cuti umum, semua ahli IAT dan associate lain tidak berupaya untuk aksi cuti umum kerana komitmen terhadap tugas dan aktiviti lain. Maka saya memberanikan diri untuk aksi solo sebagaimana suatu masa dulu.

Berbekalkan semangat umpama minyak petrol yang penuh dalam tong minyak yang dibawa, saya menghala lubuk umpan seperti biasa. Umpan tidak begitu sukar didapati sementalahan pula air agak keruh. Dasar laut juga agak bersih setiap kali jala ditarik dari dasar. Cuma kelihatan umpan yang diperolehi akag kecil yang rata-rata ' udang sagu' kata para nelayan di daerah Sipitang.

Berpuas hati dengan umpan yang diperolehi sekitar 60 ekor jumlahnya saya menuju ke lubuk yang dihajat. Namun keadaan air yang kelihatan tidak menentu dengan arus yang deras seperti berlaku banjir tidak meemungkin tangkapan yang lebih baik pada hari berkenaan. Malah ikan seakan turut bercuti dek kerana sambutan Christmas. Dengan hanya tangkapan sebesar tiga ibu jari sebanyak dua ekor, saya CNR kan di jeti/pangkalan untuk meneruskan spesis akan datang bertambah.

Walau bagaimanapun disebabkan oleh keletihan akibat aksi solo untuk mengangkat segala peralatan, saya terlupa dengan umpan yang masih berbaki di dalam bekas umpan. Nasib baik cuaca tidak begitu panas pada hari berkenaa, yang membolehkan umpan berkenaan masih boleh terus hidup hingga ke petang.

Pada sebelah petang setelah teringat umpan yang masih berbaki di dalam bot, saya memutuskan untuk merendam pancing di JPPS yang telah lama tidak diduga/lawati. Dengan hanya mengambil 4 daripada puluhan ekor udang yang masih ada, saya mencuba nasib. Dengan paras rupa udang hidup yang begitu menggiurkan, saya tidak perlu menunggu lama untuk sang ungah aka MJ terliur. Dengan kekuatan kekili dari Abu Garcia joran saya ditarik deras. "INI KALI LAH" terdetik di hati saya. Namun kepintaran sang ungah serta tabiat ingin masuk ke reba, pancing tersangkut buat seketika. Kebijaksanaan membaca taktik kotor sang ungah, saya membiarkan tali dilepaskan sedikit demi sedikit, dan taktik ini berhasil apabila sang ungah cuba meronta untuk melepaskan diri berjaya ditarik keluar.....Kalau sudah jodoh.....dia pasti dimiliki....

Ternyata .. masih ada pukulan sang ungah meskipun JPPS telah lama terbiar tanpa belaian....


Monday, November 25, 2013

MENGONGSI HOBI YANG SAMA

Dua minggu lalu, semasa melepak di JPPS, saya terjumpa seorang lelaki separuh umur sedang asyik memancing. Bermula dengan menyapa beliau yang sedang asyik merendam mata pancing, akhirnya perbualan kami berkisar kepada minat masing-masing. Beliau berasal dari negeri Cik Siti Wan Kembang dan  bertugas di Kota Kinabalu sejak enam bulan lalu. Meminati aktiviti memancing dan sanggup datang berseorangan diri ke daerah Sipitang pada hujung minggu semata-mata  kerana hobi memancing.

Semasa memancing di Sipitang beliau memaklumkan telah semalam di Sipitang dan memancing sejak malam berkenaan dibeberapa tempat termasuk tanjung pagar telah diteroka. Kebetulan ketika itu air di kuala Sungai Sipitang agar keruh dan ini tidak memberikan petanda baik untuk ikan bergred A seperti kerapu dan siakap merah. Jika air keruh yang paling mudah menyambar umpan adalah BEDUKANG selain SEMBILANG. Namun  beliau juga memaklumkan baru saja kehilangan sebatang pancing yang jatuh ditarik ikan disyaki BEDUKANG. Ikan jenis ini memang bersaiz agak bagak dan boleh mencapai berat melebihi 1 kg. Jika saiz ini menyambar umpan, tarikan memang kuat dan boleh mencuri pancing dengan sekelip mata jika tidak dipacak dengan sempurna.

Apapun pertemuan kami pada hari berkenaan telah berpeluang bertukar-tukar nombor telefon  untuk misi bersama pada masa akan datang. Saya meninggalkan beliau dengan hobinya setelah kedengaran azan yang dikumandangkan dari corong pembesar suara di seberang JPPS.

Siapa tahu suatu hari dapat dan berpeluang mencari  lubuk yang berpenghuni mega di daerah Sipitang ....kemungkinan itu memang ada.................hanya masa yang menentukan.....

Monday, November 18, 2013

PUKULAN SEBELUM CUTI

TUP..TAP..TU.. TAP...sudah penghujung tahun ....sedar tak sedar hanya tinggal berapa hari saja lagi untuk menempuh tahun baru 2014. Begitu pantas masa berjalan. Nasib baik sesetengan catatan sepanjang 2013 ada pada blog memancing ini, sekurang-kurangnya boleh dilihat semula apa aktiviti di laut tahun 2013.

Pada Sabtu lalu 16.11.2013 lalu, saya bersama geng regular telah mencuba nasib untuk mencari si putih yang sepatutnya telah mula kembali ke lubuk pilihan pada masa ini. Ini adalah disebabkan pada minggu sebelumnya salah seorang rakan sekampung memberitahu bahawa pada minggu lalu kelihatan segerombolan si putih mega berkeliaran disekeliling JTSFI mencari mangsa. Atas perkhabaran ini kami membulatkan hati untuk trip terakhir sebelum bercuti agak panjang pada hujung tahun ini.

Pencarian umpan di kuala sungai Mesapol agak mudah dan dengan bekalan yang agak banyak hanya sekitar 40 minit  diambil menjala udang hidup. Dengan saiz sederhana dan jenis yang agak aktif, kami terus beredar ke lubuk JTSFI. Namun ia tidak banyak membawa hasil walaupun sambutan ada tetapi agak dingin. Nasib baik si kerapu sedikit sebanyak membangkitkan semangat. Berlabuh dihujung jeti menjadikan pendatang baru (bot) bersama tiga krew keliahtan seperti jeles melihat kami asyik menarik ikan pelbagai saiz, akhirnya mereka meninggalkan lubuk kerana tidak ada sambutan pada pancing mereka.

Tarikan mega yang maha dahsyat oleh krew kami, ketika sedang menghilur umpan menggunakan hand line, yang secara mengejut dan amat  deras menjadikan semangat kami pulih seketika. Namun tarikan mega ini tersangkut pada tiang jeti menjadikan perlawanan berakhir dengan kehampaan.

setelah reda seketika sambutan kami berpindah ke lubuk batu dan disini sambutan si putih dikira boleh tahan dengan setiap kali umpan dihulur pasti akan ada sambaran. Walau bagaimanapun, ia tidak bertahan lama. Ini adalah biasa taktik si putih yang hanya melayan sekejap mata...

Dengan panas terik dan asakan denyutan sakit kepala kami meninggalkan lubuh sebelum jam 1 petang. Sekurang-kurangnya ada pertarungan yang boleh dijadikan kenangan sebelum cuti hujung tahun ini......

Tuesday, October 01, 2013

Angin penentu???

Menyaksikan Nat Geo di saluran 550 Astro dalam siri Hooked amat menarik bagi seorang angler seperti saya. Ketabahan dan kesabaran angler menunggu sambaran ikan amat menarik perhatian saya. Namun itu dalam filem, bagi kami dan pasukan angler dalam IAT pula pencarian dari lubuk ke lubuk adalah aktiviti biasa dalam setiap kali menduga lubuk yang belum tentu ada pulangan.

Minggu lalu tidak ada trip dibuat kerana keadaan air dan cuaca yang tidak mengizinkan. Air mencecah maksima pada awal pagi dan mulai surut jan 8 pagi , ini tidak sesuai kerana apabila kembali ke pangkalan, air sudah di paras minima dan kadang-kadang terpaksa mengerah kudrat untuk masuk ke kuala. tetapi penghalang terbesar pula adalah ribut yang berpanjangan sejak seminggu lalu.

Tidak mahu menanggung risiko, trip tidak dibuat kerananya. Insyaallah minggu depan akan dibuat trip setelah kembali dari tugasan di pulau Banggi......

Angin Penentu?????

Menyaksikan Nat Geo di saluran 550 Astro dalam siri Hooked amat menarik bagi seorang angler seperti saya. Ketabahan dan kesabaran angler menunggu sambaran ikan amat menarik perhatian saya. Namun itu dalam filem, bagi kami dan pasukan angler dalam IAT pula pencarian dari lubuk ke lubuk adalah aktiviti biasa dalam setiap kali menduga lubuk yang belum tentu ada pulangan.

Minggu lalu tidak ada trip dibuat kerana keadaan air dan cuaca yang tidak mengizinkan. Air mencecah maksima pada awal pagi dan mulai surut jan 8 pagi , ini tidak sesuai kerana apabila kembali ke pangkalan, air sudah di paras minima dan kadang-kadang terpaksa mengerah kudrat untuk masuk ke kuala. tetapi penghalang terbesar pula adalah ribut yang berpanjangan sejak seminggu lalu.

