Monday, April 15, 2013

Kepuasan Yang Jarang Diperolehi

Setiap hujung minggu khususnya Sabtu dan Ahad, grup IAT pasti akan mengisi masa dengan memancing selain sebagai hobi ia juga memberikan pulangan untuk dimasak bersama keluarga jika kebetulan lubuk berisi semasa trip berjalan.

Pada hujung minggu lalu, saya mengatur trip  dengan navigator IAT.....kami trun pada hari Sabtu dengan harapan dapat menambah koleksi gambar dan cerita yang telah terkumpul sekian lama. Kami turun seawal jam 5:50 pagi dan mencari umpan hidup di sekitar Sungai Buntu, Pelakat. Meskipun kawasan ini pada suatu masa dahulu menjadi kawasan mencari udang bagi grup IAT, namun disebabkan jumlahnya semakin berkurang pada masa berkenaan kami mencari tempat baru.

Kunjungan kami pada Sabtu mendapati kawanan udang masih senang diperolehi di kawasan ini sebagaimana pengalaman kami pada permulaan kami berjinak-jinak dengan aktiviti memancing. Kawasan beteng pasir yang agak cetek menjadi tumpuan kawanan udang yang bersais sederhana.

Disebabkan trip kami hanya untuk tempoh yang singkat disebabkan air pasang yang dikira tinggi kami memutuskan untuk mengambil umpan hanya sesuai untuk tempoh memancing yang pendek sahaja. Lubuk pertama agak kurang sambutan manakala lubuk kedua juga agak hambar. Menyedari keadaan ini kami mengikuti cerita yang dikhabarkan oleh kawan navigator IAT, yang menunjukkan kawasan atau lubuk baru. Dilubuk ini sambutan agak mengalakkan dengan sais GT yang sederhana dan rancak berbanding dengan lubuk sebelumnya, yang hanya kelihatan aksi kejar mengejar.

Walau bagaimanapun, sambutan tidak dapat bertahan lama kerana arus semakin deras menekan tali pancing ke tiang yang mengakibatkan tali sering menjadi mangsa tersangkut....angin semakin ganas bertiup dan kami mengakhiri trip dengan sedikit kecewa kerana lambat mencuba lubuk baru ....akibat ketidak puasan hati kami membuat trip ulangan pada hari esoknya Ahad.....

No comments:

Post a Comment