Monday, December 17, 2012

HASIL MISI SINGKAT DI LUBUK PILIHAN


Perancangan awal akan membawa seorang rakan yang juga peminat laut, tetapi sedikit 'sorong tarik' menyebabkan beliau tidak dapat turun bersama-sama minggu lalu.Pada awalnya berita nampak positif daripada jawapan mulut beliau, walau bagaimanapun, syarat kedua yang diucapkan melalui panggilan telefon sedikit menurunkan 'temperature' semangat kerana hujung ayat akan memaklumkan sebelum jam lapan malam jika ada perubahan. Ketika itu harapan untuk aksi ahad hanya tinggal 25%. Beliau kemudian menghubungi saya melalui  telefon bimbit, tetapi hp sya tertinggal di kereta ketika singgah di rumah salah seorang 'regular team' di Beaufort. Kerana telefon tidak diangkat, beliau meninggalkan pesan ...disebbkan ada tugas saya tidak dapat ikut...lain kali saja ....." Ini bererti memadamkan langhsung peluang 25% sebelumnya.

Menyedari jadual air pasang agak baik saya meninggalkan pesan kepada 'regular member'  team Infongail, jika beliau tidak mau melepaskan peluang untuk aksi Ahad. Setiba dirumah satu sma berbunyi "aku turut untuk aksi esok"..Ok jawab ku ringkas, dan mesti siap jam 5:30 pagi sebab air amat rendah jam 6 pagi sekitar 0.4meter sahaja.

Kami sedikit terlewat sebab perjalanan rakan dari Beaufort memang akan mengambil masa lebih 30 minit. Sekitar 5:45 beliau tiba dengan agak tergesa-gesa. Nasib baik segala peralatan telah siap dipunggah kedalam Hilux seawal jam 5 pagi.

Disebabkan air yang memang rendah lebih 30 meter juga kami menarik perahu akibat kuala sungai yang cetek. Kami terus mencari umpan hidup di hamparan Weston kawasan regular dan memang agak lumayan meskipun saiznya agak kecil...tetapi target kami juga bukan ikan bagak. Setelah lebih 60 ekor seorang hasil umpan kami tanpa membuang masa terus ke lubuk yang dihajati.

Lubuk pertama hanya mempunyai penghuni 2 ekor ikan tanda.Tidak mahu menungggu lama kami terus ke lubuk kedua. Air sedikit keruh tetapi ikan tanda dan si putih melegakan kami. Angin yang bertiup dari darat ke laut sedikit mengganggu konsentrasi kami apatah lagi kami bersauh hampir dengan batu mandi. Akibat terdesak kerana tidak dapat balik awal kerana kuala sungai yang masih cetek, kami gagahi juga hingga sekitar jam 11:00 pagi. Tetapi layanan yang bertali arus menghayalkan kami. Setelah berpuas hati dan berteka teki hasil kami, mungkin 3 kg....kata rakan saya ...mungkin juga lebih kata saya....Setelah air sedikit dalam kami mengakhiri trip kami sebelum jam 12 tengahari.

Setelah ditimbang ternyata outing kami berbaloi kerana lebih 6kg hasil keseluruhan. Pada keseluruhannya rakan saya amat berpuas hati kerana beliau hampir tidak mempunyai masa lain selain melayan sang ikan yang frenzy hari berkenaan, mungkin ikan membayar hutang beberapa minggu lalu kata saya kepada nya ...dia hanya tertaw tanda puas hati...



Hasil keseluruhan yang kami dapat ......