Tidak mahu menanggung risiko, trip tidak dibuat kerananya. Insyaallah minggu depan akan dibuat trip setelah kembali dari tugasan di pulau Banggi......

Monday, August 19, 2013

IKAN JUGA TURUT BERAYA??????

Bagi sesetengah orang hari raya adalah sepanjang bulan Syawal..walau bagaimanapun bagi orang kecil seperti saya, hari raya hanya beberapa hari selepas takbir. Jika lebih panjang daripada itu pasti akan mengakbatkan bajet terseliuh.

Setelah beberapa hari raya berlalu, saya dan geng infongail telah mengatur trip pesisir bagi merendam batu pancing dan melihat peluang untuk ikan fresh, sementalahan pula sudah lebih sebulan tidak merasai ikan fresh untuk hidangan.

Trip kami yang pertama adalah menduga di lubuk biasa yang baru diganti dengan tiang tanda atau ligjt house yang baru. Akibat daripada penggantian ini, tiang lama yang menjadi istana ikan telah dibuang dan dicabut. Ternyata rumah baru ikan ini masih belum meriah. Kejiranan mereka masih belum ramai. Jadi misi kami telah hambar di lubuk pertama.

Memandangkan kepada misi awal pencarian umpan kami dibuat sebelah petang untuk bekalan esok paginya, maka umpan berbaki kami kurungkan dalam bekas dan selebihnya masih dalam perahu yang bertutup. Ahhamdulillah, masih banyak yang boleh digunakan.

Dua tetamu amatur turut serta kali ini. Seorang anggota SCAN di JPM Putrajaya dan seorang lagi pelajar tahun dua dari pusat pengajian perkayuan UMS, yang juga amatur.

Beberapa lubuk diduga selepas itu, tetapi hanya keadaan hambar kerana ikan kurang frenzy. Ini adalah berkemungkinan disebabkan oleh keadaan air yang kurang sesuai dimana air pasang adalah sebelah malam dan surut awal pagi.

Trip yang lebih mengecewakan adalah trip pertama kami pada hari raya keempat apabila hanya 3 ekor anak kerapu sebesar 3 jari sudi menjamah umpan kami. Demi kesetiaan kepada hobi ini kami CNR kesemua hasil hari berkenaan untuk kelangsungan spesis bagi generasi akan datang....

Mungkin ikan juga turut berhari raya.......

Thursday, July 25, 2013

Serupa tapi Tetap Tak Sama


Bulan puasa....kini memasuki fasa kedua setelah lebih setengah bulan berpuasa, didalam hati mengimbau raya. Dilihat di bandar utama semakin ramai pengunjung untuk membeli keperluan raya untuk keluarga. Lagu raya mula berkumandang di mana-mana menceriakan suasana. Ibarat lubuk ikan dan musim ikan gerongong aka cencaru ramai pengunjung lubuk menyerang.

Minggu lalu sambil membersihkan stor kesempatan diambil sejenak membersihkan sebahagian set pancing yaang kelihatan berterabur. Melihat drag set yang agak kurang licin saya membuka  beberapa set bagi diservis dan ternyata ada yang 'datang bulan' setelah disiram dengan minyak. Ini menandakan karat telah menyerang sebahagian alat dalaman. set berjenama 'ayam' memang memerlukan kasih sayang yang lebih dan manja berbanding dengan set dengan nama yang tersohor seperti Penn, Abu Garcia, Shimano, mahupun Banax.

Perbandingan diatas adalah berasaskan fakta. Saya membuka semua set jenama ayam hampir semua semput dan datang bulan. manakala jenama tersohor ternyata masih dalam kieadaan 'dara' walau telah lama dipakai. Ini memberi pengajaran bahawa pepatah melayu ada kemebarannya alah membeli menang memakai. Murah tetapi cepat rosak dan sedikit mahal tetapi berpuas hati....Mudah2an set cap ayam masih boleh digunakan selepas raya nanti setelah berehat lebih sebulan.......

Monday, July 22, 2013

ADA KHABAR SI PUTIH NAK BERAYA

Sudah dua minggu Ramadhan berlalu, dan telah tiga minggu juga tidak ada aktiviti melabuh pancing ke laut, bukan tidak ada minat hendak turun untuk aksi semasa berpuasa, tetapi memikirkan kesan panas nanti boleh menjejaskan ibadah puasa maka niat hanya dipendamkan didalam jiwa.

Semasa berbual sewaktu sebelum 'sungkai' bersama geng IAT sempena majlis berbuka sekeluarga, ada berita kumpulan ikan putih telah kembali ke lubuk di JFSFI, berita ini boleh dipercayai sumbernya kerana datangnya daripada orang yang rapat dengan geng IAT. Dikhabarkan pada Sabtu lalu sekumpulan pemancing tegar telah dapat menaikkan tidak kurang daripada 9kg ika putih pelbagai saiz termasuk 'gerong belang' seberat hampir 2kg seekor sebanyka dua ekor.

Kawasan ini memang kawasan kawanan si putih dan si belang. Insha Allah selepas hari raya nanti kawasan ini akan dicuba untuk diteroka semula termasuk lubuj simpanan yan telah diperam......

Wednesday, July 17, 2013

GAMBARAN HARI KIAMAT (Judgement Day)

*from The News Shot

Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.- Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.- Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.- Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.- Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.- Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.- Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.- Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.- Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.- Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.- Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:- Pemimpin yang adil. - Orang muda yang taat kepada perintah Allah. - Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid. - Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah. - Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”. - Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai). - Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.- Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.- Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.- Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.- ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.- Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.- Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.- Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.- Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.- Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.- Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.- Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.- Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.- Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.- Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.- Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :1. Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab. 2. Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab. 3. Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya. Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Wednesday, July 10, 2013

AIR TENANG SABAR DI HATI

Isnin pengumuman permulaan puasa dibuat melalui radio dan tv. Kebetulan Selasa masih belum bermula puasa, jadi saya mengambil kesempatan untuk pulang ke kampung untuk bersahur bersama keluarga. Dalam perjalanan dari Kota Kinabalu, semasa melalui jalan berhampiran laut di Kimanis, saya berkesempatan melirik  ke bahagian laut dan ternyata tenang  meskipun hujan paa ketika itu.

Perjalanan petang itu diiringi hujan sehingga melewati pekan Beaufort. Memasuki daerah Sipitang cuaca begitu kering dan tina meniti jambatan sungai Sipitang kelihatan laut begitu kering kerana air surut ke paras minima. Biasanya keadaan ini jika di bawah JPPS, sekiranya menggunakan umpan yang sesuai seperti udang hidup bersaiz sederhana atau 'udang timpang' pada ketika itulah ikan MJ bersais sehingga seberat 1 kg ligat mencari mangsa di kawasan berkenaan.

Saya terus memandu ke rumah kerana hari telah hampir gelap menandakan waktu maghrib telah hampir. InsyaAllah pada  SAbtu petang akan dicuba untuk melepaskan gian dijiwa......

Thursday, July 04, 2013

Marhabban Ya Ramadhan

Setelah lebih 10 bulan giat dengan aktiviti memancing yang dilakukan hampir setiap minggu, maka seperti biasa setelah menjelang bulan ramadhan almubarak, aktiviti memancing akan dihentikan buat sementara waktu. Aktiviti ini akan bersambung semula setelah selesai eid nanti.

Dalam tempoh lebih sebulan berehat daripaa aktiviti memancing, biasanya masa terluang semasa cuti hujung minggu akan digunakan untuk men'servis' peralatan memancing yang telah bekerja keras selama hampir 10 bulan lalu. Antara lain termasuk lah membersihkan segala karat disebabkan oleh air masin, bearing dan tali pancing yang telah  mungkin menjadi rapuh mungkin perlu diganti.

Selain itu, kadang-kadang engin bot juga perlu diservis dengan membubuh minyak grease bagi kawasan yang t elah bekerja keras selama aktiviti berlangsung.

Yang pasti selepas ini adalah aktiviti hujung minggu mencari lubuk untuk pakaian anak-anak sempena hari raya yang bakal menjelang. Lubuk yang banyak menyediakan untuk aktiviti sedemikian adalah di 1B, Wisma Merdeka atau di Centre Point. Kawasan -kawasan ini memang menjadi tumpuan apabila setiap kali menjelang perayaan.... Kepada semua rakan pemancing yang beragama islam...DIUCAPKAN SELAMAT BERPUASA....MARHABBAN YA RAMADHAN.......

Tuesday, June 25, 2013

JEREBU SI JEREBU

Cuaca panas dan kering ketika ini menyebabkan hutan menjadi kering dan mudah terbakar. Kebakaran hutan secara tidak sengaja akan mengakibatkan jerebu. Semasa berada di Kedah hingga ke Melaka pada mingggu lalu kecuali Kedah yang masih mengalami hujan manakala dari Pulau Pinang hingga ke Melaka cuaca panas dan berjerebu. Pada hari Jumaat, Melaka mengalami jerebu yang semakin teruk.

Apabila kembali ke Sabah pada Sabtu, Sabah juga tidak terkecuali daripada dilanda jerebu yang jarak penglihatan sekitar 3km. Walaupun  keadaan ini tidak seteruk Johor yang  mana sekolah terpaksa ditutup sementara waktu, di Sabah bencana jerebu juga menghalang aktiviti luar termasuk memancing.

Semasa aktiviti memancing pada Sabtu, kapal-kapal yang  berlabuh di perairan Sipitang 'lesap' ditelan jerebu. Kini suasana ini telah beransur pulih dan mudah-mudahan ia akan kembali seperti sedia kala dalam  masa terdekat.

