Hasil 13.4.14 di laut SMPO. Hasil keseluruhan bagi trip dari jam 6 pagi - 10 pagi 6.3 kg
Gambar bawah kelihatan spesis BABATIK seberat 2.3 kg yang menjadi tropi utama bagi trip berkenaan. Kelihatan juga lain-lain hadiah sagu hati daripaa pelbagai medal seperti ikan putih dan si tanda hitam disamping si hitam penyibuk aka kerapu.
Geng regular IAT Mr Sullivan, mengangkat tropi pertama dan kedua setelah tiba di rumah. Trip kelmarin agak baik terutama sekali pada awal pagi setelah tiba di lubuk dimana ikan begitu frenzy...namun menjelang jam 10 pagi air seakan mati yang menyebabkan si penyibuk galak membedal umpan disamping umpan menjadi mangsa di pemakan kaki. Kelihatan juga sotong bersais lengan budah ingin mencuri umpan...
sedikit close up bagi tropi kemenangan utama...




No comments:
Post a Comment