Tuesday, March 26, 2013
Letih yang berbaloi
Minggu lalu saya mengambil kesempatan bercengkerama seorang diri bagi mencari ketenangan sementelah pula masa banyak terluang kerana tidak ada komitmen lain yang melebihi yang lainnya. Walaupun suasana ketika ini kurang menyenangkan khususnya soal keselamatan termasuk di laut ketika ini berukutan kehadiran pengganas Sulu di Sabah.
Walaupun begitu, keyakinan dan tawakkal menjadi senjata utama bagi misi seorang diri berkenaan. Laut agak tenang memudahkan perjalanan pencarian umpan dalam misi berkenaan. Beradu nasib di bawah JTSFI, ada imbalannya yang diidamkan oleh setiap anglers. Kesabaran mendapat balasan dan kepuasan dengan lebih dua kg pelbagai iokan kecil dapat dinaikkan....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment