Wednesday, December 12, 2012

DENDAM YANG TERLERAI


Khamis lalu, selepas beberapa minggu yang sibuk atas urusan keluarga dan masyarakat selain tugas hakiki, telah berpeluang untuk aksi pendek yang membawa kami kepada satu trip yang agak baik. Ahli regular team tidak mengucap banyak alasan selain jawapan pendek 'boleh jua' dalam loghat Brunei Bongawan. Persetujuan ini memudahkan persiapan diambil dengan cepat. 

Dalam masa yang sama seorang pendatang baru dalam keluarga yang juga pengantin baru ingin merasai bagaimana kehidupan seorang nelayan. Orang dari negeri Hang Tuah yang masih merah 'pacar' atau inai dijari mencemar diri meduga laut Sipitang.

Perjalanan kami seawal 5:30 pagi untuk mencari umpan hidup di kawasan hamparan laut Weston. Berat badan 3 orang pemancing dan peralatan yang dibawa menjadikan perjalanan sedikit perlahan. Namun semuanya berjalan lancar pada awal pagi meskipun di ufuk timur kelihatan awan mula menghitam. Lubuk pertama pencarian umpan agak hambar kerana air agak jernih. Kami menghala ke tepian yang berair keruh. Lubuk kedua ini memberikan kepuasan kerana jumlah udang hiidup yang banyak setiap kali jala ditebar. Ini memberikan pengalaman baru kepada warga negeri Hang Tuah yang telah mendaftar sebagai sebahagian warga Sabah khususnya daerah Sipitang.

Selesai mendapat umpan yang dikira mencukupi, kami bergerak ke lubuk misteri. tetapi bertambah misteri kerana tidak berpenghuni langsung. hajat memang tidak mahu berdagang terlalu jauh kerana khuatirkan keselamatan apabila ufuk timur semakin menghitam. Berpindah ke 'kawasan light house' di kuala Sipitang, pengantin baru menjadi pembuka tirai di lubuk ini. Tiga sambaran ikan tanda aka ketambak menghibur hati kami semua. Ahli regular dan pengantin baru bersilih ganti menaikkan ikan tanda pelbagai saiz. Sementara saya masih menunggu sambaran sang ikan. Kesabaran berbaloi selepas itu apabila si tanda dapat dinaikkan satu demi satu.

Setelah buat seketika tidak mendapat sambutan kami berpindah ke lubuk Si Bongkon aka Batu Mandi. Disini menampakkan harapan yang baik namun secara tiba-tiba laut bergelora dan hujan mulai membasahi kami. Kehilangan haluan akibat tiupan angin yang agak deras, kami memutuskan untuk kembali ke pangkalan. 

Trip yang pendek sekitar jam 10 pagi dapat menghasilkan tangkapan lebih 3 kg disamping memberi pengalaman kepada warga Hang Tuah pahlawan Melayu yang terbilang. TEngahari berkenaan kami menikmati ikan yang paling fresh dimasak oleh chef terbilang dalam rumah........Alhamdulillah...terlunas dendam tak sudah sejak sekian lama.