Monday, November 18, 2013

PUKULAN SEBELUM CUTI

TUP..TAP..TU.. TAP...sudah penghujung tahun ....sedar tak sedar hanya tinggal berapa hari saja lagi untuk menempuh tahun baru 2014. Begitu pantas masa berjalan. Nasib baik sesetengan catatan sepanjang 2013 ada pada blog memancing ini, sekurang-kurangnya boleh dilihat semula apa aktiviti di laut tahun 2013.

Pada Sabtu lalu 16.11.2013 lalu, saya bersama geng regular telah mencuba nasib untuk mencari si putih yang sepatutnya telah mula kembali ke lubuk pilihan pada masa ini. Ini adalah disebabkan pada minggu sebelumnya salah seorang rakan sekampung memberitahu bahawa pada minggu lalu kelihatan segerombolan si putih mega berkeliaran disekeliling JTSFI mencari mangsa. Atas perkhabaran ini kami membulatkan hati untuk trip terakhir sebelum bercuti agak panjang pada hujung tahun ini.

Pencarian umpan di kuala sungai Mesapol agak mudah dan dengan bekalan yang agak banyak hanya sekitar 40 minit  diambil menjala udang hidup. Dengan saiz sederhana dan jenis yang agak aktif, kami terus beredar ke lubuk JTSFI. Namun ia tidak banyak membawa hasil walaupun sambutan ada tetapi agak dingin. Nasib baik si kerapu sedikit sebanyak membangkitkan semangat. Berlabuh dihujung jeti menjadikan pendatang baru (bot) bersama tiga krew keliahtan seperti jeles melihat kami asyik menarik ikan pelbagai saiz, akhirnya mereka meninggalkan lubuk kerana tidak ada sambutan pada pancing mereka.

Tarikan mega yang maha dahsyat oleh krew kami, ketika sedang menghilur umpan menggunakan hand line, yang secara mengejut dan amat  deras menjadikan semangat kami pulih seketika. Namun tarikan mega ini tersangkut pada tiang jeti menjadikan perlawanan berakhir dengan kehampaan.

setelah reda seketika sambutan kami berpindah ke lubuk batu dan disini sambutan si putih dikira boleh tahan dengan setiap kali umpan dihulur pasti akan ada sambaran. Walau bagaimanapun, ia tidak bertahan lama. Ini adalah biasa taktik si putih yang hanya melayan sekejap mata...

Dengan panas terik dan asakan denyutan sakit kepala kami meninggalkan lubuh sebelum jam 1 petang. Sekurang-kurangnya ada pertarungan yang boleh dijadikan kenangan sebelum cuti hujung tahun ini......