Semasa aktiviti memancing pada Sabtu lepas, ternyata tangkapan ikan juga tidak seberapa mungkin disebabkan keadaan persekitaran yang berjerebu membuatkan air sedikit sejuk akibat cahaya matahari yang terhalang. Keadaan ini menyebabkan ikan kurang aktif dan hasil kami pada hari berkenaan amat 'mengecewakan' kerana lubuk GT yang biasanya tidak menghampakan tidak melihatkan diri sepanjang aktiviti kami.....Minggu depan tidak ada aktiviti     laut disebabkan komitmen kerja dan keluarga....

Wednesday, June 05, 2013

APA ISTEMEWA MEMANCING?

Seingat saya, saya terlibat dengan hobi memancing ini telah melebihi 10 tahun dengan bermula secara biasa-biasa sahaja sambil belajar mengenai ilmu memancing. Jika pada suatu masa dahulu pancing yang dibawa hanya gegelung pancing dengan mata kail boleh dikira manakala batu ladung tidak mengenal saiz sementelah pula tali pancing yang memang besar tidak kurang daripada 60 paun. Joran ketika itu jangan cakap lah kerana kemeriahan memancing belum seperti sekarang. Manakala jenama hanya biasa-biasa sahaja.

Dalam tempoh lebih 10 tahun bergelumang dengan pelbagai jenis cabaran di laut pesisir seperti hujan angin dan ribut selain cabaran fizikal dan mental telah diharungi. Bak kata orang pengalaman mendewasakan kita. Begitulah pepatah yang tepat mengenai hobi di laut ini diabadikan. Kalau dulu tidak mengenal apa jenis ikan ...kini sedikit sebanyak telah melaluinya...kalau dahulu gaya  tarikan ikan tidak diketahui...kini serba sedikit boleh diramal ikan jenis apa yang sedang menarik tali pancing ketika sedang bertarung. Antara ikan kerapu dengan ikan merah atau putih ada bezanya. Tarikan ikan tenggiri dengan ikan putih ada perbezaan. Ikan talang dengan ikan pari jauh berbezaannya gaya tarikan tali pancing...Semua ini adalah pengalaman yang berharga yang telah dilalui.

Kini penggunaan tali pancing  juga lebih terpilih berbanding dahulu cengan cap 'fisherman' dengan kekuatan yang sedehana. Rata-rata saya menggunakan tali berkekuatan 25 -30 paun sahaja, manakala penggunaan batu ladung pula adalah mengikut kekuatan arus air, malah dalam keadaan tertentu saya tidak menggunakan batu ladung langsung dan hanya memadai dengan menggunakan kekili atau swivel. 

Jika suatu masa dahulu penggunaan perambut tidak diambil kisah tetapi kini saya lebih senang menggunakan tali yang halimunan dalam air bagi mengelirukan ikan yang menjadi buruan. Kerap dijenamakan sebagai tali hantu di pasaran adalah tali perambut yang kerap saya gunakan. Bagi aktiviti trolling pula saya lebih fokus mengggunakan tali daripada monocarbon meskipun ia agak mahal. Tali jenis ini mempunyai kelebihan dari segi kekuatan dan tahan geseran.

Mata pancing pula dari sejak dahulu saya kurang menggunakan daripada jenis VMC. Saya lebih banyak menggunakan daripada steel atau carbon, walaupun kedua-duajenis ini mempunyai kelebihan dan kelemahan tersendiri. Contohnya kekuatan steel adalah pada kurangnya untuk berkarat jika digunakan terlalu lama tetapi kekuatan ini menjadi kelemahan jika tersangkut pada takat dan sebagainya ia kerap menjadi korban di dasar laut. Carbon pula selain tajam dan ringan ia juga tidak berkarat. Kelemahan mata kail jenis karcon adalah ia boleh patah apabila bertarung dengan kekuatan ikan yang melampau.

Kelili yang banyak digunakan adalah yang kuat untukpertarungan ayang boleh menampung antara 30-35 paun dan tidak karat apabila kerap digunakan. Walau bagaimanapun, pada masa kini, agak sukar mencari kekili yang tahan karat kerana ia amat mahal dipasaran sekarang. Jenama Varivas adalah contoh yang boleh digunakan secara berulang-ulang kerana tahan karat dan pempunyai kekuatan tersendiri. 

Apapun yang digunakan dalam aktiviti memancing saya lebih memilih keseronokan ketika bermain dengan mangsa, contohnya kesesuaian antara joran, tali dan reel. Jika joran kecil reel besar tentu tidak begitu sesuai ketika melontar umpan. Begitu juga sebaliknya jika reel kecil dan joran berat juga tidak sesuai. Dalam mencari kesesuaian ini, saya telah melalui pengalaman yang agak lama dan pemerhatian dan serta percubaan demi percubaan.

Suatu masa dahulu saya mencuba untuk menceburi aktiviti trolling, walau bagaimanapun disebabkan cabaran dan keadaan berbeza dengan bottoming maka saya terpaksa berhenti sementara waktu. Begitu juga dengan aktiviti casting.

Sehingga ini dahulu perkongsian pengalaman untuk semua....

Tuesday, June 04, 2013

KERJA BERAT DI PESTA MENUAI

Dek kerana cuti sempena Pesta Kaamatan, segala perancangan untuk turun dengan ahli geng berubah apabila kesemua mereka terpaksa mengutamakan tugas berbanding hobi, apa tidaknya semua rakan yag merayakan telah mengambil cuti untuk memeriahkan sambutan. Akibatnya ahli geng terpaksa menggantikan tempat mereka sambil mendapat ganjaran kerja lebih masa untuk habuan pada hujung bulan nanti.

Disebabkan saya tidak terikat dengan cuti yang diambil oleh rakan lain, maka rancangan untuk turun beraksi saya teruskan meski pun solo. Yang menjadi masalah adalah semua kerja terpaksa dibuat sendiri antaranya menjala umpan, menjalankan motorbot (tekong) menariks sauh, dan sebagainya.

Yang menjadi masalah adalah bila sekejap-sekejap sauh terpaksa ditarik untuk menentukan kedudukan spot. Pada hari khamis saya tidak dapat turun dan menjalankan aktiviti jauh kerana cuaca yang amat mencabar iaitu berangin, berombak dan hujan. Kombinasi ketiga-tiga ini begitu mencabar dengan hujan yang agak kuat, angin yang boleh tahan juga menghasilkan ombak untuk melambung perahu.

Namun dengan kepercayaan rezeki ada dimana-mana, saya singgah di pancang sungai Sipitang dan ternyata ia tidak menghampakan kerana dengan segala kesukaran saya dapat menaikkan tidak kurang 3 kg ikan tanda si ketambak.

Manakala pada Sabtu, cuaca agak baik awal pagi tetapi tetap suram apabila pencarian umpan yang sesuai terhalang disebabkan oleh air sungai yang banjir akibat hujan. Perubahan suhu air yang sejuk dan tawar menjadikan udang amat sukar dicari.

Dengan kudrat yang ada saya beredar dari satu lokasi ke satu lokasi, dan hasilnya hanya udang hidup bersaiz kecil untuk hidangan si ikan putih pada hari berkenaan. dipendekkan cerita tidak lebih 50 ekor yang dapat dijala dan terus beredar ke lokasi.

Cabaran awal dilokasi prima adalah menentukan  exact spot dengan tiupan angin yang agak kuat dan lambungan ombak yang mencabar fizikal. Berkat ketabahan tiga kali juga sauh terpaksa ditarik untuk menyesuaikan kedudukan. Hasilnya ikan putih bersaiz meja sebanyak 4 ekor dapat dinaikkan manakala 3 lagi rabut akibat tancapan yang longgar.

Berpuas hati dengan apa yang ada, saya kembali ke pangkalan sekitar jam 11 pagi.

 Hasil tuaian sempena pesta menuai 2013 walaupun tanpa tapai tapi tetap mabuk.....hehehe



Tapak tuaian di pancang sungai Sipitang 

Wednesday, May 29, 2013

HAPPY HARVEST FESTIVAL

To all friends from Kadazan  and Dusun ethnic we wish you all happy harvest festival...KOTOBIAN TADAO TAGAZO DO KAAMATAN

Monday, May 27, 2013

PENGALAMAN YANG BERBISA


Cuti hujung minggu ditambah dengan cuti umum pada hari Jumaat  membolehkan perancangan dapat dibuat dengan teliti terutama sekali untuk keluarga disamping untuk hobi sendiri. Setelah selesai memenuhi program keluarga pada Jumaat, maka Sabtu dikhususkan untuk memenuhi hobi di laut.

