Monday, September 24, 2012

HATI RASA PUAS

Setelah kembali daripada tugas yang panjang di luar Sabah, saya memendam kerinduan yang amat mendalam terhadap aktiviti nombor wahid. Maklumat daripada rakan yang lain, mereka mempunyai alasan yang panjang untuk tidak beraksi pada minggu berkenaan. Tanpa mahu memaksa, saya pasrah dengan keadaan.

Kembali menjejak kaki ke rumah lewat malam, saya tidak terus tidur sebaliknya menyediakan peralatan yang perlu sambil membuka komputer dengan memehnatikan jadual pasang surut yang akan diharungi keesokan harinya.

Saya menyediakan segala peralatan seorang diri dan bangkit seawal jam 5:00 pagi dan selesai solat subuh memunggah segala peralatan kedalam kenderaan VIGO untuk dibawa dalam pertempuran secara solo pada hari ini.

Seperti baisa setelah menurunkan segala peralatan ke dalam perahu, saya mendapati air surut, sedikit deras pada jam 6:00 pagi berkenaan, ini memberi petanda saya terpaksa segera mencari spot untuk mendapatkan umpan hidup.

Kawasan kegemaran adalah sekitar hamparan sungai Padas yang agak kekuningan pada hari berkenaan. Tempat perhentian pertama tidak memberi apa-apa klue untuk mendapat udang semaksima mungkin....maknanya kosong. saya tidak berputus asa sebaliknya menuju ke kawasan pancang buluh yang digunakan oleh nelayan sebagai tanda laluan perahu mereka. Pilihan saya agak tepat dan tebvaran jala pertama sahaja mendatangkan hasil yang baik. Rata-rata setiap tebaran akan menghasilkan sekurangkurangnya 5-6 ekor udang hidup saiz sederhana. Keadaan ini membuatkan saya beberapa kali mengucapkan syukur kerana kerja dipermudahkan meskipun hanya seorang diri. 

Setelah tangkapan umpan hampir mencecah 100 ekor saya mengambil keputusan bertolak ke lubuk pertama yang menjadi kegilaan geng kami suatu ketika dahulu. Walau bagaimanapun kawasan ini telah lama dilupakan kerana kurang sambutan oleh penghuninya.

sebaik saya membenamkan sauh ke dalam laut, saya mengambil umpan untuk dihidangkan kepada sang penghuni...setelah beberapa  minit tidak ada sambutan saya mengambil keputusan untuk berpindah, namun sebelum menarik sauh, tiga batang kail harus dinaikkan dahulu. Kail pertama semasa ditarik telah ditarik dengan rakus oleh pemangsa, ini membatalkan hasrat untuk segera berpindah sebaliknya menunggu seketika lagi. Setelah membalingkan kail pertama, kail kedua pula diragut, tetapi agak perlahan. Hasilnya anak ketambak menampakkan diri. Terdetik dalam hati saya bahawa lubuk ini masih berpenghuni.



Tanpa semena-mena, satu lagi kail keramat berwarna coklat kombinasi offmer dan Penn (reel) disentap dengan kuat dan deras. Saiz pemangsa dapat dibvayangkan dengan lengkungan joran dan larian deras. Setelah bertarung sekitar lebih dua minit, kelihatan seekor ikan kerapu bintik seberat hampir 2 kg meronta. Ini memberikan pulangan yang amat baik pada hari berkenaan. Setelah beberapa lama tidak ada tarikan saya segera berpindah ke lubuk lain. Ternyata kerapu ini adalah TROFI unggul ada  trip solo kali ini.


No comments:

Post a Comment