Thursday, September 13, 2012

PERANCANGAN HUJUNG MINGGU


Persediaan mental sudah dibuat bagi aktiviti meneroka lubuk pada hari Sabtu dan Ahad nanti. Seandainya perancangan berjalan dengan lancar  dan keadaan laut mengizinkan sekali lagi perancangan dibuat untuk menduga lubuk yang telah lama diidam-idamkan.

Mengikut berita dari Sipitang yang diterima pada hari Rabu lalu, hujan kerap melanda daerah berkenaan selain berita yang membimbangkan yang disiarkan dalam tv yang mengatakan laut agak bergelora sehingga hari Ahad. Sekiranya ini berlaku, alternatif terbaik akan segera dibuat dengan menuju ke sunggai bagi mendapatkan MJ yang juga telah lama tidak di'ganggu'.

Mudah-mudahan, cuaca akan beransur baik menjelang esok dan laut tenang bagi meneruskan misi yang terpendam.

No comments:

Post a Comment