Sabtu, persiapan awal dibuat dan membolehkan untuk mencari lubuk umpan bagi misi  ke lubuk baru. Tanpa diduga mendung diufuk barat berarak pantas dan angin bertiup dengan aga keras memberhentikan kami mencari umpan dan terpaksa bertahan disebuah pancang bambu di laut weston, dengan hujan dan tiupan angin dan menahan segala kesejukan. Tidak mahu bertahan dengan hempasan ombak yang menggila kami beredar keluar dan mencari umpan setelah ombak dan angin agak reda.

dengan jumlah umpan yang ada, kami membatalkan hasrat ke lubuk baru kerana penangan ombak yang menggila berkenaan tidak memungkinkan kami bleh bertahan. Kami mengambil keputusan mencuba di lubuk lama di Sipitang light house. Disini kami bertahan walaupun ombak masih lagi mengganas. Tarikan demi tarikan si ikan tanda aka ketambak memamah umpan kami sehingga habis. setelah ditimbang lebih 5 kg juga hasil dapat dinaikkan. Namun kami masih tidak berpuas hati dan nekad untuk mengulangi trip pada sebelah petang

Selesai menghadiri majlis kenduri kahwin di Kg Lubang Buaya, Sipitang kami bergegas turun semula untuk mencari umpan hidup. Kebetulan pencarian hanya di sekitar pantai SMPO, dengan udang bersais sederhana. Setelah cukup bekalan kami menuju ke lubuk  baru yang diidamkan.

Di lubuk baru ini, beberapa jenis ikan seperti pari, kerapu, ketambak dan ikan putih selain talang dapat ditumpaskan.

Kesengsaraan kami bermula apabila menghampiri kuala sungai Sipitang dengan paras air 0.4. Menolak perahu menungkah arus memerlukan kudrat orang kuat. Semasa menolak perahu melalui alir sungai ini saya disengat ikan berbisa yang disyaki ikan BADUKANG.... bisa haiwan akuatik ini membuat kaki terasa kebas. Mujur semangat dan saikologi dapat mengatasinya disamping ubat penahan sakit. Ini adalah akibat Minat Yang Mendalam...hehe

Kini dah OK hujung minggu ni aksi seterusnya pulakkkkkkkkkkkkkkk.

Thursday, May 23, 2013

HASIL AHAD LALu

Hasil keseluruhan hari ini seberat 10 kg...cukup untuk 

Keseluruhan ada 10 kg ikan fresh


antara  ikan favourite  


Ini yang paling suka dicari...

Thursday, May 16, 2013

BEGITU KUATNYA TARIKAN.....SEHINGGA TIDAK BERGANJAK DARI TEMPAT BERLABUH....


Malam semalam saya menerima panggilan telefon daripada seorang rakan memancing. Tujuan beliau membuat panggilan telefon bukan mengenai aktiviti memancing beliau tetapi pasal lain. Beliau ingin membuat booking dua kampit beras untuk keperluan keluarga. Kebetulan pula isteri saya seorang peniaga kecil yang membekalkan beras kepada pelanggan di sekitar pekan Sipitang. Memiliki sebuah kedai runcit kecil untuk memenuhkan masa beliau yang kini banyak masa disebebkan oleh anak-anak sudah membesar dan bekerja dan bersekolah.

Perbualan kami hanya menyentuh sedikit mengenai isu beras berkenaan. Selebihnya adalah mengenai hobi memancing di sekitar daerah Sipitang. Beliau sebenarnya bukan berada di Sipitang tetapi di Kimanis kerana bekerja di SOGT iaitu satu kawasan industri gas dan minyak milik Petronas.

dilanjutkan cerita, beliau memberi tahu minggu lalu beliau dengan isteri beliau telah pergi memancing di perairan Sipitang. Kawasan tempat beliau memancing bersama dengan isteri beliau adalah tempat kami selalu lepak beberapa tahun lalu yang memang kawasan A1 untuk ikan bersaiz sederhana terutama sekali ikan putih, ketambak dan kerapu. Dilanjutkan cerita, beliau berkata isteri nya dapat menaikkan seekor kerapu bintik dengan berat lebih satu kilo. Mungkin ini adalah saiz terberat pernah isteri beliau naikkan setakat ini. Apa yang menariknya adalah, setelah berjaya menaikkan ikan kerapu sebesar itu, isteri yang sedang kesejukkan disebabkan oleh tiupan angin dan hujan renyai menjadi segala rasa sejuk itu hilang. Malah kata beliau telah beberapa kali dipujuk untuk berangkat balik masih enggan sehingga jam menunjukkan hampir 6 setengah petang. Begitulah kuatnya tarikan ikan yang menjadikan sebagai tarikan hobi.

Kata beliau hasil keseluruhan tangkapan beliau dengan pelbagai jenis spesis ikan hampir 7 kg. Wow...banyaknya. Begitulah ...ia membuat sesiapa jua akan ketagih untuk lagi...dan lagi...apabila terkena yang besar....dan kuat.....hehehe...

Wednesday, May 15, 2013

MENGAPA PERUBAHAN CUACA BERLAKU


Saya masih ingat semasa masih lagi kecil dahulu apabila ayah menceritakan betapa senangnya melihat udang galah bermain-main disepanjang sungai di daerah Beaufort. Beliau juga selalu menceritakan bahawa hampir setiap tahun akan ada semacam pesta diadakan iaitu "MENUBA" ikan dengan menggunakan sejenis akar yang dinamakan tuba. Akar ini apabila dilumatkan akan mengeluarkan sejenis cecair berwarna putih susu.

Air ini akan dicurahkan kedalam air dan dibiarkan mengalir bersama-sama mengikut arah air mengalir. Ikan yang terkena air tuba ini akan "MABUK" dan timbul ke permukaan air dan ketika itu lah orang kampung akan mengutip ikan-ikan yang mabuk dan lemah untuk dijadikan makanan. Tambah beliau apabila pesta ini diadakan, ramai orang kampung akan turut mengutip ikan yang mabuk dan lemah berkenaan. Antara ikan yang menjadi sasaran adalah seperti ikan Kanai, Kerapu, Yu, Yu Parang, dan bermacam-macam lagi daripada spesis ikan yang kecil.

Namun pada hari ini, aktiviti ini tidak lagi berlaku. Perkara ini adalah disebabkan oleh sama ada masyarakat telah melupai aktiviti sedemikian. Bayangkan pada waktu itu peralatan nelayan hanya jala, rawai dan bujak untuk menangkap ikan. Hari ini ikan-ikan yang disebutkan diatas juga semakin pupus. Pada masa itu tidak kedengaran mereka menyebut tentang ikan putih, ikan merah dan sebagainya, sebab spesis ini biasanya hanya bermain di lautan yang dalam, sedangkan nelayan pantai hanya mencari rezeki di kuala-kuala sungai.

Namun apa yang penulis nak kongsikan dalam tulisan ini adalah peredaran zaman dan masa tanpa disedari berubah dengan pantas. Bayangkan kalau dalam 50 tahun dahulu udang galah mudah dilihat dengan mata kasar bermain-main berhampiran sebarang reba di sepanjang sungai. Kini bagaimana?

Satu perkara lagi adalah kepupusan hidupan akuatik. Apakah penyebab kepupusan ini berlaku. Pastinya bukan disebabkan oleh orang miskin seperti nelayan pantai dan seumpamanya. Jadi angkara siapa? Yang jelas adalah kerakusan orang kaya dan syarikat-syarikat besar  menebang pokok  untuk mengaut keuntungan tanpa mengambil kira kesan kepada alam sekitar. Hari ini anak cucu kita terpaksa membayar dengan harga yang mahal.

Kemana semua ikan dan hidupan akuatik berkenaan pergi. Sudah tentu pupus disebabkan oleh habitat yang terancam akibat perubahan bentuk muka bumi dan perubahan struktur sungai dan lautan akibat hakisan melampau dan mengakibatkan habitat hidupan yang berubah sama sekali.

Adakah kita dan anak cucu kita akan dapat melihat keadaan apa yang kita lihat hari ini. Rasanya tidak dan mereka akan mewarisi longgokan sampah yang melampau terutama sekali daripada bahan plastik yang tidak diurus dengan baik.

Jad apa tindakan kita dari sekarang? Think.....

IKUT TEORI PENGURUSAN PULAK


Minggu lalu hasrat untuk turun untuk aksi membottom terbatal disebabkan formula dan teori pengurusan masa yang mesti diikuti. Teori ini berasaskan seperti berikut:-

Penting               Utama


Tak Penting       Tak Utama

Berdasarkan teori ini maka salah satu daripada aktiviti yang dirancang dibatalkan sebab aktiviti riadah bukan termasuk penting dan buka juga termasuk dalan utama walaupun tidak jatuh dalam kategori tak penting dan tak utama. Mungkin termasukd alam  penting tapi tak utama. Atas alasan inilah terbatal  hasrat untuk memancing dengan team regular.

Selain itu, cuaca pada hujung minggu lepas begitu lembab dengan hujan pada sebelah malam hinggga ke awal pagi. Atas halangan berkenaan telah membolehkan benda lain untuk menghabiskan masa berkualiti  bersama keluarga dapat dilaksanakan dengan lebih terancang.

Minggu ini????? masih dalam perancangan.....

Wednesday, May 08, 2013

ITS WEDNESDAY

Counting the days for the next fishing trip this coming weekend. Checking through the tide schedule during this coming Saturday shows that tide started to rise in the morning  and subside late in the afternoon. This condition is very suitable for fishing activities.

First planning is to explore a new angling site which situated not far from SMPO angling area where was known for angling spot for sometimes ago. This area was long time neglected by anglers but believed that still a good spot and futile for medium size fish.

Should there be no untoward  circumstances, IAT anglerz will be settle down with some new good spot for the coming week fishing trip.....

Tuesday, May 07, 2013

HARI YANG SUNGGUH PERLAHAN


Sabtu lalu sempena cuti hujung minggu geng IAT telah kembali ke lubukbiasa di FTSFI dengan harapan dapat mengukangi tarikan-tarikan mega minggu sebelumnya. Persediaan awal seperti peralatan dan minyak menjadikan awal pagi tidak kelamkabut. Geng IAT memberitahu beliau akan  sedikit lambat disebabkan beliau bekerja sebelam malam. Kami turun selepas jam 6 pagi, kalau bisanya sebelum 6 pagi telah menyaikan peralatan di pangkalan.

Keadaan umpan yang sedikit susah dicari dari satu lubuk ke satu lubuk menjadikan aktivi harian sedikit terencat kerana perjalanan yang agak jauh diambil untuk mencari umpan. Mujur lubuk ketiga umpan agak banyak dan dapat memeriahkan keadaan.

Merasakan jumlah umpan sudah mencukupi untuk trip jangka pendek kami memutuskan untuk beredar ke lubuk tempur.

Setiba dilubuk tempur, didapati sang si putih agak kurang menunjukkan diri dan tidak sefrenzy seperti sebelumnya. Walau bagaimanapun, sejurus saya mengatakan untuk berpindah, satu sembaran dirasai pada pancing saya ini menunjukkan ada ikan bermain di lubuk berkenaan. Setelah pertarungan tarik menarik berlaku didapati si putih masih menghuni lubuk. Setelah beberapa ketika sedang jangkar ditarik sambaran kedua berlaku, walau bagaimanapun sambaran ini membawa tali ke reba dibawah kaki hujung jeti. Sangkaan  si kerapu punya angkara. Setelah bergelut untuk beberapa ketika dan tidakk tahan sabar dengan keadaan saya memutuskan tali pancing kerana tidak mungkin akan dapat dinaikkan disebabkan ia terbelit terlalu jauh di dalam. Kami beralih ke lubuk dibawah jeti pula.

dibawah ini, belumpun sampai beberapa minit tali dihulur sambaran si tanda dapat dirasai, dan pertarungan turun naik berlaku. setelah kudrat si tanda habis tali dinaikkan dengan pantas kerana dikuahtiti si barakuda menyambar dari bawah. Selepas itu, sambaran semakin kurang sehingga kami beralih ke lubuk anduping di depan kuari. disini ikannya agak memberi ransangan cuma saiznya agak kecil manakala mata kail  amat mudah tersangkut pada batu karang dan takat yang agak luas.

Terasa bosan dengan keadaan kami beredar balik sebelum jam 1:00 petang.

Thursday, May 02, 2013

KOSONG VS KILAR aka KUMPAU


Cuti umum sempena hari pekerja dimanfaatkan dengan aktiviti memancing bagi mengisi masa terluang. Sebaik tiba di LTA Kota Kinabalu kerana tugas resmi di Tawau, terus pulang kerumah dengan jarak 2jam setengah perjalanan dengan kereta. Hajat yang begitu besar untuk menduga lubuk si ikan tanda mega sentiasa terasa ditangan apabila ditarik dengan hand line.

Setiba dalam jarak lagi setengah jam tiba di rumah dalam perjelanan hand phone berdering dengan pertanyaan biasa " esok turun"? Jawab ku hanya pendek sebab telah dipersetujui awal "Turun" kata ku. Setiba dirumah saya menyediakan pakaian memancing, sebab peralatan lain telah siap tersedia lebih awal selepas trip yang lalu.

Kami turun seawal 6 pagi mencari lubuk umpan. dengan keadaan sungai yang keruh dan banjir, suhu air sedikit sejuk menjadikan umpan agak sukar dicari. Cukup sekadar untuk aktiviti sekitar 4 jam kami beredar ke lubuk dihajati.

Setiba dilubuk dengan bau minyak yang menyakitkan kepada yang datang dari kapal berlabuj di JTSFI memang menggusarkan. Tunggu..punya tunggu..punya tunggu...kata P Ramlee dalam filem Seniman Bujang Lapuk.... ikan tak makan-makan. Kami agak kecewa....

Kami berpindah ke lubuk lain..hasilnya sama. Kami hanya menaikkan kerapu hitan dan kerapu bintik selain akak ikan tanda batu. Akhirnya kami mengalah dan hanya itulah rezeki kami hari itu. Dengan langkah longlai kami kembali ke pangkalan.

Ada beberapapengajaran yang diperolehi. Antaranya air terlalu dalam melebihi 2.0 meter, kedua air agak sejuk dan ketiga anak-anak ikan asyik melihat langit tanda-tanda hari nak hujan. Petang itu hujan turun akan lebat. Betul lah kata arwah ibu saya apa bila ikan selalu menampakkan perutnya itu tanda hari akan hujan...

Minggu ini bagaimana....jawapannya tengok keadaa air lagi...kerana Ahad pergi mengundi....Isnin pasti ada kerajaan baru dibentuk....

Monday, April 29, 2013

HASIL YANG DIKENAKAN SI PENCUKAI


Selama bercuti untuk tempoh lima hari, tidak termasuk dua kali Sabtu dan Ahad, empat kali turun ke laut menjenguk lubuk regular tempat ikan bermain. Hari pertama turun pada Sabtu lalu dengan empat orang pemancing. Trip ini boleh dikatakan bermain-main sahaja kerana jumlah pemancing yang ramai dengan saiz perahu yang kecil agak sukar untuk aksi berlebihan. Namun syukur juga dengan tangkapan yang ada, dan hasil ini cukup untuk kami buat hidangan BBQ pada malamnya yang mlibatkan enam keluarga.

Trip berikutnya hanya saya dengan pendatang baru ke dunia pemancing orang yang berasal dari negeri Hang Tuan, Melaka. Trip ini tidak menyerlah kerana ikan kelihatan malas menyambar ikan. Hasilnya hanya dua ekor ikan putih saiz sedrhana dan dua ekor ikan kerisi selain anak kerapu. Meskipun tidak hampa tetapi sedikit kecewa kerana ikan benar-benar tidak memberikan respons kepada umpan yang dihidangkan.

Trip ketiga hanya saya seorang diri pada hari Khamis dan ini lebih mengecewakan apabila hanya seekor anak ikan sudi menjadi korban. Entah mengapa tetapi  berkemungkinan disebabkan oleh arus yang amat deras selain suhu yang tidak disukai oleh ikan.

Pada Sabtu berikutnya geng IAT turun secara penuh dan trip kali ini mengagahi diri untuk landing di lubuk yang regular dengan gambaran ikan GT berkeliaran. Pada awalnya saya adalah yang paling akhir mendapat habuan namun hasil kesabaran saya berbaloi apabila dapat menaikkan ikan tanda seberat melebihi 1 kg dan dapat menaikkan 3 ekor setengan.

Yang kurang menyenangkan adalah ada pemangsa besar dipercayai baracuda yang tidak putus-putus mengenakan cukai terhadap hasil yang sedang ditarik keatas. Orang pertama yang kena cukai hasilnya adalah navigator apabila lebih setengah bahagian ikan telah dimakan semasa sedang dinaikkan ke atas.

Saya menjadi orang kedua yang menaikkan ikan setengah ekor apabila bahagian ekor telah dicantas awal olah sang baracuda semasa sedang menaikan keatas. Ikan yang dicukai ini tidak kurang daripada 700gms beratnya.

Disebabkan air amat tinggi naiknya melebihi 2.0m kami meninggalkan lubuk sekitar jam 1:30 petang.....

Wednesday, April 17, 2013

PatahYang Tak Tumbuh Tetapi Berganti


Bila saya turun memancing biasanya selepas waktu subuh, masa itu pangkalan atau jeti masih sunyi dan sepi malah masih gelap. Saya sengaja turun awal kerana atas beberapa sebab antaranya, kalau awal turun kita merasa lebih segar sengan pemandangan yang sungguh cantik, terutama sekali apabila matahari baru menampakkan mega. Yang kedua adalah kerana ingin tiba awal ditempat lubuk umpan selain awal tiba awal dapat umpan dan awal pula dapat melunaskan hajat..memancing.


Setiap kali turun tidak kurang daripada 3- 6 batang pancing dibawa. Ini adalah persediaan untuk segala kemungkinan dan melayan hobi. Jika lubuk ikan kecil saya akan menggunakan joran kecil dan lembut  dan  kekili yang kecil. Kepuasan akan dapat dirasai bila yang ditarik agak sederhana dan penariknya juga agak bersesuaian. Selain itu jika panding yan tersangkut atau putus semasa bertarung, untuk menyambung mata kail akan mengambil masa, yang mudah, buka saja pancing yang belum digunakan.

Apabila masa kembali dari aktiviti kami kerap disapa. Amboi..banyak nya pancing...atau...ini baru puas memancing...banyak bawa pancing...saya hanya mengiyakan saja..sebab mungkin mereka kurang faham tujuan kita membawa sejumlah kail yang agak bayak.

Pada trip minggu lalu, saya membawa enam pancing. Malangnya salah satu joran yang paling lembut 'non solid' telah tersangkut dan apabila ditarik joran berkenaan telah patah. Tapi kalau joran patah  pastinya tidak akan tumbuh....sebaliknya ia akan berganti. Jadi pada kesempatan yang terluang sebentar tadi saya membeli sebatang joran darii Shimano Cuszer dan reel Magnum 6000 yang saya  kerap ungkapkan  sebagai cap ayam. Tetapi dengan harga yang dikira cukup murah tetapi boleh digunakan untuk aksi medium dan pertarungan semi heavy weight.

