Bagi sesetengah orang hari raya adalah sepanjang bulan Syawal..walau bagaimanapun bagi orang kecil seperti saya, hari raya hanya beberapa hari selepas takbir. Jika lebih panjang daripada itu pasti akan mengakbatkan bajet terseliuh.
Setelah beberapa hari raya berlalu, saya dan geng infongail telah mengatur trip pesisir bagi merendam batu pancing dan melihat peluang untuk ikan fresh, sementalahan pula sudah lebih sebulan tidak merasai ikan fresh untuk hidangan.
Trip kami yang pertama adalah menduga di lubuk biasa yang baru diganti dengan tiang tanda atau ligjt house yang baru. Akibat daripada penggantian ini, tiang lama yang menjadi istana ikan telah dibuang dan dicabut. Ternyata rumah baru ikan ini masih belum meriah. Kejiranan mereka masih belum ramai. Jadi misi kami telah hambar di lubuk pertama.
Memandangkan kepada misi awal pencarian umpan kami dibuat sebelah petang untuk bekalan esok paginya, maka umpan berbaki kami kurungkan dalam bekas dan selebihnya masih dalam perahu yang bertutup. Ahhamdulillah, masih banyak yang boleh digunakan.
Dua tetamu amatur turut serta kali ini. Seorang anggota SCAN di JPM Putrajaya dan seorang lagi pelajar tahun dua dari pusat pengajian perkayuan UMS, yang juga amatur.
Beberapa lubuk diduga selepas itu, tetapi hanya keadaan hambar kerana ikan kurang frenzy. Ini adalah berkemungkinan disebabkan oleh keadaan air yang kurang sesuai dimana air pasang adalah sebelah malam dan surut awal pagi.
Trip yang lebih mengecewakan adalah trip pertama kami pada hari raya keempat apabila hanya 3 ekor anak kerapu sebesar 3 jari sudi menjamah umpan kami. Demi kesetiaan kepada hobi ini kami CNR kesemua hasil hari berkenaan untuk kelangsungan spesis bagi generasi akan datang....
Mungkin ikan juga turut berhari raya.......