Disebabkan saya tidak terikat dengan cuti yang diambil oleh rakan lain, maka rancangan untuk turun beraksi saya teruskan meski pun solo. Yang menjadi masalah adalah semua kerja terpaksa dibuat sendiri antaranya menjala umpan, menjalankan motorbot (tekong) menariks sauh, dan sebagainya.
Yang menjadi masalah adalah bila sekejap-sekejap sauh terpaksa ditarik untuk menentukan kedudukan spot. Pada hari khamis saya tidak dapat turun dan menjalankan aktiviti jauh kerana cuaca yang amat mencabar iaitu berangin, berombak dan hujan. Kombinasi ketiga-tiga ini begitu mencabar dengan hujan yang agak kuat, angin yang boleh tahan juga menghasilkan ombak untuk melambung perahu.
Namun dengan kepercayaan rezeki ada dimana-mana, saya singgah di pancang sungai Sipitang dan ternyata ia tidak menghampakan kerana dengan segala kesukaran saya dapat menaikkan tidak kurang 3 kg ikan tanda si ketambak.
Manakala pada Sabtu, cuaca agak baik awal pagi tetapi tetap suram apabila pencarian umpan yang sesuai terhalang disebabkan oleh air sungai yang banjir akibat hujan. Perubahan suhu air yang sejuk dan tawar menjadikan udang amat sukar dicari.
Dengan kudrat yang ada saya beredar dari satu lokasi ke satu lokasi, dan hasilnya hanya udang hidup bersaiz kecil untuk hidangan si ikan putih pada hari berkenaan. dipendekkan cerita tidak lebih 50 ekor yang dapat dijala dan terus beredar ke lokasi.
Cabaran awal dilokasi prima adalah menentukan exact spot dengan tiupan angin yang agak kuat dan lambungan ombak yang mencabar fizikal. Berkat ketabahan tiga kali juga sauh terpaksa ditarik untuk menyesuaikan kedudukan. Hasilnya ikan putih bersaiz meja sebanyak 4 ekor dapat dinaikkan manakala 3 lagi rabut akibat tancapan yang longgar.
Berpuas hati dengan apa yang ada, saya kembali ke pangkalan sekitar jam 11 pagi.
Hasil tuaian sempena pesta menuai 2013 walaupun tanpa tapai tapi tetap mabuk.....hehehe
Tapak tuaian di pancang sungai Sipitang


No comments:
Post a Comment