Wednesday, April 17, 2013

PatahYang Tak Tumbuh Tetapi Berganti


Bila saya turun memancing biasanya selepas waktu subuh, masa itu pangkalan atau jeti masih sunyi dan sepi malah masih gelap. Saya sengaja turun awal kerana atas beberapa sebab antaranya, kalau awal turun kita merasa lebih segar sengan pemandangan yang sungguh cantik, terutama sekali apabila matahari baru menampakkan mega. Yang kedua adalah kerana ingin tiba awal ditempat lubuk umpan selain awal tiba awal dapat umpan dan awal pula dapat melunaskan hajat..memancing.


Setiap kali turun tidak kurang daripada 3- 6 batang pancing dibawa. Ini adalah persediaan untuk segala kemungkinan dan melayan hobi. Jika lubuk ikan kecil saya akan menggunakan joran kecil dan lembut  dan  kekili yang kecil. Kepuasan akan dapat dirasai bila yang ditarik agak sederhana dan penariknya juga agak bersesuaian. Selain itu jika panding yan tersangkut atau putus semasa bertarung, untuk menyambung mata kail akan mengambil masa, yang mudah, buka saja pancing yang belum digunakan.

Apabila masa kembali dari aktiviti kami kerap disapa. Amboi..banyak nya pancing...atau...ini baru puas memancing...banyak bawa pancing...saya hanya mengiyakan saja..sebab mungkin mereka kurang faham tujuan kita membawa sejumlah kail yang agak bayak.

Pada trip minggu lalu, saya membawa enam pancing. Malangnya salah satu joran yang paling lembut 'non solid' telah tersangkut dan apabila ditarik joran berkenaan telah patah. Tapi kalau joran patah  pastinya tidak akan tumbuh....sebaliknya ia akan berganti. Jadi pada kesempatan yang terluang sebentar tadi saya membeli sebatang joran darii Shimano Cuszer dan reel Magnum 6000 yang saya  kerap ungkapkan  sebagai cap ayam. Tetapi dengan harga yang dikira cukup murah tetapi boleh digunakan untuk aksi medium dan pertarungan semi heavy weight.

Pada kesempatan sabtu nanti akan diuji kekuatan joran dan reel berkenaan.....

Monday, April 15, 2013

PERTARUNGAN DENGAN OMBAK GANAS

Minggu lalu, ahli IAT tidak mensia-siakan masa selama dua hari cuti hujung minggu apabila kedua-dua hari digunakan untuk meneroka lautan bagi hobi yang tercatat nombor wahid. Pada  hari Sabtu ahli IAT turun bertiga dan memperjudikan suasana air yang agak tinggi, keluar agak lewat.

Namun menjadi halangan adalah suhu air agak sejuk menjadikan ikan kurang frenzy meskipun umpan agak banyak disediakan. Lubuk seperti pancang merah dan batu mandi tidak menjanjikan apa-apa pulangan.

Akhirnya kami bersetuju menduga di JTFSI bagi menghabiskan umpan berbaki. Kami bernasib baik kerana di sini

Sabtu KePusat Penamaan calon atau ke lubuk berahi


Sabtu ni hati berdebar-debar, bukan pasal nak tarik ikan besar di lubuk baru tapi sebab nak tengok sapa lawan sapa di semua kawasan Parlimen dan ADUN di Sabah. Tapi biarlah itu diputuskan oleh orang politik, sebab itu kerja mereka. Siapa pun yang menang, calon mana pun yang kalah, periuk nasi saya saya juga yang nak isi. Jadi lebih baik saya pergi memancing bersama-sama ahli. apa tah lagi hari berkenaan telah di'book' oleh seorang yang 'ketagih' tarik ikan besar. Mudah-mudahan ia akan menjadi kenyataan untuk bertarung dengan ikan besar.

Walau apapun yang berlaku, misi ahli geng infongail atau IAT akan tetap dengan kegiatan berpanas dan berjemur mencari rezeki di laut.

Tambahan pula jika cuaca elok dan laut tidak bergelora, lubuk baru akan menjadi saksi betapa ubat terbaik menghibur hati adalah memancing. Alang-alang membuang masa, lebih baik yang berhasil....untuk mendapat peluang begini bukan senang....hanya mereka yang faham saja yang tahu....

Pertarungan Kalah Mati

Rasanya  kali terakhir bertarung dalam kelas light heavy weight adalah dalam tahun 2009, selepas itu pertarungan hanya dalam kelas biasa seperti feather weight kalau tidak pun bantam weight. Sesekali bertarung dengan kelas light heavy memeng memenatkan. Apatah lagi jika lawan kita mempunyai kudrat yang kuat dan tahan melawan.

Pengalaman pada Ahad lalu merupakan kelas tersendiri walaupun pada kelas light heavy tetapi pada pentas heavy weight. Apa tidaknya apabila peralatan yang disambar adalah peralatan yang hanya untuk  aksi pertengahan bawah sahaja. Sambaran ikan seberat lebih 5kg dengan aksi melompat gaya pelombat tinggi olimpik menjadikan CUSZER Shimano rod hanya dapat menggunakan aksi bertahan dan membuat pukulan jika terasa pihak lawan mengalami keletihan. Tetapi taktik ini kelihatan berkesan sama seperti teknik Rocky Balboa dalam filem Rocky IV, sebelum menggunakan taktik pukulan maut pada akhir pertarungan.

