Thursday, July 25, 2013

Serupa tapi Tetap Tak Sama


Bulan puasa....kini memasuki fasa kedua setelah lebih setengah bulan berpuasa, didalam hati mengimbau raya. Dilihat di bandar utama semakin ramai pengunjung untuk membeli keperluan raya untuk keluarga. Lagu raya mula berkumandang di mana-mana menceriakan suasana. Ibarat lubuk ikan dan musim ikan gerongong aka cencaru ramai pengunjung lubuk menyerang.

Minggu lalu sambil membersihkan stor kesempatan diambil sejenak membersihkan sebahagian set pancing yaang kelihatan berterabur. Melihat drag set yang agak kurang licin saya membuka  beberapa set bagi diservis dan ternyata ada yang 'datang bulan' setelah disiram dengan minyak. Ini menandakan karat telah menyerang sebahagian alat dalaman. set berjenama 'ayam' memang memerlukan kasih sayang yang lebih dan manja berbanding dengan set dengan nama yang tersohor seperti Penn, Abu Garcia, Shimano, mahupun Banax.

Perbandingan diatas adalah berasaskan fakta. Saya membuka semua set jenama ayam hampir semua semput dan datang bulan. manakala jenama tersohor ternyata masih dalam kieadaan 'dara' walau telah lama dipakai. Ini memberi pengajaran bahawa pepatah melayu ada kemebarannya alah membeli menang memakai. Murah tetapi cepat rosak dan sedikit mahal tetapi berpuas hati....Mudah2an set cap ayam masih boleh digunakan selepas raya nanti setelah berehat lebih sebulan.......

Monday, July 22, 2013

ADA KHABAR SI PUTIH NAK BERAYA

Sudah dua minggu Ramadhan berlalu, dan telah tiga minggu juga tidak ada aktiviti melabuh pancing ke laut, bukan tidak ada minat hendak turun untuk aksi semasa berpuasa, tetapi memikirkan kesan panas nanti boleh menjejaskan ibadah puasa maka niat hanya dipendamkan didalam jiwa.

Semasa berbual sewaktu sebelum 'sungkai' bersama geng IAT sempena majlis berbuka sekeluarga, ada berita kumpulan ikan putih telah kembali ke lubuk di JFSFI, berita ini boleh dipercayai sumbernya kerana datangnya daripada orang yang rapat dengan geng IAT. Dikhabarkan pada Sabtu lalu sekumpulan pemancing tegar telah dapat menaikkan tidak kurang daripada 9kg ika putih pelbagai saiz termasuk 'gerong belang' seberat hampir 2kg seekor sebanyka dua ekor.

Kawasan ini memang kawasan kawanan si putih dan si belang. Insha Allah selepas hari raya nanti kawasan ini akan dicuba untuk diteroka semula termasuk lubuj simpanan yan telah diperam......