Thursday, May 16, 2013
BEGITU KUATNYA TARIKAN.....SEHINGGA TIDAK BERGANJAK DARI TEMPAT BERLABUH....
Malam semalam saya menerima panggilan telefon daripada seorang rakan memancing. Tujuan beliau membuat panggilan telefon bukan mengenai aktiviti memancing beliau tetapi pasal lain. Beliau ingin membuat booking dua kampit beras untuk keperluan keluarga. Kebetulan pula isteri saya seorang peniaga kecil yang membekalkan beras kepada pelanggan di sekitar pekan Sipitang. Memiliki sebuah kedai runcit kecil untuk memenuhkan masa beliau yang kini banyak masa disebebkan oleh anak-anak sudah membesar dan bekerja dan bersekolah.
Perbualan kami hanya menyentuh sedikit mengenai isu beras berkenaan. Selebihnya adalah mengenai hobi memancing di sekitar daerah Sipitang. Beliau sebenarnya bukan berada di Sipitang tetapi di Kimanis kerana bekerja di SOGT iaitu satu kawasan industri gas dan minyak milik Petronas.
dilanjutkan cerita, beliau memberi tahu minggu lalu beliau dengan isteri beliau telah pergi memancing di perairan Sipitang. Kawasan tempat beliau memancing bersama dengan isteri beliau adalah tempat kami selalu lepak beberapa tahun lalu yang memang kawasan A1 untuk ikan bersaiz sederhana terutama sekali ikan putih, ketambak dan kerapu. Dilanjutkan cerita, beliau berkata isteri nya dapat menaikkan seekor kerapu bintik dengan berat lebih satu kilo. Mungkin ini adalah saiz terberat pernah isteri beliau naikkan setakat ini. Apa yang menariknya adalah, setelah berjaya menaikkan ikan kerapu sebesar itu, isteri yang sedang kesejukkan disebabkan oleh tiupan angin dan hujan renyai menjadi segala rasa sejuk itu hilang. Malah kata beliau telah beberapa kali dipujuk untuk berangkat balik masih enggan sehingga jam menunjukkan hampir 6 setengah petang. Begitulah kuatnya tarikan ikan yang menjadikan sebagai tarikan hobi.
Kata beliau hasil keseluruhan tangkapan beliau dengan pelbagai jenis spesis ikan hampir 7 kg. Wow...banyaknya. Begitulah ...ia membuat sesiapa jua akan ketagih untuk lagi...dan lagi...apabila terkena yang besar....dan kuat.....hehehe...
Wednesday, May 15, 2013
MENGAPA PERUBAHAN CUACA BERLAKU
Saya masih ingat semasa masih lagi kecil dahulu apabila ayah menceritakan betapa senangnya melihat udang galah bermain-main disepanjang sungai di daerah Beaufort. Beliau juga selalu menceritakan bahawa hampir setiap tahun akan ada semacam pesta diadakan iaitu "MENUBA" ikan dengan menggunakan sejenis akar yang dinamakan tuba. Akar ini apabila dilumatkan akan mengeluarkan sejenis cecair berwarna putih susu.
Air ini akan dicurahkan kedalam air dan dibiarkan mengalir bersama-sama mengikut arah air mengalir. Ikan yang terkena air tuba ini akan "MABUK" dan timbul ke permukaan air dan ketika itu lah orang kampung akan mengutip ikan-ikan yang mabuk dan lemah untuk dijadikan makanan. Tambah beliau apabila pesta ini diadakan, ramai orang kampung akan turut mengutip ikan yang mabuk dan lemah berkenaan. Antara ikan yang menjadi sasaran adalah seperti ikan Kanai, Kerapu, Yu, Yu Parang, dan bermacam-macam lagi daripada spesis ikan yang kecil.
Namun pada hari ini, aktiviti ini tidak lagi berlaku. Perkara ini adalah disebabkan oleh sama ada masyarakat telah melupai aktiviti sedemikian. Bayangkan pada waktu itu peralatan nelayan hanya jala, rawai dan bujak untuk menangkap ikan. Hari ini ikan-ikan yang disebutkan diatas juga semakin pupus. Pada masa itu tidak kedengaran mereka menyebut tentang ikan putih, ikan merah dan sebagainya, sebab spesis ini biasanya hanya bermain di lautan yang dalam, sedangkan nelayan pantai hanya mencari rezeki di kuala-kuala sungai.
Namun apa yang penulis nak kongsikan dalam tulisan ini adalah peredaran zaman dan masa tanpa disedari berubah dengan pantas. Bayangkan kalau dalam 50 tahun dahulu udang galah mudah dilihat dengan mata kasar bermain-main berhampiran sebarang reba di sepanjang sungai. Kini bagaimana?
Satu perkara lagi adalah kepupusan hidupan akuatik. Apakah penyebab kepupusan ini berlaku. Pastinya bukan disebabkan oleh orang miskin seperti nelayan pantai dan seumpamanya. Jadi angkara siapa? Yang jelas adalah kerakusan orang kaya dan syarikat-syarikat besar menebang pokok untuk mengaut keuntungan tanpa mengambil kira kesan kepada alam sekitar. Hari ini anak cucu kita terpaksa membayar dengan harga yang mahal.
Kemana semua ikan dan hidupan akuatik berkenaan pergi. Sudah tentu pupus disebabkan oleh habitat yang terancam akibat perubahan bentuk muka bumi dan perubahan struktur sungai dan lautan akibat hakisan melampau dan mengakibatkan habitat hidupan yang berubah sama sekali.
Adakah kita dan anak cucu kita akan dapat melihat keadaan apa yang kita lihat hari ini. Rasanya tidak dan mereka akan mewarisi longgokan sampah yang melampau terutama sekali daripada bahan plastik yang tidak diurus dengan baik.
Jad apa tindakan kita dari sekarang? Think.....
IKUT TEORI PENGURUSAN PULAK
Minggu lalu hasrat untuk turun untuk aksi membottom terbatal disebabkan formula dan teori pengurusan masa yang mesti diikuti. Teori ini berasaskan seperti berikut:-
Penting Utama
Tak Penting Tak Utama
Berdasarkan teori ini maka salah satu daripada aktiviti yang dirancang dibatalkan sebab aktiviti riadah bukan termasuk penting dan buka juga termasuk dalan utama walaupun tidak jatuh dalam kategori tak penting dan tak utama. Mungkin termasukd alam penting tapi tak utama. Atas alasan inilah terbatal hasrat untuk memancing dengan team regular.
Selain itu, cuaca pada hujung minggu lepas begitu lembab dengan hujan pada sebelah malam hinggga ke awal pagi. Atas halangan berkenaan telah membolehkan benda lain untuk menghabiskan masa berkualiti bersama keluarga dapat dilaksanakan dengan lebih terancang.
Minggu ini????? masih dalam perancangan.....
Subscribe to:
Posts (Atom)