Kerosakan yang berlaku pada trip tiga minggu lalu dapat dibaiki pada petang Sabtu sebaik tiba dari tugasan luar di Kuala Lumpur. Berdasarkan pengalaman daripada kerosakan lalu, saya membeli gear oil dan pin kipas ( kerana kipas baru telah lama dibeli )
Dengan sedikit pengalaman, saya membuka kipas dan peralatan lain dengan penuh hati-hati. Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar walaupun dibuat dalam keadaan hujan yang agak lebat ketika itu. setelah semua nya siap dipasang, siri percubaan dilakukan pada hari Ahad dengan mencuba aktiviti seperti biasa.
Setelah di cuba (cuba,try, test) dilautan memang perjalanan bot agak mantap dan ini meyakinkan bahawa tatacara pembaikan hampir menyamai mekanik terlatih (fuyoo) dan bot telah boleh digunakan pada hari Ahad lalu.
No comments:
Post a Comment