Aksi asak mengasak berlaku pada awal pertarungan, tetapi asakan yang kuat membuatkan saya hanya bertahan dan mencuri peluang sedikit demi sedikit. Taktik ini ternyata berjaya apabila semakin lama dia menyerang sekamin ketara kelemahannya dan pada saat itu lah saya mengunakan pulukan maut sehingga dia tersungkur dan mengaku kalah.

Pertarungan pada Ahad, mengingatkan saya kepada pertarungan heavy dengan GT seberat 9.2kg tetapi dengan braid 60lb tidak merisaukan saya ditambah dengan reel Banax 6000XP gelanggang hampir semua dikuasai, berbandig dengan reel cap ayam yang bersais 4000, tetapi berbekalkan pengalaman, segala cabaran lawan dapat dipermudahkan.......Macam cerita tinju pun ada ...macam cerita gusti pun ada....itulah cerita memancing....

Kepuasan Yang Jarang Diperolehi

Setiap hujung minggu khususnya Sabtu dan Ahad, grup IAT pasti akan mengisi masa dengan memancing selain sebagai hobi ia juga memberikan pulangan untuk dimasak bersama keluarga jika kebetulan lubuk berisi semasa trip berjalan.

Pada hujung minggu lalu, saya mengatur trip  dengan navigator IAT.....kami trun pada hari Sabtu dengan harapan dapat menambah koleksi gambar dan cerita yang telah terkumpul sekian lama. Kami turun seawal jam 5:50 pagi dan mencari umpan hidup di sekitar Sungai Buntu, Pelakat. Meskipun kawasan ini pada suatu masa dahulu menjadi kawasan mencari udang bagi grup IAT, namun disebabkan jumlahnya semakin berkurang pada masa berkenaan kami mencari tempat baru.

Kunjungan kami pada Sabtu mendapati kawanan udang masih senang diperolehi di kawasan ini sebagaimana pengalaman kami pada permulaan kami berjinak-jinak dengan aktiviti memancing. Kawasan beteng pasir yang agak cetek menjadi tumpuan kawanan udang yang bersais sederhana.

Disebabkan trip kami hanya untuk tempoh yang singkat disebabkan air pasang yang dikira tinggi kami memutuskan untuk mengambil umpan hanya sesuai untuk tempoh memancing yang pendek sahaja. Lubuk pertama agak kurang sambutan manakala lubuk kedua juga agak hambar. Menyedari keadaan ini kami mengikuti cerita yang dikhabarkan oleh kawan navigator IAT, yang menunjukkan kawasan atau lubuk baru. Dilubuk ini sambutan agak mengalakkan dengan sais GT yang sederhana dan rancak berbanding dengan lubuk sebelumnya, yang hanya kelihatan aksi kejar mengejar.

Walau bagaimanapun, sambutan tidak dapat bertahan lama kerana arus semakin deras menekan tali pancing ke tiang yang mengakibatkan tali sering menjadi mangsa tersangkut....angin semakin ganas bertiup dan kami mengakhiri trip dengan sedikit kecewa kerana lambat mencuba lubuk baru ....akibat ketidak puasan hati kami membuat trip ulangan pada hari esoknya Ahad.....

Sunday, April 14, 2013

Selepas sekian ....Lama ..Ini Kali Lah


Ini Kali Lah ...Tag line orang politik sejak ketidak puasan hati terhadap parti dominan di Sabah. tapi ketika terkilas ikan diair setelah hampir 20 minit bertarung dengan tali dalam gegelung hampir ke penghujung, dan kudrat yang menarik masih bertenaga dan yang dan yang ditarik juga masih belum ada tanda-tanda mahu mengalah..menjadikan ini kali lah lebih tepat diucapkan...

Dengan berbekalkan tali 25lb buatan Jepun dan rod Shimano Cuszer tetapi reel cap ayam bersais 4000 hanya tawakal saja yang membuatkan semangat timbul..apatah lagi sudah semakin jarang bertempur dengan kekuatan yang sedemikian.

Dengan berbekal sedikit pengalaman, akhirnyan siganas akur juga dengan kekuatan dan kekantalan semangat yang ada...setelah terkilas dida;am air cangkuk yang lama berehat akhirnya dapat digunakan sekali lagi.

Ikan seberat hampir 5kg naik kedalam perahu....

Sabtu yang dingin

Hari Sabtu hanya pada penghujung trip setelah puas menunggu di lubuk regular kami mendapat tarikan penyenang hati. Sejak dari jam tujuh pagi berada di kolasi, hanya seekor ikan putih bersais meja dapat kami naikkan, itupun setelah kami puas bersabar.

Akhirnya kami mengalah kepada keadaan dan beredar ke bawah jeti, disini tarikan ganas membuat kan kami  bertambah semangat walaupun gagal dinaikkan. Ankorman yang berada di depan perahu asyik mengomen tentang tarikan ganas yang tidak diketahui spesisnya. Beliau berjaya menambah koleksi seekor kerapu. Akhirna kami seakan kehilangan kuasa...dan mencuba lubuk baru di hujung jeti  dan disini tarikan mula rancak oleh  ikan putih bersais meja...walau bagaimanapun, zaman kegemilangan tidak bertahan lama apabila angin mula mengganas dan membawa tali kail ke ruang yang mengakibatkan kehilangan batu ladung dan mata pancing berpanjangan.

Trip kami yang berada di penghujung membuatkan kami menekadkan hati trip ulangan dibuat pada esok hari.