Tuesday, September 25, 2012

LUBUK KECIL-KECILAN


Selama beberapa tahun kebelakangan ini, Geng Infongail atau Geng Inuendo Anglerz hanya mencari lokasi pesisir sahaja dalam melunaskan gian memancing. Perkara ini dilakukan kerana beberapa faktor yang berkait rapat dengan hobi semata-mata.

Kalau suatu masa dahulu semasa mula-mula bergiat dengan pancingan laut, kawasan yang sering dikunjungi adalah sekitar separuh perjalanan antara Labuan dengan Sipitang. Kawasan berkenaan memang boleh menjanjikan tangkapan yang agak lumayan pada ketika itu. Lumayan dari segi jumlah tangkapan dan juga saiz ikan yang agak besar iaitu sekitar 2kg hingga 5.5 kg seekor. Sekiranya mendapat sekitar 5 ekor setiap trip sudah memadai. Kini lubuk emas berkenaan telah lama tidak dikunjungi disebabkan oleh kawasan berkenaan telah dimusnahkan oleh kalangan orang yang tidak bertanggung jawab terutama sekali kaum pendatang Filipina yang menggunakan 'pump boat' termasuk dari  Pulau Daat dan Sipitang. Mereka menggunakan bom ikan selain menggunakan racun bagi memperolehi tangkapan maksima. Mereka tidak ada pertimbangan untuk tangkapan hari esok dan seterusnya. 

Oleh sebab itu, apabila kami mengunjungi kawaasan berkenaan selepas medan berkenaan dijadikan padang jarak padang tekukur oleh puak tamak dan haloba ini, kawasan berkenaan telah sunyi sepi, walaupun setelah sekian lama berlalu.

Kini setelah menyedari kawasan berpenghuni bagak telah sepi, kami hanya memanfaatkan 'lubuk kecil-kecilan' tempat riadah pada hujung minggu. Walaupun begitu kami amat bersyukur, ia juga memberikan pulangan yang lumayan setiap kali kunjungan dibuat.

Lubuk berkenaan adalah Tiang Tanda Sungai Sipitang, Lubuk Batu Mandi dan  JTSFI. Kawasan ini masih boleh memberi harapan dan pulangan yang baik  setiap kali dikunjungi. 

Oleh sebab itulah, amat penting bagi semua pihak memahami habitat dan tempat pembiakan ikan supaya tidak diganggu secara keterlaluan. Jika ini berlaku ia akan membawa kepada ketidak seimbangan dan akhirnya membawa kepada kepupusan kepada spesis ikan berkenaan. Jad sama-sama lah kita menjaga kepentingan ikan ini supaya ia sentiasa memberikan bekalan yang berkekalan sehingga ke generasi kita yang seterusnya. Insyaallah

No comments:

Post a Comment