Pada kesempatan sabtu nanti akan diuji kekuatan joran dan reel berkenaan.....

Monday, April 15, 2013

PERTARUNGAN DENGAN OMBAK GANAS

Minggu lalu, ahli IAT tidak mensia-siakan masa selama dua hari cuti hujung minggu apabila kedua-dua hari digunakan untuk meneroka lautan bagi hobi yang tercatat nombor wahid. Pada  hari Sabtu ahli IAT turun bertiga dan memperjudikan suasana air yang agak tinggi, keluar agak lewat.

Namun menjadi halangan adalah suhu air agak sejuk menjadikan ikan kurang frenzy meskipun umpan agak banyak disediakan. Lubuk seperti pancang merah dan batu mandi tidak menjanjikan apa-apa pulangan.

Akhirnya kami bersetuju menduga di JTFSI bagi menghabiskan umpan berbaki. Kami bernasib baik kerana di sini

Sabtu KePusat Penamaan calon atau ke lubuk berahi


Sabtu ni hati berdebar-debar, bukan pasal nak tarik ikan besar di lubuk baru tapi sebab nak tengok sapa lawan sapa di semua kawasan Parlimen dan ADUN di Sabah. Tapi biarlah itu diputuskan oleh orang politik, sebab itu kerja mereka. Siapa pun yang menang, calon mana pun yang kalah, periuk nasi saya saya juga yang nak isi. Jadi lebih baik saya pergi memancing bersama-sama ahli. apa tah lagi hari berkenaan telah di'book' oleh seorang yang 'ketagih' tarik ikan besar. Mudah-mudahan ia akan menjadi kenyataan untuk bertarung dengan ikan besar.

Walau apapun yang berlaku, misi ahli geng infongail atau IAT akan tetap dengan kegiatan berpanas dan berjemur mencari rezeki di laut.

Tambahan pula jika cuaca elok dan laut tidak bergelora, lubuk baru akan menjadi saksi betapa ubat terbaik menghibur hati adalah memancing. Alang-alang membuang masa, lebih baik yang berhasil....untuk mendapat peluang begini bukan senang....hanya mereka yang faham saja yang tahu....

Pertarungan Kalah Mati

Rasanya  kali terakhir bertarung dalam kelas light heavy weight adalah dalam tahun 2009, selepas itu pertarungan hanya dalam kelas biasa seperti feather weight kalau tidak pun bantam weight. Sesekali bertarung dengan kelas light heavy memeng memenatkan. Apatah lagi jika lawan kita mempunyai kudrat yang kuat dan tahan melawan.

Pengalaman pada Ahad lalu merupakan kelas tersendiri walaupun pada kelas light heavy tetapi pada pentas heavy weight. Apa tidaknya apabila peralatan yang disambar adalah peralatan yang hanya untuk  aksi pertengahan bawah sahaja. Sambaran ikan seberat lebih 5kg dengan aksi melompat gaya pelombat tinggi olimpik menjadikan CUSZER Shimano rod hanya dapat menggunakan aksi bertahan dan membuat pukulan jika terasa pihak lawan mengalami keletihan. Tetapi taktik ini kelihatan berkesan sama seperti teknik Rocky Balboa dalam filem Rocky IV, sebelum menggunakan taktik pukulan maut pada akhir pertarungan.

Aksi asak mengasak berlaku pada awal pertarungan, tetapi asakan yang kuat membuatkan saya hanya bertahan dan mencuri peluang sedikit demi sedikit. Taktik ini ternyata berjaya apabila semakin lama dia menyerang sekamin ketara kelemahannya dan pada saat itu lah saya mengunakan pulukan maut sehingga dia tersungkur dan mengaku kalah.

Pertarungan pada Ahad, mengingatkan saya kepada pertarungan heavy dengan GT seberat 9.2kg tetapi dengan braid 60lb tidak merisaukan saya ditambah dengan reel Banax 6000XP gelanggang hampir semua dikuasai, berbandig dengan reel cap ayam yang bersais 4000, tetapi berbekalkan pengalaman, segala cabaran lawan dapat dipermudahkan.......Macam cerita tinju pun ada ...macam cerita gusti pun ada....itulah cerita memancing....

Kepuasan Yang Jarang Diperolehi

Setiap hujung minggu khususnya Sabtu dan Ahad, grup IAT pasti akan mengisi masa dengan memancing selain sebagai hobi ia juga memberikan pulangan untuk dimasak bersama keluarga jika kebetulan lubuk berisi semasa trip berjalan.

Pada hujung minggu lalu, saya mengatur trip  dengan navigator IAT.....kami trun pada hari Sabtu dengan harapan dapat menambah koleksi gambar dan cerita yang telah terkumpul sekian lama. Kami turun seawal jam 5:50 pagi dan mencari umpan hidup di sekitar Sungai Buntu, Pelakat. Meskipun kawasan ini pada suatu masa dahulu menjadi kawasan mencari udang bagi grup IAT, namun disebabkan jumlahnya semakin berkurang pada masa berkenaan kami mencari tempat baru.

Kunjungan kami pada Sabtu mendapati kawanan udang masih senang diperolehi di kawasan ini sebagaimana pengalaman kami pada permulaan kami berjinak-jinak dengan aktiviti memancing. Kawasan beteng pasir yang agak cetek menjadi tumpuan kawanan udang yang bersais sederhana.

Disebabkan trip kami hanya untuk tempoh yang singkat disebabkan air pasang yang dikira tinggi kami memutuskan untuk mengambil umpan hanya sesuai untuk tempoh memancing yang pendek sahaja. Lubuk pertama agak kurang sambutan manakala lubuk kedua juga agak hambar. Menyedari keadaan ini kami mengikuti cerita yang dikhabarkan oleh kawan navigator IAT, yang menunjukkan kawasan atau lubuk baru. Dilubuk ini sambutan agak mengalakkan dengan sais GT yang sederhana dan rancak berbanding dengan lubuk sebelumnya, yang hanya kelihatan aksi kejar mengejar.

Walau bagaimanapun, sambutan tidak dapat bertahan lama kerana arus semakin deras menekan tali pancing ke tiang yang mengakibatkan tali sering menjadi mangsa tersangkut....angin semakin ganas bertiup dan kami mengakhiri trip dengan sedikit kecewa kerana lambat mencuba lubuk baru ....akibat ketidak puasan hati kami membuat trip ulangan pada hari esoknya Ahad.....

Sunday, April 14, 2013

Selepas sekian ....Lama ..Ini Kali Lah


Ini Kali Lah ...Tag line orang politik sejak ketidak puasan hati terhadap parti dominan di Sabah. tapi ketika terkilas ikan diair setelah hampir 20 minit bertarung dengan tali dalam gegelung hampir ke penghujung, dan kudrat yang menarik masih bertenaga dan yang dan yang ditarik juga masih belum ada tanda-tanda mahu mengalah..menjadikan ini kali lah lebih tepat diucapkan...

Dengan berbekalkan tali 25lb buatan Jepun dan rod Shimano Cuszer tetapi reel cap ayam bersais 4000 hanya tawakal saja yang membuatkan semangat timbul..apatah lagi sudah semakin jarang bertempur dengan kekuatan yang sedemikian.

Dengan berbekal sedikit pengalaman, akhirnyan siganas akur juga dengan kekuatan dan kekantalan semangat yang ada...setelah terkilas dida;am air cangkuk yang lama berehat akhirnya dapat digunakan sekali lagi.

Ikan seberat hampir 5kg naik kedalam perahu....

Sabtu yang dingin

Hari Sabtu hanya pada penghujung trip setelah puas menunggu di lubuk regular kami mendapat tarikan penyenang hati. Sejak dari jam tujuh pagi berada di kolasi, hanya seekor ikan putih bersais meja dapat kami naikkan, itupun setelah kami puas bersabar.

Akhirnya kami mengalah kepada keadaan dan beredar ke bawah jeti, disini tarikan ganas membuat kan kami  bertambah semangat walaupun gagal dinaikkan. Ankorman yang berada di depan perahu asyik mengomen tentang tarikan ganas yang tidak diketahui spesisnya. Beliau berjaya menambah koleksi seekor kerapu. Akhirna kami seakan kehilangan kuasa...dan mencuba lubuk baru di hujung jeti  dan disini tarikan mula rancak oleh  ikan putih bersais meja...walau bagaimanapun, zaman kegemilangan tidak bertahan lama apabila angin mula mengganas dan membawa tali kail ke ruang yang mengakibatkan kehilangan batu ladung dan mata pancing berpanjangan.

Trip kami yang berada di penghujung membuatkan kami menekadkan hati trip ulangan dibuat pada esok hari.

Tuesday, March 26, 2013

IKAN JADI MANGSA ANGKARA SI TAMAK HALOBA


Pada Jumaat lalu dikhabarkan puluhan ikan mati timbul tidak diketahui sebabnya di laut Sipitang. Para nelayan yang memberi perkhabaran berkenaan mengambil "bangkai ikan" yang telah hampir 'buntu'aka busuk. Saiz ikan yang mati sebesar dari 2kg hingga mencecah 5kg seekor. Perkara ini berlaku tidak lain dan tidak bukan adalah angkara kalangan yang hanya ingin kaya cepat dengan mengebom atau menggunakan racun. Kalangan yang suka menggunakan kaedah ini adalah pti dari Filipina yang berkampung dari Pulau Daat.

