Monday, April 13, 2015

IMBALAN BERKAT SABAR

Minggu lalu, meskipun meredah hujan di tengah laut, namun tetap ada walaupun tidak seberapa.Namun pada Sabtu dan Ahad lalu, saya tidak serik dengan pulangan yang kurang menyerlah dalam aksi sekitar 3 jam. Pada Sabtu, saya keluar secara solo kerana geng IAT telah ramai yang cedera selain badan yang semakin dimamah usia dan kurang endurance dan ketahanan badan. Maknanya sedikit kecederaan badan akan mudah dirasai untuk tempoh yang panjang.

Menyedari kedudukan air yang agak tinggi dan kurang kudrat digunakan berbanding air cetek, semasa memunggah perahu dari 'ramp'  tempat biasa memunggah barangan dan peralatan memancing. dengan ketinggian 1.1 meter memang agak mudah. 

Saya mengambil keputusan untuk turun secara suka-suka pada Sabtu. Dengan baki minyak bot masih berbaki setengah, dengan berat muatan yang minima secara solo, kelajuan pasti tidak masalah untuk meluncur ke lubuk umpan.

Lubuk umpan regular tidak menjadi masalah, apatah lagi selepas hujan di hulu sungai menampakkan air agak keruh. Udang bersaiz sederhana agak mudah diperolehi. Dengan jumlah yang kurang dari pada seratus ekor, saya mencuba spot yang regular. Memang gak hambar dan sebagai jalan terakhir terpaksa mencari ikan sepuluh sen sepuluh sen di lubuk batu mandi. Alhamdulillah...hasilnya cukup juga untuk  tengahari dan malam.

Ahad, tidak mahu membuang masa dengan hanya menonton tv dirumah saya mengerah kudrat selepas subuh dan meluncur ke lubuk umpan sekali lagi.

Sama seperti sehari sebelumnya, umpan agak lumayan. Setelah usai cukup untuk aksi, saya segera mencari Lubuk Misteri dengan tawakal semoga ada perubahan berbanding nasib pada Sabtu. Dengan berkat kesabaran selain sejumlah 5 pancing dipasang. Disebabkan kawasan ini kerap disentap oleh batu takat, beberapa set juga batu, mata kail dan swivel menjadi hadiah kepada alam semula jadi. Tidak tahan dengan keadaan ini, saya menukar teknik menggunakan teknik hanyutan.

Tidak lama selepas itu ternampak  joran pancing ABU GARCIA ulltra cast melengkung dengan deras. Ini menandakan pemangsa sedang berusaha menarik ke dasar. Dengan pantas tarikan dibalas, dan cara larian yang ingin tawaf keseluruh kawasan perahu , sudah pasti ia adalah angkara si putih.

Tarikan ini bersilih ganti dengan pancing lain yang sedia terpasang menunggu mangsa, seperti BOSSANA light, Alpine dan Shimano bersilih ganti menjadi mangsa si GT...

Tidak mahu terlalu tamak ..cukup untuk makan  hari ini dan esok, cukup lah buat Ahad yang ceria ini. sesampai di pangkalan, jam masih menunjukkan 9 pagi...Rasa bersyukur dengan satu outings dari jam 6:30 - 9:00 pagi dapat habuan untuk dua hari akan datang...

Mudah-mudahan lubuk ini masih dihuni pada minggu  ini dan seterusnya....

