Friday, September 21, 2012

PERANCANGAN CUTI HUJUNG MINGGU


Minggu lalu , 3 orang dari pada 4 regular team INFONGAILturun beraksi bagi mengulan kunjung ke lubuk berisi yang dikunjungi mingggu sebelumnya. Sayang disebabkan kesibukan dan kesuntukanmasa , semasa balik daripada aksi tidak seorang pun ahli team sempat merakam hasil tangkapan yang diperolehi. 

Sebenarnya jika diukur daripada jumlah tangkapan yang dapat dihasilkan kira berbalio kerana team kami dapat menaikkan hasil  melebihi 5.5 kg. keseluruhannya. Cuma yang merencatkan misi adalah alun yang membuatkan salah seorang team mabuk laut, selain agak sukar mendapatkan umpan udang hidup yang mempunyaui saiz sederhana, entah apa sebabnya hampir kesemua umpan yang dapat dijala adalah terdiri daripada spesis kecil belaka.

Minggu ini, misi akan diteruskan walaupun hanya seorang diri, dan perancangan telah dibuat bagi mengunjungi lubuk yang telah dikenalpasti. Kerinduan untuk beraksi dengan tarikan-tarikan  yang deras  amat  dinanti-nantikan. Mudah-mudahan segala perancangan akan berjalan dengan lancar......

No comments:

Post a Comment