Thursday, May 02, 2013
KOSONG VS KILAR aka KUMPAU
Cuti umum sempena hari pekerja dimanfaatkan dengan aktiviti memancing bagi mengisi masa terluang. Sebaik tiba di LTA Kota Kinabalu kerana tugas resmi di Tawau, terus pulang kerumah dengan jarak 2jam setengah perjalanan dengan kereta. Hajat yang begitu besar untuk menduga lubuk si ikan tanda mega sentiasa terasa ditangan apabila ditarik dengan hand line.
Setiba dalam jarak lagi setengah jam tiba di rumah dalam perjelanan hand phone berdering dengan pertanyaan biasa " esok turun"? Jawab ku hanya pendek sebab telah dipersetujui awal "Turun" kata ku. Setiba dirumah saya menyediakan pakaian memancing, sebab peralatan lain telah siap tersedia lebih awal selepas trip yang lalu.
Kami turun seawal 6 pagi mencari lubuk umpan. dengan keadaan sungai yang keruh dan banjir, suhu air sedikit sejuk menjadikan umpan agak sukar dicari. Cukup sekadar untuk aktiviti sekitar 4 jam kami beredar ke lubuk dihajati.
Setiba dilubuk dengan bau minyak yang menyakitkan kepada yang datang dari kapal berlabuj di JTSFI memang menggusarkan. Tunggu..punya tunggu..punya tunggu...kata P Ramlee dalam filem Seniman Bujang Lapuk.... ikan tak makan-makan. Kami agak kecewa....
Kami berpindah ke lubuk lain..hasilnya sama. Kami hanya menaikkan kerapu hitan dan kerapu bintik selain akak ikan tanda batu. Akhirnya kami mengalah dan hanya itulah rezeki kami hari itu. Dengan langkah longlai kami kembali ke pangkalan.
Ada beberapapengajaran yang diperolehi. Antaranya air terlalu dalam melebihi 2.0 meter, kedua air agak sejuk dan ketiga anak-anak ikan asyik melihat langit tanda-tanda hari nak hujan. Petang itu hujan turun akan lebat. Betul lah kata arwah ibu saya apa bila ikan selalu menampakkan perutnya itu tanda hari akan hujan...
Minggu ini bagaimana....jawapannya tengok keadaa air lagi...kerana Ahad pergi mengundi....Isnin pasti ada kerajaan baru dibentuk....
Monday, April 29, 2013
HASIL YANG DIKENAKAN SI PENCUKAI
Selama bercuti untuk tempoh lima hari, tidak termasuk dua kali Sabtu dan Ahad, empat kali turun ke laut menjenguk lubuk regular tempat ikan bermain. Hari pertama turun pada Sabtu lalu dengan empat orang pemancing. Trip ini boleh dikatakan bermain-main sahaja kerana jumlah pemancing yang ramai dengan saiz perahu yang kecil agak sukar untuk aksi berlebihan. Namun syukur juga dengan tangkapan yang ada, dan hasil ini cukup untuk kami buat hidangan BBQ pada malamnya yang mlibatkan enam keluarga.
Trip berikutnya hanya saya dengan pendatang baru ke dunia pemancing orang yang berasal dari negeri Hang Tuan, Melaka. Trip ini tidak menyerlah kerana ikan kelihatan malas menyambar ikan. Hasilnya hanya dua ekor ikan putih saiz sedrhana dan dua ekor ikan kerisi selain anak kerapu. Meskipun tidak hampa tetapi sedikit kecewa kerana ikan benar-benar tidak memberikan respons kepada umpan yang dihidangkan.
Trip ketiga hanya saya seorang diri pada hari Khamis dan ini lebih mengecewakan apabila hanya seekor anak ikan sudi menjadi korban. Entah mengapa tetapi berkemungkinan disebabkan oleh arus yang amat deras selain suhu yang tidak disukai oleh ikan.
Pada Sabtu berikutnya geng IAT turun secara penuh dan trip kali ini mengagahi diri untuk landing di lubuk yang regular dengan gambaran ikan GT berkeliaran. Pada awalnya saya adalah yang paling akhir mendapat habuan namun hasil kesabaran saya berbaloi apabila dapat menaikkan ikan tanda seberat melebihi 1 kg dan dapat menaikkan 3 ekor setengan.
Yang kurang menyenangkan adalah ada pemangsa besar dipercayai baracuda yang tidak putus-putus mengenakan cukai terhadap hasil yang sedang ditarik keatas. Orang pertama yang kena cukai hasilnya adalah navigator apabila lebih setengah bahagian ikan telah dimakan semasa sedang dinaikkan ke atas.
Saya menjadi orang kedua yang menaikkan ikan setengah ekor apabila bahagian ekor telah dicantas awal olah sang baracuda semasa sedang menaikan keatas. Ikan yang dicukai ini tidak kurang daripada 700gms beratnya.
Disebabkan air amat tinggi naiknya melebihi 2.0m kami meninggalkan lubuk sekitar jam 1:30 petang.....
Subscribe to:
Posts (Atom)