Thursday, July 25, 2013
Serupa tapi Tetap Tak Sama
Bulan puasa....kini memasuki fasa kedua setelah lebih setengah bulan berpuasa, didalam hati mengimbau raya. Dilihat di bandar utama semakin ramai pengunjung untuk membeli keperluan raya untuk keluarga. Lagu raya mula berkumandang di mana-mana menceriakan suasana. Ibarat lubuk ikan dan musim ikan gerongong aka cencaru ramai pengunjung lubuk menyerang.
Minggu lalu sambil membersihkan stor kesempatan diambil sejenak membersihkan sebahagian set pancing yaang kelihatan berterabur. Melihat drag set yang agak kurang licin saya membuka beberapa set bagi diservis dan ternyata ada yang 'datang bulan' setelah disiram dengan minyak. Ini menandakan karat telah menyerang sebahagian alat dalaman. set berjenama 'ayam' memang memerlukan kasih sayang yang lebih dan manja berbanding dengan set dengan nama yang tersohor seperti Penn, Abu Garcia, Shimano, mahupun Banax.
Perbandingan diatas adalah berasaskan fakta. Saya membuka semua set jenama ayam hampir semua semput dan datang bulan. manakala jenama tersohor ternyata masih dalam kieadaan 'dara' walau telah lama dipakai. Ini memberi pengajaran bahawa pepatah melayu ada kemebarannya alah membeli menang memakai. Murah tetapi cepat rosak dan sedikit mahal tetapi berpuas hati....Mudah2an set cap ayam masih boleh digunakan selepas raya nanti setelah berehat lebih sebulan.......
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment