Monday, January 21, 2013

FENOMENA RED TIDE


Telah hampir satu bulan ketakutan orang ramai mengenai fenomena laut merah atau red tide melanda sebahagian laut antara Papar, Kuala Penyu dan Sipitang, meskipun belum ada berita menyebut secara khusus ada kes atau kejadian di daerah berkenaan. Ketakutan untuk memakan ikan masih berlaku. Walaupun sebenarnya larangan yang dikenakan adalah memakan kerang atau siput sahaja.

Fenomena ini adalah berpunca daripada sejenis rumpai laut " harmful algal bloom " yang mengeluarkan sejenis toksik  semasa bunga-bunga rumpai ini sedang  berbunga dan kandungan toksik "anything above 400 mouse units (MU) was considered dangerous" . Bunga-bunga yang kembang ini dimakan oleh hidupan laut termasuk kerang, ikan dan ketam. Rumpai yang mengandungi sejenis toksik ini tidak mendatangkan mudharat kepada hidupan laut termasuk ikan, walau bagaimanapun, jika manusia memakan ikan yang telah memakan rumpai bertoksik ini boleh membawa maut.

Dalam heboh mengenai fenomena ini, orang juga takut memakan udang yang kehidupannya bukan ditakat tetapi dikuala sungai yang keadaannya berbeza sama sekali dengan keadaan takat yang ditumbuhi dengan rumpai berkenaan.

Bagi anglers yang biasa melihat fenomena ini biasanya akan kelihatan tompok-tompok merah pada air laut yang menandakan adanya fenomena berkenaan. Walau bagaimanapun biasanya ia tidak akan menjadi merah seluas yang mungkin dan hanya kawasan-kawasan tertentu sahaja.

Kalau mengikut ramalan oleh pihak berkuasa maritime khususnya jabatan Perikanan fenomena ini akan berterusan sehingga Jun 2013 dan telah mula dikesan sejak November 2012 lalu. Jika ini berlaku sehingga Jun ia mengulangi situasi tahun 1977 apabila hampir 6 bulan fenomena ini berterusan.

No comments:

Post a Comment