Thursday, November 08, 2012

GIAN TERHALANG


Telah tiga minggu secara berturut tidak dapat melunaskan hajat untuk aksi terpendam disebabkan oleh komitmen tugas dan hal-hal bersangkutan dengan urusan peribadi dan keluarga. Melihat kepada senjata tempur yang bertempiaran di stor, mengiyakan bahawa mungkin mingu-minggu mendatang juga tidak menjanjikan aksi. 

Semasa berborak dengan penduduk setempat di sebuah gerai kopi di Sipitang pemilik gerai berkenaan membuka rahsia bahawa kini telah mula aksi tarik menarik dan larian bak Usain Bolt, siapa yang tak kenal dengan juara dunia dan juara olimpik berkenaan, tetapi tarik menarik ini adalah habuan daripada jenis tuna yang telah kembali ke lubuk di Sipitang. Dikhabarkan sesetengah spesis ini mencecah sehingga 8 kg seekor yang kini digiali oleh para nelayan di daerah ini.

Menurut pengamatan penulis, ikan tunai memang mempunyai larian yang deras dan memerlukan tali yang mencecah 250 meter bagi melayan tarikan bertenaganya. Menurut pembacaan penulis juga jika ikan yang mempunyai isi berwarna coklat, spesis ini memang mempunya kudrat yang cukup kuat. Tetapi malang sepanjang aksi di laut Sipitang, penulis masih belum pernah merasai larian ala usain bolt di lautan ...meskipun pernah menyaksikan spesisi ni bermain-main dibibir air menampakkan dirinya. 

Selain itu, ada juga perkhabaran bahaa si putih juga telah kembali ke lubuk mencari makanan, ini memang tidak dinafikan kerana spesis ini (GT) biasanya akan kembali ke lubuk sekitar bulan November hingga Februari. Melihat kepada  carta pasang surut yang seakan rupa loceng terbalik, merupakan masa paling sesuai untuk aktiviti memancing. Cuma menjadi penghalang adalah cuaca yang kurang menentu sekarang, hujan sepanjang ahri dan sekali-sekala angin turut bertiup memberikan amaran agar berhati-hati.

Jika tidak ada aral melintang hanya awal Januari mungkin aksi gian dapat dilunaskan...........