Perbuatan meracun atau menggunakan bahan letupan harus dikutuk kerana amat tidak berhati perut kerana hanya ingin kaya dengan pantas tanpa memikirkan kesan kepada hidupan laut termasuk anak-anak ikan yang palaiang  mudah mati akibat letupan.

Kemusnahan ikan dan alam sekitar akan mengambil masa yang lama untuk untuk pulih. Mengapakah puak-puak ini tidak meletupkan saha bom ikan berklenaan di rumah mereka sekeluarga................................. 

Letih yang berbaloi


Minggu lalu saya mengambil kesempatan bercengkerama seorang diri bagi mencari ketenangan sementelah pula masa banyak terluang kerana tidak ada komitmen lain yang melebihi yang lainnya. Walaupun suasana ketika ini kurang menyenangkan khususnya soal keselamatan termasuk di laut ketika ini berukutan kehadiran pengganas Sulu di Sabah.

Walaupun begitu, keyakinan dan tawakkal menjadi senjata utama bagi misi seorang diri berkenaan. Laut agak tenang memudahkan perjalanan pencarian umpan dalam misi berkenaan. Beradu nasib di bawah JTSFI,  ada imbalannya yang diidamkan oleh setiap anglers. Kesabaran mendapat balasan dan kepuasan dengan lebih dua kg pelbagai iokan kecil dapat dinaikkan....

Monday, February 25, 2013

Air sejernih kriatal menampakkan ikan bermain...

Satu outing dengan ahli IAT pada Sabtu lalu begitu mengujakan walaupun hasil tidak seberapa untuk dibawa balik sebagai ole-ole kepada menteri dalam dapur. Apa tidaknya hasil hanya beberapa ekor anak ikan yang masih remaja selain seekor 'ompak' sebagai trofi of the day.

Saya bersama navigator regular turun seawal am 6 pagi meskipun air agak rendah sekitar 0.7m sahaja, dan laluan meredah kuala sungai tidak lah sesukar beberapa minggu lalu. Sesampai di teluk Weston kami mencari umpan hidup dan misi ini juga agak senang kerana jumlah udang yang masuk dalam jala setiap tebaran agak lumayan. Tambahan pula saiz udang-udang ini agak sesuai untuk menjerat si ikan putih. Kelihatan dikiri kanan dikedalaman melebihu 2 meter para nelayan pantai memasang pukat hanyut  mereka untuk mencari spesis yang sama. Kelebihan kami kami mencari ditempat yang memang cetek sekitar o.5 meter kedalaman air. Memang nasib dalam mencari umpan agak baik kerana walaupun air agak jernih umpan memang banyak.

Dengan jumlah lebih 100 ekor kami segera berlepas ke lubuk JTSFI. Kawasan ini agak lengang..meskipun ada sesekali aksi kejar mengejar si anak ikan berlaku. Sesuatu yang perlu diketahui adalah banyaknya anak ikan jadi santapan si ikan putih. Di kiri kanan jeti berkenan terlalu banyak termasuk ulu-ulu dan bilis. Ini menjadikan si ikan putih tidak berapa naik selera dengan udang hidup yang kami hidangkan.

Keletihan dengan aksi menunggu kami beredar ke lokasi bawah jeti sebenar...dengan warna air yang membiru, kita boleh nampak sehingga kedalaman 5- 7 meter, dan yang paling mengujakan adalah kelihatan si ikan putih berenang sekawan secara ulang alik sebesar 2-4 kg seekor seperti dalam oceanarium di Under Water World Langkawi. Malangnya ia tidak berselera menjamah umpan kami...jika sekiranya umpan kami dijamah...memang kerja keras terpaksa dibuat kerana mengelakkan ikan membawa tali melilit ke tiang jeti yang mempunyai teritip tebal.

Terhibur juga dengan  gelagat ikan yang sedang berehat semasa kami memburu si ikan putih...Minggu depan ingin mencari si ikan putih mega di lokasi yang sama dengan menggunakan light jig....jika ada rezeki....

Friday, January 25, 2013

KEDAI PANCING JUGA HOLIDAY


Sempenaa cuti umum Maulidurasul pada 24.1.2013, saya  mengambil kesempatan membawa keluarga mengunjungi beberapa pusat membeli belah bagi membuat persiapan untuk cuti pada awal Februari nanti. Biasanya sebelum memasuki pusat membeli belah, saya akan membawa mereka ke kedai makan bagi mengalas perut sebelum misi dilaksanakan.

Setelah habis meronda dan mendapat keperluan masing-masing, mereka kembali ke kampung dan meninggalkan saya sorang diri kota metropolitan ini untuk satu malam lagi sebelum  kembali  melawat mereka pada hujung minggu.

Tidak mahu mengganggu masa emas bersama-sama dengan mereka saya membiarkan mereka sepuas hati untuk membeli apa saja  yang mereka inginkan seb=hingga mereka puas dan kepenatan. setelah mereka pulang saya tidak mahu  bosan seorang diri di rumah saya keluar untuk melihat peralatan memancing bagi misi pada Sabtu nanti.

Saya teringin benar mencuba teknik popping seperti yang saya saksikan dalam video clip melalui you tube. Jika pada tahun 2009 yang lalu saya pernah menaikkan GT seberat 9.2kg di kuala sungai Sipitang, tidak mustahil spesis ini menjadikan spot berkenaan tempat mereka bermain. Atas keyakinan inilah saya ingin mencupa telnik berkenaan dan ingin membeli popper bagi misi sambilan pada Sabtu nanti.

Keluar dari rumah saya mencuba kedai pancing yang tidak berapa jauh dari rumah, tetapi malangnya mereka tutup sempena dengan cuti umum. Tidak berpuas hati dengan hanya mencuba satu kedai pancing saya keluar ke bandar KK sekitar Sinsuron. Malang sekali semua kedai peralatan pancing juga tutup dan meraikan cuti umum.

Saya pulang ke rumah dengan sedikit kecewa kerana hajat tidak tercapai.....

Monday, January 21, 2013

CERITA SABTU


Sabtu lalu saya mengagahi juga dengan hobi memancing. Kebetulan jadual pasang surut begitu cantik dimana tidak perlu bergegas turun terlalu awal kerana air masih surut sehingga jam 8:00 pagi. Selesai segala peralatan diturunkan, saya bersama geng IN terus ke spot udang hidup di laut hamparan Weston. Air agak cetek sekitar 0.7 meter. Namun disebabkan kawasan ini adalah aliran laut ia tidak mungkin akan turun lebih rendah dari 0.5 meter. Ini selamat untuk mengambil umpan. Air kelihatan sedikit keruh dan berlumpur. Mengkiut pegalaman, keadaan ini memang amat sesuai bagi spesis berkeliaran. Dan keadaan ini memudahkanmencari umpan pada pagi berkenaan.

Hanya lebih kurang dalan 120 ekor disediakan sebagai bekalan ke lubuk biasa, kami memulakan di spot pancang dan penghuni hanya ada 6 ekor dapat dinaikkan. Kami berpinah ke batu mandi dan disini kami diganggu oleh kocakan ikan besar yang disyaki barakuda. Keadaan ini mengganggu ikan lain untuk bermesra dengan hidangan kami pada hari berkenaan.

Diganggu oleh tiupan angin yang mula mengganas, kami mencuba nasib di Jeti SFI yang juga tidak kurang cabaran angin yang kami tempohi. Hampir 2 jam menjinakkan penghuni dibawah jeti kami mendapat beberapa tariakn ganas yang tidak mampu kami lawan dengan pancing kami dan terpaksa mengalah dengan menyerahkan mata kail dan umpannya. Malah dalam suatu ketika semasa saya  sedang sibuk menguruskan tali pancing yang bersimpul saya hampir kehilangan pancing shimano kerana ditarik dengan ganas, tetapi bernasib baik sepantas kilat saya menyambar pancing berkenaan. Setelah puas bertarung ternyata seekor ikan putih jenis GT hampir 1 kg  ingin meloloskan diri daripada pancing saya.


Penghulu yang menyerah kepada joran shimano pada hari berkenaan
sebelum dijadikan hidangan malam

Hasil keseluruhan aktiviti kami pada hari berkenaan lebih 4.5 kg. Masih terdapat bagi udang hidup yang tidak habis dihidangkan kepada pemangsa pada hari berkenaan. Sebelum balik setelah mengurus semuaperalatan memancing, bagi udang hidup di CnR dibawah jambatan Sungai Sipitang untuk tujuan pembiakan dikawasan berkenaan.

FENOMENA RED TIDE


Telah hampir satu bulan ketakutan orang ramai mengenai fenomena laut merah atau red tide melanda sebahagian laut antara Papar, Kuala Penyu dan Sipitang, meskipun belum ada berita menyebut secara khusus ada kes atau kejadian di daerah berkenaan. Ketakutan untuk memakan ikan masih berlaku. Walaupun sebenarnya larangan yang dikenakan adalah memakan kerang atau siput sahaja.

