Isnin pengumuman permulaan puasa dibuat melalui radio dan tv. Kebetulan Selasa masih belum bermula puasa, jadi saya mengambil kesempatan untuk pulang ke kampung untuk bersahur bersama keluarga. Dalam perjalanan dari Kota Kinabalu, semasa melalui jalan berhampiran laut di Kimanis, saya berkesempatan melirik ke bahagian laut dan ternyata tenang meskipun hujan paa ketika itu.
Perjalanan petang itu diiringi hujan sehingga melewati pekan Beaufort. Memasuki daerah Sipitang cuaca begitu kering dan tina meniti jambatan sungai Sipitang kelihatan laut begitu kering kerana air surut ke paras minima. Biasanya keadaan ini jika di bawah JPPS, sekiranya menggunakan umpan yang sesuai seperti udang hidup bersaiz sederhana atau 'udang timpang' pada ketika itulah ikan MJ bersais sehingga seberat 1 kg ligat mencari mangsa di kawasan berkenaan.
Saya terus memandu ke rumah kerana hari telah hampir gelap menandakan waktu maghrib telah hampir. InsyaAllah pada SAbtu petang akan dicuba untuk melepaskan gian dijiwa......