Thursday, September 13, 2012
CUTI UMUM PUN SAMPAI LUPA
Semasa menerima panggilan daripada rakan lama semasa di universiti dahulu, saya tidak menyangka bahawa hari Isnin merupakan cuti umum. Rakan lama berkenaan mencadangkan supaya satu perjumpaan dibuat pada hari Isnin sebagai langkah mula menggumpulkan semua bekas pelajar USM tahun 90an. Bila saya mengajukan pertanyaan mengapa dibuat pada hari Isnin beliau menjelaskan bahawa majlis ini diadakan sempena cuti umum bagi memudahkan semua alumni.
Memang telah lama semua alumni ini tidak pernah berjumpa sungguhpun hampir kesemuanya berada di Sabah khususnya di Kota Kinabalu.
Komitmen terhadap tugas membuatkan saya lupa melihat kalender yang hari Isnin berkenaan adalah cuti umum sempena Hari Malaysia. Perkara ini bukan disengajakan kerana saya tidak berada di pejabat pada ketika ini kerana sedang menghadiri suatu woksyop di BNM Kuala Lumpur. Perjalanan ini akan diteruskan lagi dengan satu kursus anjuran US Customs yang akan bermula pada 18-20 September. Nampak gayanya saya terpaksa melupakan majlis hi-tea alumni USM yang dirangka pada 17.9.2012 di hotel Le Meridien pada Isnin ini.
Walau apapun terima kasih kepada rakan-rakan yang telah memulakan usaha murni ini...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment