Tuesday, June 25, 2013

JEREBU SI JEREBU

Cuaca panas dan kering ketika ini menyebabkan hutan menjadi kering dan mudah terbakar. Kebakaran hutan secara tidak sengaja akan mengakibatkan jerebu. Semasa berada di Kedah hingga ke Melaka pada mingggu lalu kecuali Kedah yang masih mengalami hujan manakala dari Pulau Pinang hingga ke Melaka cuaca panas dan berjerebu. Pada hari Jumaat, Melaka mengalami jerebu yang semakin teruk.

Apabila kembali ke Sabah pada Sabtu, Sabah juga tidak terkecuali daripada dilanda jerebu yang jarak penglihatan sekitar 3km. Walaupun  keadaan ini tidak seteruk Johor yang  mana sekolah terpaksa ditutup sementara waktu, di Sabah bencana jerebu juga menghalang aktiviti luar termasuk memancing.

Semasa aktiviti memancing pada Sabtu, kapal-kapal yang  berlabuh di perairan Sipitang 'lesap' ditelan jerebu. Kini suasana ini telah beransur pulih dan mudah-mudahan ia akan kembali seperti sedia kala dalam  masa terdekat.

Semasa aktiviti memancing pada Sabtu lepas, ternyata tangkapan ikan juga tidak seberapa mungkin disebabkan keadaan persekitaran yang berjerebu membuatkan air sedikit sejuk akibat cahaya matahari yang terhalang. Keadaan ini menyebabkan ikan kurang aktif dan hasil kami pada hari berkenaan amat 'mengecewakan' kerana lubuk GT yang biasanya tidak menghampakan tidak melihatkan diri sepanjang aktiviti kami.....Minggu depan tidak ada aktiviti     laut disebabkan komitmen kerja dan keluarga....