Monday, November 25, 2013

MENGONGSI HOBI YANG SAMA

Dua minggu lalu, semasa melepak di JPPS, saya terjumpa seorang lelaki separuh umur sedang asyik memancing. Bermula dengan menyapa beliau yang sedang asyik merendam mata pancing, akhirnya perbualan kami berkisar kepada minat masing-masing. Beliau berasal dari negeri Cik Siti Wan Kembang dan  bertugas di Kota Kinabalu sejak enam bulan lalu. Meminati aktiviti memancing dan sanggup datang berseorangan diri ke daerah Sipitang pada hujung minggu semata-mata  kerana hobi memancing.

Semasa memancing di Sipitang beliau memaklumkan telah semalam di Sipitang dan memancing sejak malam berkenaan dibeberapa tempat termasuk tanjung pagar telah diteroka. Kebetulan ketika itu air di kuala Sungai Sipitang agar keruh dan ini tidak memberikan petanda baik untuk ikan bergred A seperti kerapu dan siakap merah. Jika air keruh yang paling mudah menyambar umpan adalah BEDUKANG selain SEMBILANG. Namun  beliau juga memaklumkan baru saja kehilangan sebatang pancing yang jatuh ditarik ikan disyaki BEDUKANG. Ikan jenis ini memang bersaiz agak bagak dan boleh mencapai berat melebihi 1 kg. Jika saiz ini menyambar umpan, tarikan memang kuat dan boleh mencuri pancing dengan sekelip mata jika tidak dipacak dengan sempurna.

Apapun pertemuan kami pada hari berkenaan telah berpeluang bertukar-tukar nombor telefon  untuk misi bersama pada masa akan datang. Saya meninggalkan beliau dengan hobinya setelah kedengaran azan yang dikumandangkan dari corong pembesar suara di seberang JPPS.

Siapa tahu suatu hari dapat dan berpeluang mencari  lubuk yang berpenghuni mega di daerah Sipitang ....kemungkinan itu memang ada.................hanya masa yang menentukan.....