Ahad lalu, adalah episod yang mungkin tidak dapat dilupakan dalam hudup sebagai anglers. Apa tidaknya apabila keseronokan memancing telah bertukar kepada tragedi sedih akibat kerosakan engin bot semasa dalam perjalanan pencarian umpan.
Kisahnya bermula apabila sudah empat kali berturut-turut turun dalam masa tiga hari. Dipendekkan cerita pada Ahad lalu, kami turun awal kerana masih ada saki baki umpana setelah umpan kami pada malam sebelumnya tidak habis digunakan. turun dengan baki umpan berkenaan menjadikan kami berada dilokasi seawal jam 6 pagi. Akibat ikan fenzy di lokasi mengakibatkan umpan habis seawal jam 7 00 pagi. Merasakan terlalu awal untuk balik, kami mengambil keoutusan mencari umpan ke suatu lokasi lain dan terus berpindah ke lokasi seterusnya apabila umpan amat susah didapati. Dalam perjalanan berkenaan secara tiba-tiba engin Yamaha 15hp yang sudah berusia 10 tahun tiba-tiba seperti kuda patah kaki dan terhenti. Berbagai cara dicuba untuk menghidupkan namun semuanya gagal.
Dek kerana terlalu awal sekitar jam 8:30 pagi tidak ada seorang pun nelayan yang balik ke pangkalan. Kami tidak membuang masa sebaliknya berdayung bali kepangkalan sekitar jarak 10 km dari pangkalan. Dengan berkat kesabaran kami mengambil masa 4 jam untuk sampai ke pangkalan dengan selamat menggunakan pendayung dan 'tanggar'. Pengajaran daripada peristiwa ini adalah, sekiranya kami bersyukur dengan tangkapan yang ada mengambil keputusan untuk balik awal, kami akan selamat sampai di pangkalan. Namun sebagai pengajaran ini adalah suatu pelajaran baik supaya lebih berhati-hati dan belajar dengan segala masalah engin yang perlu diketahui....
No comments:
Post a Comment