Tuesday, January 15, 2013

HUJAN OH HUJAN


Sudah dua hari berturut-turut hujan dan cuaca sejuk tidak menentu. Cuaca sejuk akan mempengaruhi suhu air laut yang juga akan turut menjadi sejuk. Dalam keadaan ini, ikan akan kurang aktif  malah ikan pesisir juga akan mencari kawasan yang bersuhu panas.

Pada masa begini, bukanlah satu suasana yang sesuai untuk aktiviti memancing kerana peratusan untuk mendapat pulangan ikan adalah begitu tipis kerana lubuk ikan biasanya tiak berpenghuni.

Jika menurut ramalan pihak berkuasa, keadaan atau fenomena ini akan berlanjutan sehingga beberapa minggu mendatang. Sebenarnya telah masuk minggu kedua keadaan cuaca begini, dan minggu ini semakin sejuk apabila hujan tidak berhenti sejak  kelmarin, meskipun tidak lebat, tetapi cuaca mendung  dan tidak aka cahaya matahari memancar menjadikan suasana lagi sejuk. 

Daripada pengalaman lalu masa ini memang masa sesuai untuk rehat mementara waktu dengan menggunakan masa teruang untuk membaiki set-set pancing bagi aksi-aksi yang akan datang............  

Monday, January 14, 2013

BUKAN HARINYA


Setelah berkorban masa, tenaga dan wang ringgit , pulangan tidak seperti yang diharapkan. Sedikit kecewa tetapi bukan alasan untukmenggantung kail wakau buat sementara, apatah lagi buat selama-lamanya....tidak..tidak sama sekali.

Hari Ahad lalu, pengorbanan tiga dalam satu atau lebih agaknya. Apa tidaknya..keluar seawal jam 4 pagi mengelakkan air cetek untuk perjalanan yang jauh ke sungai Bangkuduan. Bangun seawal 3:30 pagi dan membuat persiapan sementara menunggu rakan dan ahli geng infongail sampai.

Minyak disediakan pada sebelah petang hari sebelumnya dengan isian full tank bagi mengelakkan kesukaran dalam perjalanan.

Menurunkan peralatan dan menyiapkn perahu menggunakan sedikit tenaga, sehingga hari ini masih terasa badan sedikit sakit akibat kerja berkenaan. Selesai menurunkan peralatan kami tidak menunggu apa-apa dan terus ke lubuk umpan untuk dibawa ke tempat idaman. Beberapa kali juga biduk terlanggar beteng pasir akibat air yang amat cetek. Nasib baik naluri laut membawa kami ke lubuk yang betul.

Sampai di sungai Bangkuduan singgah di lubuk pertama di kuala sungai ,..sehingga beberapa ketika hanya umpan habis dicuri hasil tidak diperiolehi. Sehingga ke spot ke dua dan ketiga suasana masih sama. Kecuali paa spot ketiga ikan dua ekor sembilang sebesar lengan orang dewasa sudi menjamah umpan hidup kami. Saya memang tidak begitu minat dengan spesis ini atas beberapa faktor iaitu tidak pandai makan jenis ikan tak bersisik, dan kedua  spesis ini memang merbahawa kerana silap taknik boleh menderita terkena sengat berbisanya.

Walaupun dalam keadaan kecewa, sapaan daripada rakan anglers yang juga turut menduga di sungai Bangkuduan, membuatkan hati sedikit terubat. Dalam sama  yang sama semasa menuju ke kuala, kami juga terserempak dengan  sebuah perahu yang mempunyai tiga orang kaki casting. Semasa berselisih dengan bot mereka, saya menunjukkan thumb up kepada mereka dansalah seorang daripada  mereka yang tidak menutup muka membalas dengan  senyuman,...manakala dua orang lain yang menutup muka membalas dengan angkat tangan menunjukkan bagus....apatah lagi ketika itu sedang menaikan seekor anak kerapu betul-betul di depan mata kami...bagi kami pula hanya cerita kecewa yang akan dibawa balik.

Sehingga kami balik hanya itu cerita yang boleh dibawa. Terdetik juga dalam hati kalau mungkin aksi dekat saja mungkin hasilnya lebih baik. tetapi apabila difikir secara positif..ternyata itu rezeki yang tuhan janjikan ...