Friday, September 28, 2012
Thursday, September 27, 2012
HUJAN DAN PERANCANGAN HUJUNG MINGGU
Sejak hari Ahad lalu, hujan berkala dan bertukar ganti dengan tuipan angin kencang pada waktu malam. Ini memberikan harapan yang pudar untuk aktiviti riadah memancing pada hari Sabtu nanti. Jika keadaan ini berterusan hingga Sabtu, mungkin hasrat misi terpaksa dilupakan.
Sebenarnya, selain hasrat memancing, hasrat juga telah disimpan dalam hati untuk menyediakan rumah ikan yang siap tersedia untuk ditenggelamkan iaitu empat biji tayar terpakai yang telah diap diikat. Ini adalah sebagai pelaburan masa depan untuk menjadikan spot memancing hampir dengan muara sungai.
Biasanya jika ada tukun dibuat, tidak akan mengambil masa yang lama untuk ikan menghuni, iaitu sekitar 2 bulan. Masa ini amat sesuai bagi ops untuk bulan Januari - April tahun datang dimana air akan naik pasang apada sebelah pagi.
Wednesday, September 26, 2012
Takat Laut aka Takat Semalam
Mengikut cerita pada nelayan di kawasan Sipitang, begini lah keadaan di Takat Semalam yang berkedudukan seolah-oleh bukit di tengah-tengah laut. Ikan bersaiz bagak akan mengelilingi bukit berkenaan. tetapi mungkin ada kebenarannya kerana di kawasan ini team kami pernah menaikkkan sehingga 32 ekor ikan cermin bersaiz antara 2-5.5kg seekor.....
Mula-mula menggunakan jala untukmencari umpan udang hidup di sekitar hamparan laut Weston sejurus setelah mendapat umpan yang cukup, segera menghampiri lubuk yang berhampiran untuk aktiviti memancing.
yang bawah ni nama ja trip semarang...kalau bot sekecil ni..gerenti 12 jam pergi dan 12 jam balik ...silap-silap lepas Labuan ja tidur dulu di Labuan baru sampai..hehehehe
Inaginasi Kreatif Artis
Mula-mula menggunakan jala untukmencari umpan udang hidup di sekitar hamparan laut Weston sejurus setelah mendapat umpan yang cukup, segera menghampiri lubuk yang berhampiran untuk aktiviti memancing.
yang bawah ni nama ja trip semarang...kalau bot sekecil ni..gerenti 12 jam pergi dan 12 jam balik ...silap-silap lepas Labuan ja tidur dulu di Labuan baru sampai..hehehehe
Tuesday, September 25, 2012
LUBUK KECIL-KECILAN
Selama beberapa tahun kebelakangan ini, Geng Infongail atau Geng Inuendo Anglerz hanya mencari lokasi pesisir sahaja dalam melunaskan gian memancing. Perkara ini dilakukan kerana beberapa faktor yang berkait rapat dengan hobi semata-mata.
Kalau suatu masa dahulu semasa mula-mula bergiat dengan pancingan laut, kawasan yang sering dikunjungi adalah sekitar separuh perjalanan antara Labuan dengan Sipitang. Kawasan berkenaan memang boleh menjanjikan tangkapan yang agak lumayan pada ketika itu. Lumayan dari segi jumlah tangkapan dan juga saiz ikan yang agak besar iaitu sekitar 2kg hingga 5.5 kg seekor. Sekiranya mendapat sekitar 5 ekor setiap trip sudah memadai. Kini lubuk emas berkenaan telah lama tidak dikunjungi disebabkan oleh kawasan berkenaan telah dimusnahkan oleh kalangan orang yang tidak bertanggung jawab terutama sekali kaum pendatang Filipina yang menggunakan 'pump boat' termasuk dari Pulau Daat dan Sipitang. Mereka menggunakan bom ikan selain menggunakan racun bagi memperolehi tangkapan maksima. Mereka tidak ada pertimbangan untuk tangkapan hari esok dan seterusnya.
Oleh sebab itu, apabila kami mengunjungi kawaasan berkenaan selepas medan berkenaan dijadikan padang jarak padang tekukur oleh puak tamak dan haloba ini, kawasan berkenaan telah sunyi sepi, walaupun setelah sekian lama berlalu.
Kini setelah menyedari kawasan berpenghuni bagak telah sepi, kami hanya memanfaatkan 'lubuk kecil-kecilan' tempat riadah pada hujung minggu. Walaupun begitu kami amat bersyukur, ia juga memberikan pulangan yang lumayan setiap kali kunjungan dibuat.
Lubuk berkenaan adalah Tiang Tanda Sungai Sipitang, Lubuk Batu Mandi dan JTSFI. Kawasan ini masih boleh memberi harapan dan pulangan yang baik setiap kali dikunjungi.
Oleh sebab itulah, amat penting bagi semua pihak memahami habitat dan tempat pembiakan ikan supaya tidak diganggu secara keterlaluan. Jika ini berlaku ia akan membawa kepada ketidak seimbangan dan akhirnya membawa kepada kepupusan kepada spesis ikan berkenaan. Jad sama-sama lah kita menjaga kepentingan ikan ini supaya ia sentiasa memberikan bekalan yang berkekalan sehingga ke generasi kita yang seterusnya. Insyaallah
Monday, September 24, 2012
Hati Yang Teruja
Melihatkan kepada hasil tangkapan secara solo boleh lepas belanja dapur selama seminggu, membuatkan hati ahli anglerz team GATAL hati untuk turut sama pada minggu depan. Walau bagaimanapun, harus diingati bahawa masa berbeza, cuaca belum pasti dan banyak lagi perkara yang perlu diambil perhatian.
