Monday, April 29, 2013
HASIL YANG DIKENAKAN SI PENCUKAI
Selama bercuti untuk tempoh lima hari, tidak termasuk dua kali Sabtu dan Ahad, empat kali turun ke laut menjenguk lubuk regular tempat ikan bermain. Hari pertama turun pada Sabtu lalu dengan empat orang pemancing. Trip ini boleh dikatakan bermain-main sahaja kerana jumlah pemancing yang ramai dengan saiz perahu yang kecil agak sukar untuk aksi berlebihan. Namun syukur juga dengan tangkapan yang ada, dan hasil ini cukup untuk kami buat hidangan BBQ pada malamnya yang mlibatkan enam keluarga.
Trip berikutnya hanya saya dengan pendatang baru ke dunia pemancing orang yang berasal dari negeri Hang Tuan, Melaka. Trip ini tidak menyerlah kerana ikan kelihatan malas menyambar ikan. Hasilnya hanya dua ekor ikan putih saiz sedrhana dan dua ekor ikan kerisi selain anak kerapu. Meskipun tidak hampa tetapi sedikit kecewa kerana ikan benar-benar tidak memberikan respons kepada umpan yang dihidangkan.
Trip ketiga hanya saya seorang diri pada hari Khamis dan ini lebih mengecewakan apabila hanya seekor anak ikan sudi menjadi korban. Entah mengapa tetapi berkemungkinan disebabkan oleh arus yang amat deras selain suhu yang tidak disukai oleh ikan.
Pada Sabtu berikutnya geng IAT turun secara penuh dan trip kali ini mengagahi diri untuk landing di lubuk yang regular dengan gambaran ikan GT berkeliaran. Pada awalnya saya adalah yang paling akhir mendapat habuan namun hasil kesabaran saya berbaloi apabila dapat menaikkan ikan tanda seberat melebihi 1 kg dan dapat menaikkan 3 ekor setengan.
Yang kurang menyenangkan adalah ada pemangsa besar dipercayai baracuda yang tidak putus-putus mengenakan cukai terhadap hasil yang sedang ditarik keatas. Orang pertama yang kena cukai hasilnya adalah navigator apabila lebih setengah bahagian ikan telah dimakan semasa sedang dinaikkan ke atas.
Saya menjadi orang kedua yang menaikkan ikan setengah ekor apabila bahagian ekor telah dicantas awal olah sang baracuda semasa sedang menaikan keatas. Ikan yang dicukai ini tidak kurang daripada 700gms beratnya.
Disebabkan air amat tinggi naiknya melebihi 2.0m kami meninggalkan lubuk sekitar jam 1:30 petang.....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment