Monday, January 21, 2013

CERITA SABTU


Sabtu lalu saya mengagahi juga dengan hobi memancing. Kebetulan jadual pasang surut begitu cantik dimana tidak perlu bergegas turun terlalu awal kerana air masih surut sehingga jam 8:00 pagi. Selesai segala peralatan diturunkan, saya bersama geng IN terus ke spot udang hidup di laut hamparan Weston. Air agak cetek sekitar 0.7 meter. Namun disebabkan kawasan ini adalah aliran laut ia tidak mungkin akan turun lebih rendah dari 0.5 meter. Ini selamat untuk mengambil umpan. Air kelihatan sedikit keruh dan berlumpur. Mengkiut pegalaman, keadaan ini memang amat sesuai bagi spesis berkeliaran. Dan keadaan ini memudahkanmencari umpan pada pagi berkenaan.

Hanya lebih kurang dalan 120 ekor disediakan sebagai bekalan ke lubuk biasa, kami memulakan di spot pancang dan penghuni hanya ada 6 ekor dapat dinaikkan. Kami berpinah ke batu mandi dan disini kami diganggu oleh kocakan ikan besar yang disyaki barakuda. Keadaan ini mengganggu ikan lain untuk bermesra dengan hidangan kami pada hari berkenaan.

Diganggu oleh tiupan angin yang mula mengganas, kami mencuba nasib di Jeti SFI yang juga tidak kurang cabaran angin yang kami tempohi. Hampir 2 jam menjinakkan penghuni dibawah jeti kami mendapat beberapa tariakn ganas yang tidak mampu kami lawan dengan pancing kami dan terpaksa mengalah dengan menyerahkan mata kail dan umpannya. Malah dalam suatu ketika semasa saya  sedang sibuk menguruskan tali pancing yang bersimpul saya hampir kehilangan pancing shimano kerana ditarik dengan ganas, tetapi bernasib baik sepantas kilat saya menyambar pancing berkenaan. Setelah puas bertarung ternyata seekor ikan putih jenis GT hampir 1 kg  ingin meloloskan diri daripada pancing saya.


Penghulu yang menyerah kepada joran shimano pada hari berkenaan
sebelum dijadikan hidangan malam

Hasil keseluruhan aktiviti kami pada hari berkenaan lebih 4.5 kg. Masih terdapat bagi udang hidup yang tidak habis dihidangkan kepada pemangsa pada hari berkenaan. Sebelum balik setelah mengurus semuaperalatan memancing, bagi udang hidup di CnR dibawah jambatan Sungai Sipitang untuk tujuan pembiakan dikawasan berkenaan.

No comments:

Post a Comment