Namun setelah melihat kedudukan pasang surut air minggu depan yang kelihatan seperti loceng, memang amat sesuai melabuhkan pancing kerana air naik pasang pada sebelah pagi dan akan mula surut sekitar jam satu petang. Keadaan ini memang amat cantik kerana ikan biasanya akan aktif semasa air pasang dan air surut. Mudah-mudahan segala perancangan akan berjalan dengan lancar dan diberkati serta dirahmati supaya apa yang dihasratkan akan menjadi kenyataan.
Perancangan Minggu Depan
Persetujuan telah dicapai antara 3 orang ahli regular Innuendo Anglerz Team untuk turun beraksi secara penuh pada hari Sabtu nanti bagi membalas dendam kerana telah kempunan untuk beraksi pada minggu lalu.
Hasil tangkapan captain IAT mengujakan ahli yang lain. Hati yang gatal boleh dilihat daripada keterujaan dan semangat yang mereka tunjukkan sewaktu melihat gambar-gambar yang dirakamkan selain salah seorang ahli IAT yang datang bersama keluarga untuk menikmati makan malam pada Sabtu lalu di rumah captain IAT dengan kerapu masak merah. Seekor kerapu sebesar itu dapat dinikmati oleh dua buah keluarga sederhana pada hari berkenaan.
Jika perancangan berjalan lancar, misi balas dendam akan dilaksanakan minggu ini....Kita nanti hasilnya ...
SUKA HATI
Ini Hasil Dua Minggu Lalu
Ini hasil minggu lalu pulak..
Kerapu sekitar 2 kg
Umpak sekitar 1 kg begitu juga ikan safiee
anak ramaja GT setengah kg bagi dua ekor....
yang lain anak ketambak
HATI RASA PUAS
Setelah kembali daripada tugas yang panjang di luar Sabah, saya memendam kerinduan yang amat mendalam terhadap aktiviti nombor wahid. Maklumat daripada rakan yang lain, mereka mempunyai alasan yang panjang untuk tidak beraksi pada minggu berkenaan. Tanpa mahu memaksa, saya pasrah dengan keadaan.
Kembali menjejak kaki ke rumah lewat malam, saya tidak terus tidur sebaliknya menyediakan peralatan yang perlu sambil membuka komputer dengan memehnatikan jadual pasang surut yang akan diharungi keesokan harinya.
Saya menyediakan segala peralatan seorang diri dan bangkit seawal jam 5:00 pagi dan selesai solat subuh memunggah segala peralatan kedalam kenderaan VIGO untuk dibawa dalam pertempuran secara solo pada hari ini.
Seperti baisa setelah menurunkan segala peralatan ke dalam perahu, saya mendapati air surut, sedikit deras pada jam 6:00 pagi berkenaan, ini memberi petanda saya terpaksa segera mencari spot untuk mendapatkan umpan hidup.
Kawasan kegemaran adalah sekitar hamparan sungai Padas yang agak kekuningan pada hari berkenaan. Tempat perhentian pertama tidak memberi apa-apa klue untuk mendapat udang semaksima mungkin....maknanya kosong. saya tidak berputus asa sebaliknya menuju ke kawasan pancang buluh yang digunakan oleh nelayan sebagai tanda laluan perahu mereka. Pilihan saya agak tepat dan tebvaran jala pertama sahaja mendatangkan hasil yang baik. Rata-rata setiap tebaran akan menghasilkan sekurangkurangnya 5-6 ekor udang hidup saiz sederhana. Keadaan ini membuatkan saya beberapa kali mengucapkan syukur kerana kerja dipermudahkan meskipun hanya seorang diri.
Setelah tangkapan umpan hampir mencecah 100 ekor saya mengambil keputusan bertolak ke lubuk pertama yang menjadi kegilaan geng kami suatu ketika dahulu. Walau bagaimanapun kawasan ini telah lama dilupakan kerana kurang sambutan oleh penghuninya.
sebaik saya membenamkan sauh ke dalam laut, saya mengambil umpan untuk dihidangkan kepada sang penghuni...setelah beberapa minit tidak ada sambutan saya mengambil keputusan untuk berpindah, namun sebelum menarik sauh, tiga batang kail harus dinaikkan dahulu. Kail pertama semasa ditarik telah ditarik dengan rakus oleh pemangsa, ini membatalkan hasrat untuk segera berpindah sebaliknya menunggu seketika lagi. Setelah membalingkan kail pertama, kail kedua pula diragut, tetapi agak perlahan. Hasilnya anak ketambak menampakkan diri. Terdetik dalam hati saya bahawa lubuk ini masih berpenghuni.
Tanpa semena-mena, satu lagi kail keramat berwarna coklat kombinasi offmer dan Penn (reel) disentap dengan kuat dan deras. Saiz pemangsa dapat dibvayangkan dengan lengkungan joran dan larian deras. Setelah bertarung sekitar lebih dua minit, kelihatan seekor ikan kerapu bintik seberat hampir 2 kg meronta. Ini memberikan pulangan yang amat baik pada hari berkenaan. Setelah beberapa lama tidak ada tarikan saya segera berpindah ke lubuk lain. Ternyata kerapu ini adalah TROFI unggul ada trip solo kali ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)















