Setelah lebih 10 bulan giat dengan aktiviti memancing yang dilakukan hampir setiap minggu, maka seperti biasa setelah menjelang bulan ramadhan almubarak, aktiviti memancing akan dihentikan buat sementara waktu. Aktiviti ini akan bersambung semula setelah selesai eid nanti.
Dalam tempoh lebih sebulan berehat daripaa aktiviti memancing, biasanya masa terluang semasa cuti hujung minggu akan digunakan untuk men'servis' peralatan memancing yang telah bekerja keras selama hampir 10 bulan lalu. Antara lain termasuk lah membersihkan segala karat disebabkan oleh air masin, bearing dan tali pancing yang telah mungkin menjadi rapuh mungkin perlu diganti.
Selain itu, kadang-kadang engin bot juga perlu diservis dengan membubuh minyak grease bagi kawasan yang t elah bekerja keras selama aktiviti berlangsung.
Yang pasti selepas ini adalah aktiviti hujung minggu mencari lubuk untuk pakaian anak-anak sempena hari raya yang bakal menjelang. Lubuk yang banyak menyediakan untuk aktiviti sedemikian adalah di 1B, Wisma Merdeka atau di Centre Point. Kawasan -kawasan ini memang menjadi tumpuan apabila setiap kali menjelang perayaan.... Kepada semua rakan pemancing yang beragama islam...DIUCAPKAN SELAMAT BERPUASA....MARHABBAN YA RAMADHAN.......