Monday, October 22, 2012

MEMBUAT TRIP PERCUBAAN

Ahad lalu, saya bersama seorang geng IAT telah keluar untuk trip percubaan setelah engin Yamaha 15 hp yang mengalami kerosakan tiga minggu lalu baru siap diperbaiki. Trip hanya ke lubuk berdekatan, kerana ingin melihat prestasi engin bot Yamaha 15hp berkenaan.

Trip dimulai dengan kawasan teluk Simanggar, Weston tetapi lubuk ini ternyata hambar kerana tidak berpenghuni disebabkan oleh air agak deras kerana sedang surut. Begitu juga dengan lubuk misteri dan lubuk pancang kuala Sipitang. Akhirnya disebabkan oleh suasana yang hambar kami berpindah ke lubuk batu mandi. disini meskipun agak baik sambutan, tetapi disebabkan oleh ikan pemangsa (disyaki)barracuda ikan kurang memberi sambutan.

Disebabkan oleh umpan masih banyak berbaki kami mengambil keputusan pencuba lubuk JTSFI. di sini juga agak hambar, kecuali sekali-sekala anak-anak ikan putih mencuba nasib. Trip berkenaan kami akhiri di pancang sungai Sipitang. Keseluruhannya kami dapat sekitar 3 kg dan mencukupi untuk makan malam buat dua keluarga.

No comments:

Post a Comment