Thursday, February 26, 2015

kordinat lubuk cara kampung

Sejak kemunculan gadget di pasaran termasuk telefon bimbit yang dilengkapi dengan kemudahan GPS memang memudahkan usaha untuk mengesan lubuk berpotensi. Namun dengan hanya bergantung kepada GPS masih belum mencukupi, jika tidak mempunyai alat pengesan sonar atau echo sounder. Saya pernah membeli kedua-dua alat ini sekitar tahun 2006 dengan harapan dapat digunakan untuk mengesan lubuk yang berpenghuni terutama sekali ditempat air yang dalam melebihi 15 meter kedalaman. Walaupun alat-alat ini memang berguna dalam membantu memudahkan usaha mencari lubuk, namun cara mengoperasi yang kompleks disamping masalah imej akuatik yang mengelrukan, sehingga kini peralatan ini masih tidak digunakan secara optimum dan tersimpan dengan baik. Bagi alat Global Positioning System (GPS) pula, yang dibeli bersama-sama echo sounder, dengan munculnya kemudahan sama bersama-sama telefon bimbit, telah menguranagkan lagi fungsi alat berkenaan. Ada juga rakan peminat aktiviti memancing cuba untuk meminta kedudukan kordinat lubuk yang selalu geng IAT lawati. Disebabkan geng IAT tidak menyimpan kordinat apatah lagi menyimpan dalam kordinat GPS kami, disebabkan kami hanya menggunakan tanda semula jadi yang berasaskan pengalaman, maka permintaan ini tidak dapat ditunaikan atau diberikan. Bukan sebab lokek berkongsi lubuk, tetapi memang tidak dapat dibayangkan oleh orang lain jika sekadar menggunakan tunjuk arah atau tanda semula jadi dalam mengesan lubuk. Penggunaan tanda semula jadi seperti bukit dan kayu atau tanda lain memang menjadi kebiasaan bagi nelayan tempatan sejak sekian lama. Selain itu ada juga nelayan yang rajin dengan meninggalkan tanda yang dipanggil 'lawa-lawa' setakat menggunakan istilah tempatan atau unjam kata nelayan di semenanjung Malaysia. Tanda yang ditinggalkan di lubuk ini lah yang menjadi panduan jika berkunjung ke lubuk untuk aktiviti memancing.Namun, pada kebiasaannnya menggunkan tanda sedemikian sering kali hilang sama ada dibuang oleh orang yang tidak bertanggung jawab atau dimusnahkan oleh aktiviti kapal pukat tunda yang kerap beroperasi pada waktu malam. Walaupun kaedah digunakan ini masih dikira kuno, namun begitulah ilmu kelautan yang diwarisi sejak zaman berzaman oleh mereka yang bergelar komuniti nelayan tradisional. Ada juga kebaikannya menggunakan tanda semulajadi ini, kerana ini tidak mengganggu alam semula jadi didalam laut. Selain itu dapat mengelakkan satu puak lagi pemusnah alam sekitar iaitu kalangan pelahap yang terdiri daripada nelayan warga asing yang menggunakan bom ikan atau racun bagi memperolehi hasil untuk jangka pendek tanpa mengira kesan jangka panjang dan kesan kepada mereka yang memakan hasil daripada aktiviti sedemikian.

Wednesday, February 25, 2015

APA AKAN JADI LAGI DUA DEKAD KE DEPAN

Sejak tahun 2004 menjinakkan diri dengan aktiviti laut khususnya memancing, telah menyaksikan banyak peristiwa di persekitaran laut Sipitang. Jika kita tidak membuat pemerhatian mengenai alam sekitar sudah tentu kita tidak akan merasai apa-apa yang berlaku keatas asakan keatas alam sekitar. sesekali turun dengan alat perakam peristiwa khususnya gadget modern seperti telefon bimbit yang dilengkapi dengan kamera membantu saya dan geng merakamkan keadaan persekitaran. Kini telah lebih 10 tahun berlalu, tanpa dirasa bahawa perubahan yang sedang berlaku mengasak dengan hebat dunia tempat kita tinggal khususnya pembuangan sampah ke laut oleh penduduk yang masih gagal untuk faham akan kesan kepada alam sekitar. Begitu juga kemajuan yang kita impikan seperti pembangunan kawasan dan pembangunan ekonomi yang juga telah memberikan impak besar kepada alam sekitar. Penarahan bukit yang berterusan di sekitar Sipitang oleh beberapa projek mega sedikit sebanyak memberikan kesan kepada alam sekitar. Ini tidak lagi termasuk projek rakus orang kaya yang meneroka tanah untuk tanaman sawit yang telah meminggirkan terus penduduk kampung. Apa akan jadi dalam 20 tahun akan datang? adakah kita masih dapat menyaksikan persekitaran kita masih selamat dari segi hidupan akuatik yang menjadi sumber makanan utama penduduk....adakah penduduk yang berpuncakan pendapatan mereka di laut masih boleh menyara keluarga mereka hasil daripada laut????

ada apa lagi???

Ahad, cuti hujung minggu mengambil kesempatan untuk turun ke laut dengan tekad untuk menduga Lubuk Misteri yang suatu masa dahulu menjadi spot paling menghiburkan, apa tidaknya layanan mesra oleh si putih manja yang menjadikan masa tidak terasa berlalu. Namun itu cerita lama, kerana buat seketika lubuk ini menjadi tidak keruan disebabkan tidak berpenghuni. Pengalaman daripada satu trip pada hari Rabu dan Jumaat dijadikan sebagai panduan untuk mengulangi aktiviti yang dapat menghasilkan tangkapan yang agak lumayan meskipun masa yang diambil hanya kurang daripada 5 jam termasuk aktiviti mencari umpan. Keadaan air yang agak baik dimana pada jam 6 pagi masih pada kedudukan 1.0, memudahkan sedikit kerja-kerja memunggah peralatan dan menurunkan perahu ke gigi air. Pencarian umpan juga agak senang dimana sekali tebaran boleh menghasilkan antara 5-15 ekor udang hidup. Dengan bermodalkan lebih 200 ekor kami segera bergerak ke Lubuk Misteri. Pada trip solo hari Jumaat lalu saya telah membuang sebiji batu yang diikat dengan sebiji botol sebagai tanda lokasi lubuk. Pagi tadi alhamdulillah tanda ini masih kekal berada di tempat berkenaan. Sekurang-kurangnya dapat menjimatkan masa untuk menncari spot yang tepat. Di likasi ini tidak lama menunggu, sambaran pertama daripada ikan kerapu bintik dan anduping memulai aksi pagi. Tidak lama selepas itudiikuti dengan beberapa sambaran lagi daripada ikan kerapu seberat 1.5 kg yang dikira sebagai piala utama dalam trip ini. Setelah kelihatan air mula bergerak pasang, barulah sambaran si putih manja bermula. Agak frenzy dan menghiburkan apabila tarikan-tarikan dari bawah menampakkan kelibat si putih yang kadangkala membawa tali pancing hampir ke sekeliling perahu seperti melambai memanggil kawanan untuk ikut serta dalam pesta tarik menarik. Namun amat tidak disangkan apabila hadirnya si pencukai jahat pada saat-saat akhir tarikan berlaku. Kehadiran si pencukai ini menjadikan tidak kurang daripada 3 ekor daripada si putih telah disebat oleh si ikan barracuda, yang mencemburui makan malam pemancing berlauk si putih. Selepas gangguan ini tiba , kelibat si putih berlari pantas meninggalkan lubuk menjadikan kami menunggu hampa... Sekitar jam 10 kami beredar balik dengan hasil keseluruhan hampir 7 kg untuk hari ini.

Sunday, February 22, 2015

Ahad, cuti hujung minggu mengambiul kesempatan untuk turun ke laut dengan tekad untuk menduga Lubuk Misteri yang suatu masa dahulu menjadi spot paling menghiburkan, apa tidaknya layanan mesra oleh si putih manja yang menjadikan masa tidak terasa berlalu. Namun itu cerita lama, kerana buat seketika lubuk ini menjadi tidak keruan disebabkan tidak berpenghuni. Pengalaman daripada satu trip pada hari Rabu dan jumaat dijadikan sebagai panduan untuk mengulangi aktiviti yang dapat menghasilkan tangkapan yang agak lumayan meskipun masa yang diambil hanya kurang daripada 5 jam termasuk aktiviti mencari umpan. Keadaan air yang agak baik dimana pada jam 6 pagi masih pada kedudukan 1.0, memudahkan sedikit kerja-kerja memunggah peralatan dan menurunkan perahu ke gigi air. Pencarian umpan agak senang dimana sekali tebaran boleh menghasilkan antara 5-15 ekor. Dengan bermodalkan lebih 200 ekor kami segera bergerak ke Lubuk Misteri. Pada trip solo hari Jumaat lalu saya telah membuang sebiji batu yang diikat dengan sebiji botol sebagai tanda lokasi lubuk. Pagi tadi tanda ini masih kekal berada di tempat berkenaan. Tidak lama menunggu, sambaran pertama daripada ikan kerapu bintik dan anduping memulai aksi pagi. Tidak lama selepas itu beberapa sambaran daripada ikan kerapu seberat 1.5 kg yang dikira sebagai piala utama dalam trip ini. Setelah kelihatan air mula bergerak pasang, barulah sambaran si putih manja bermula. Agak frenzy dan menghiburkan apabila tarikan-tarikan daribawah menampakkan kelibat si putih yang kadangkala membawa tali pancing hampir ke sekeliling perahu. Namun berlaku si pencukai jahat pada saat-saat akhir tarikan berlaku. Tidak kurang daripada 3 ekor disebat oleh di ikan barracuda, yang mencemburui makan malam pemancing berlauk si putih. Selepas gangguan ini, si putih berlari pantas meninggalkan lubuk Sekitar jam 10 kami beredar balik degan hasil keseluruhan hampir 7 kg untuk hari ini.

Thursday, November 20, 2014

HAMPIR SIAP

Melihat kepada keadaannya yang telah siap menanggung beban sebuah bot diatas nya saya yakin trailer yang sedang diusahakan telah hampir siap sepenuhnya. Saya mengambil kesempatan menghampiri tempat trailer ini dibina dan ternyata ia telah melebihi 95% siap. Mungkin pada hujung minggu ini ia akan dapat digunakan buat pertama kalinya...