Fenomena ini adalah berpunca daripada sejenis rumpai laut " harmful algal bloom " yang mengeluarkan sejenis toksik  semasa bunga-bunga rumpai ini sedang  berbunga dan kandungan toksik "anything above 400 mouse units (MU) was considered dangerous" . Bunga-bunga yang kembang ini dimakan oleh hidupan laut termasuk kerang, ikan dan ketam. Rumpai yang mengandungi sejenis toksik ini tidak mendatangkan mudharat kepada hidupan laut termasuk ikan, walau bagaimanapun, jika manusia memakan ikan yang telah memakan rumpai bertoksik ini boleh membawa maut.

Dalam heboh mengenai fenomena ini, orang juga takut memakan udang yang kehidupannya bukan ditakat tetapi dikuala sungai yang keadaannya berbeza sama sekali dengan keadaan takat yang ditumbuhi dengan rumpai berkenaan.

Bagi anglers yang biasa melihat fenomena ini biasanya akan kelihatan tompok-tompok merah pada air laut yang menandakan adanya fenomena berkenaan. Walau bagaimanapun biasanya ia tidak akan menjadi merah seluas yang mungkin dan hanya kawasan-kawasan tertentu sahaja.

Kalau mengikut ramalan oleh pihak berkuasa maritime khususnya jabatan Perikanan fenomena ini akan berterusan sehingga Jun 2013 dan telah mula dikesan sejak November 2012 lalu. Jika ini berlaku sehingga Jun ia mengulangi situasi tahun 1977 apabila hampir 6 bulan fenomena ini berterusan.

Tuesday, January 15, 2013

HUJAN OH HUJAN


Sudah dua hari berturut-turut hujan dan cuaca sejuk tidak menentu. Cuaca sejuk akan mempengaruhi suhu air laut yang juga akan turut menjadi sejuk. Dalam keadaan ini, ikan akan kurang aktif  malah ikan pesisir juga akan mencari kawasan yang bersuhu panas.

Pada masa begini, bukanlah satu suasana yang sesuai untuk aktiviti memancing kerana peratusan untuk mendapat pulangan ikan adalah begitu tipis kerana lubuk ikan biasanya tiak berpenghuni.

Jika menurut ramalan pihak berkuasa, keadaan atau fenomena ini akan berlanjutan sehingga beberapa minggu mendatang. Sebenarnya telah masuk minggu kedua keadaan cuaca begini, dan minggu ini semakin sejuk apabila hujan tidak berhenti sejak  kelmarin, meskipun tidak lebat, tetapi cuaca mendung  dan tidak aka cahaya matahari memancar menjadikan suasana lagi sejuk. 

Daripada pengalaman lalu masa ini memang masa sesuai untuk rehat mementara waktu dengan menggunakan masa teruang untuk membaiki set-set pancing bagi aksi-aksi yang akan datang............  

Monday, January 14, 2013

BUKAN HARINYA


Setelah berkorban masa, tenaga dan wang ringgit , pulangan tidak seperti yang diharapkan. Sedikit kecewa tetapi bukan alasan untukmenggantung kail wakau buat sementara, apatah lagi buat selama-lamanya....tidak..tidak sama sekali.

Hari Ahad lalu, pengorbanan tiga dalam satu atau lebih agaknya. Apa tidaknya..keluar seawal jam 4 pagi mengelakkan air cetek untuk perjalanan yang jauh ke sungai Bangkuduan. Bangun seawal 3:30 pagi dan membuat persiapan sementara menunggu rakan dan ahli geng infongail sampai.

Minyak disediakan pada sebelah petang hari sebelumnya dengan isian full tank bagi mengelakkan kesukaran dalam perjalanan.

Menurunkan peralatan dan menyiapkn perahu menggunakan sedikit tenaga, sehingga hari ini masih terasa badan sedikit sakit akibat kerja berkenaan. Selesai menurunkan peralatan kami tidak menunggu apa-apa dan terus ke lubuk umpan untuk dibawa ke tempat idaman. Beberapa kali juga biduk terlanggar beteng pasir akibat air yang amat cetek. Nasib baik naluri laut membawa kami ke lubuk yang betul.

Sampai di sungai Bangkuduan singgah di lubuk pertama di kuala sungai ,..sehingga beberapa ketika hanya umpan habis dicuri hasil tidak diperiolehi. Sehingga ke spot ke dua dan ketiga suasana masih sama. Kecuali paa spot ketiga ikan dua ekor sembilang sebesar lengan orang dewasa sudi menjamah umpan hidup kami. Saya memang tidak begitu minat dengan spesis ini atas beberapa faktor iaitu tidak pandai makan jenis ikan tak bersisik, dan kedua  spesis ini memang merbahawa kerana silap taknik boleh menderita terkena sengat berbisanya.

Walaupun dalam keadaan kecewa, sapaan daripada rakan anglers yang juga turut menduga di sungai Bangkuduan, membuatkan hati sedikit terubat. Dalam sama  yang sama semasa menuju ke kuala, kami juga terserempak dengan  sebuah perahu yang mempunyai tiga orang kaki casting. Semasa berselisih dengan bot mereka, saya menunjukkan thumb up kepada mereka dansalah seorang daripada  mereka yang tidak menutup muka membalas dengan  senyuman,...manakala dua orang lain yang menutup muka membalas dengan angkat tangan menunjukkan bagus....apatah lagi ketika itu sedang menaikan seekor anak kerapu betul-betul di depan mata kami...bagi kami pula hanya cerita kecewa yang akan dibawa balik.

Sehingga kami balik hanya itu cerita yang boleh dibawa. Terdetik juga dalam hati kalau mungkin aksi dekat saja mungkin hasilnya lebih baik. tetapi apabila difikir secara positif..ternyata itu rezeki yang tuhan janjikan ...

Monday, January 07, 2013

KALAU SUDAH HOBI....

Mungkin bukan degil atau keras kepala...tetapi sebaliknya hobi atau minat meneroka laut apatah lagi jika tidak ada kerja yang penting dilakukan semasa cuti hujung minggu. Barangkali itulah perkataan yang tepat mengapa sesetengah 'angler' sanggup meredah hutan ke hulu sungai atau bagun seawal pagi untuk ke laut. Hasil...belum tettu dapat dijangka kadang-kadang ada dan kadang-kadang tiada.

Sabtu lalu saya turun secara solo dengan semangat berkobar-kobar kerana godaan minggu sebelumnya begitu mengujakan. Walau bagaimanapun faktor semula jadi menjadikan aktiviti minggu berkenaan sedikit hambar apabila alun yang tidak putus-putus mencabar ketahanan diri terutama selaki bila beraksi secara solo.

Disebabkan oleh cuaca agak sejuk disamping ombak/alum yang melanda kawasan pantai Sipitang mengakibatkan ikan kurang frenzy berbanding minggu lalu yang suhu air sedikit panas. Saya menduga semua lubuk regular dan hasilnya hanya ikan yang ' benar-benar kebulor' saja menjamah umpan.

Lebih malang sebelum balik di lubuk terakhir saya kehilangan jangkar yang mencekam agak dalam akibat dikerjakan alun yang besar. Disebabkan oleh tali sauh yang agak kecil sauh menjadi sebahagian khazanah laut buat sementara waktu. Mungkin jika mempunyai kawan suatu hari nanti dan apabila air agak cetek, ia pasti akan di 'salvage' kembali.

Hasil keseluruhannya pada Sabtu kelmarin cukup untuk dua kali hidangan malam dan tengahari...Walau apapun kita harus bersyukur dengan rezeki yang masih ada.....

Tuesday, January 01, 2013

Pembukaan Tirai 2013




1.1.2013, cuti umum sempena tahun baru, saya turunsecara solo setelah semua ahli dalam IAT tidak mempunyai ruang masa, almaklum mereka bekerja mengikut sif, jadi memang susah untuk menolak bayaran lembur yang agak lumayan. Setelah membuat pertimbangan secara holistik, saya memutuskan untuk turun meskipun secara solo.

Saya mengemaskan segala peralatan sejurus sebelum masuk tidur, dan membuat perkiraan bahawa umpan tidak sukar dicari disebabkan  sungai Padas di Beaufort agak keruh disebabkan hujan. Walau bagaimanapun air agak rendah jika terbangun lewat. Mengikut jadual yang didapati dari jadual pasang surut tidecomp2000 kalau turun jam 6 sudah pasti perahu akan tersadai di muara sungai. Mujur saya bangki dari tidur jam 4 pagi dan menyiapkan segala peralatan kedalam kenderaan pacuan 4 roda sekitar jam 4:30 pagi. Selesai solat subuh saya bergegas ke jeti. Air masih agak dalam dan masih boleh melorongkan perahu secara perlahan menuju ke kuala.

Disebabkan saya keluar agak awal maka saya hanya membawa bot secara perlahan bagi menyesuaikan masa untuk tiba di lubuk umpan setelah pandangan cerah. Mencari laluan perahu juga terpaksa berhati-hati kerana air mulai surut habis...saya hampir tersadai sekali lagi disebabkan 'ghalid' melihat persekitaran yang memang cantik di waktu pagi....

Alhamdulillah...lubuk yang dicari menyajikan umpan hidup cukup lumayan dimana setiap tebaran tidak kurang 2-3 ekor naik. Setelah lebih 80 ekor disediakan saya memulakan misi solo 2013.Tetapi dalam misi ini saya hanya menuju ke 'spot' regular sahaja, ternyata tidak menghampakan......Gambar ini jika terlihat ahli geng IAT pasti akan merasa cemburu....

Minggu depan Sabtu cuba untuk menduga lubuk emas di Takat Laut......