Monday, April 13, 2015

IMBALAN BERKAT SABAR

Minggu lalu, meskipun meredah hujan di tengah laut, namun tetap ada walaupun tidak seberapa.Namun pada Sabtu dan Ahad lalu, saya tidak serik dengan pulangan yang kurang menyerlah dalam aksi sekitar 3 jam. Pada Sabtu, saya keluar secara solo kerana geng IAT telah ramai yang cedera selain badan yang semakin dimamah usia dan kurang endurance dan ketahanan badan. Maknanya sedikit kecederaan badan akan mudah dirasai untuk tempoh yang panjang.

Menyedari kedudukan air yang agak tinggi dan kurang kudrat digunakan berbanding air cetek, semasa memunggah perahu dari 'ramp'  tempat biasa memunggah barangan dan peralatan memancing. dengan ketinggian 1.1 meter memang agak mudah. 

Saya mengambil keputusan untuk turun secara suka-suka pada Sabtu. Dengan baki minyak bot masih berbaki setengah, dengan berat muatan yang minima secara solo, kelajuan pasti tidak masalah untuk meluncur ke lubuk umpan.

Lubuk umpan regular tidak menjadi masalah, apatah lagi selepas hujan di hulu sungai menampakkan air agak keruh. Udang bersaiz sederhana agak mudah diperolehi. Dengan jumlah yang kurang dari pada seratus ekor, saya mencuba spot yang regular. Memang gak hambar dan sebagai jalan terakhir terpaksa mencari ikan sepuluh sen sepuluh sen di lubuk batu mandi. Alhamdulillah...hasilnya cukup juga untuk  tengahari dan malam.


Ahad, tidak mahu membuang masa dengan hanya menonton tv dirumah saya mengerah kudrat selepas subuh dan meluncur ke lubuk umpan sekali lagi.


Sama seperti sehari sebelumnya, umpan agak lumayan. Setelah usai cukup untuk aksi, saya segera mencari Lubuk Misteri dengan tawakal semoga ada perubahan berbanding nasib pada Sabtu. Dengan berkat kesabaran selain sejumlah 5 pancing dipasang. Disebabkan kawasan ini kerap disentap oleh batu takat, beberapa set juga batu, mata kail dan swivel menjadi hadiah kepada alam semula jadi. Tidak tahan dengan keadaan ini, saya menukar teknik menggunakan teknik hanyutan.


Tidak lama selepas itu ternampak  joran pancing ABU GARCIA ulltra cast melengkung dengan deras. Ini menandakan pemangsa sedang berusaha menarik ke dasar. Dengan pantas tarikan dibalas, dan cara larian yang ingin tawaf keseluruh kawasan perahu , sudah pasti ia adalah angkara si putih.

Tarikan ini bersilih ganti dengan pancing lain yang sedia terpasang menunggu mangsa, seperti BOSSANA light, Alpine dan Shimano bersilih ganti menjadi mangsa si GT...






Tidak mahu terlalu tamak ..cukup untuk makan  hari ini dan esok, cukup lah buat Ahad yang ceria ini. sesampai di pangkalan, jam masih menunjukkan 9 pagi...Rasa bersyukur dengan satu outings dari jam 6:30 - 9:00 pagi dapat habuan untuk dua hari akan datang...

Mudah-mudahan lubuk ini masih dihuni pada minggu  ini dan seterusnya....