Tuesday, January 01, 2013

Pembukaan Tirai 2013




1.1.2013, cuti umum sempena tahun baru, saya turunsecara solo setelah semua ahli dalam IAT tidak mempunyai ruang masa, almaklum mereka bekerja mengikut sif, jadi memang susah untuk menolak bayaran lembur yang agak lumayan. Setelah membuat pertimbangan secara holistik, saya memutuskan untuk turun meskipun secara solo.

Saya mengemaskan segala peralatan sejurus sebelum masuk tidur, dan membuat perkiraan bahawa umpan tidak sukar dicari disebabkan  sungai Padas di Beaufort agak keruh disebabkan hujan. Walau bagaimanapun air agak rendah jika terbangun lewat. Mengikut jadual yang didapati dari jadual pasang surut tidecomp2000 kalau turun jam 6 sudah pasti perahu akan tersadai di muara sungai. Mujur saya bangki dari tidur jam 4 pagi dan menyiapkan segala peralatan kedalam kenderaan pacuan 4 roda sekitar jam 4:30 pagi. Selesai solat subuh saya bergegas ke jeti. Air masih agak dalam dan masih boleh melorongkan perahu secara perlahan menuju ke kuala.

Disebabkan saya keluar agak awal maka saya hanya membawa bot secara perlahan bagi menyesuaikan masa untuk tiba di lubuk umpan setelah pandangan cerah. Mencari laluan perahu juga terpaksa berhati-hati kerana air mulai surut habis...saya hampir tersadai sekali lagi disebabkan 'ghalid' melihat persekitaran yang memang cantik di waktu pagi....

Alhamdulillah...lubuk yang dicari menyajikan umpan hidup cukup lumayan dimana setiap tebaran tidak kurang 2-3 ekor naik. Setelah lebih 80 ekor disediakan saya memulakan misi solo 2013.Tetapi dalam misi ini saya hanya menuju ke 'spot' regular sahaja, ternyata tidak menghampakan......Gambar ini jika terlihat ahli geng IAT pasti akan merasa cemburu....

Minggu depan Sabtu cuba untuk menduga lubuk emas di Takat Laut......

Monday, December 31, 2012

DIA PERGI JUA...


Sabtu lalu seperti biasa kami turun beraksi di laut Sipitang bagi mengisi masa terluang dan penutup tirai 2012. Hanya saya dan geng IAT (Jyer) yang memberanikan diri untuk aksi penutup tahun ini. Saya pasti memang ahli ini juga kira kuat semangat untuk beraksi pada hari berkenaan. Ini kerana setelah melihat balasan SMS yang dihantar dengan berbunyi " Tidak boleh awal sangat sebab saya kerja malam" dan saya hanya menjawab dengan ringkas "Bah" saja..maknanya ok lah tu....

Saya menyiapkan peralatan dan turun ke pengkalan JPPS seawal jam 5:30 pagi...tetapi sambil menurunkan peralatan, rakan sampai. dia segera mengambil perahu yang bertambat di hulu JPPS. Selesai menurunkan semua peralatan dan engin 15 HP ..kami memulakan perjalanan. Tidak sampai 100 meter dari pengkalan, perahu mula tersangkut di lantai muara kera a air begitu surut dengan kiraan 0.4 meter sahaja. Tidak ada perkataan sesal dan berpatah balik sebaliknya kami mengerah kudrat yang ada lebih 50 meter menarik perahu untuk menjadikan misi terakhir 2012 sebagai realiti.

Terpacul juga keringat jantan dengan kecetekan air 0.4. Setelah mengerah segala kudrat akhirnya kami berjaya juga mengharungi segala rintangan. Nasib baik kerana perjalanan mencari umpan tidak begitu jauh hanya sekitar muara sungai Usak atau mungkin juga sungai Mesapol. Melihat kepada stok simpanan udang di kawasan ini agak lumayan...tempoh masa menjala juga menjadi singkat.

Setelah berpuasa hati dengan jumlah umpan yang ada kami memulakan pencarian lubuk. Tetapi agak malang kerana Jyer kurang menyerlah pada permulaan aksi. di lubuk pertama air agak keruh dan saya hanya berjaya menaikkan 2 ekor ikan ala kadar...rakan masih kelihatan hampa...

Tidak mendapat sambutan diharapkan kami berpindah ke JTSFI..dan di sini sambutan agak baik kerana saiz GT yang meragut umpan agak boleh tahan saiznya..walaupun tidak lah sebesar yang pernah kami dapat sebelumnya. Namun sekurang-kurangnya ada hasil berbanding dengan lubuk pertama tadi. Saya menaikkan dua ekor GT bersaiz table dan ini memberikan sedikit kepuasan..begitu juga dengan ahli IAT dapat merasa tarikan yang memang ditunggu-tunggu.

Disebabkan cuaca begitu panas kami berlindung di bawah JTSFI bagi mengurangkan dehidrasi dalam badan.    Oleh kerana sambutan semakin kurang kamu=i mengambil keputusan berpatah balik ke lubuk pertama tadi. Semasa di lubuk inilah saya kehilangan seekor GT yang terlepas dari kurungan semasa ombak semakin mengganas. SAYANG...dia belum mejjadi rezeki yang HAKIKI...kata sayakepada rakan...apa tidaknya GT yang hampir 600 gm beratnya terlepas begitu saja....

Lambungan ombak di kawasan ini membuatkan badan terasa sakit akibat mengimbangi kedudukan diri...tidak tahan dengan ini kami berpindah ke lokasi biasa di muara sungai Sipitang. Di sini walaupun lebih baik daripada lubuk sebelumnya tetapi masih tidak menandingi aksi-aksi sebelumnya. Entah apa sebabnya keadaan ini berlaku...mungkin lubuk ini telah diKACAU oleh manusia yang rakus dengan menggunakan racun atau BOM....sebab minggu sebelumnya sebuah perahu warga Filipina menghampiri saya semasa saya sedang beraksi seorang diri.....

Hasil keseluruhan minggu lalu melepasi 2 kg sahaja...cukup sebagai menutup tirai 2012.....Tunggu pembuka tirai 2013......