Thursday, May 16, 2013
BEGITU KUATNYA TARIKAN.....SEHINGGA TIDAK BERGANJAK DARI TEMPAT BERLABUH....
Malam semalam saya menerima panggilan telefon daripada seorang rakan memancing. Tujuan beliau membuat panggilan telefon bukan mengenai aktiviti memancing beliau tetapi pasal lain. Beliau ingin membuat booking dua kampit beras untuk keperluan keluarga. Kebetulan pula isteri saya seorang peniaga kecil yang membekalkan beras kepada pelanggan di sekitar pekan Sipitang. Memiliki sebuah kedai runcit kecil untuk memenuhkan masa beliau yang kini banyak masa disebebkan oleh anak-anak sudah membesar dan bekerja dan bersekolah.
Perbualan kami hanya menyentuh sedikit mengenai isu beras berkenaan. Selebihnya adalah mengenai hobi memancing di sekitar daerah Sipitang. Beliau sebenarnya bukan berada di Sipitang tetapi di Kimanis kerana bekerja di SOGT iaitu satu kawasan industri gas dan minyak milik Petronas.
dilanjutkan cerita, beliau memberi tahu minggu lalu beliau dengan isteri beliau telah pergi memancing di perairan Sipitang. Kawasan tempat beliau memancing bersama dengan isteri beliau adalah tempat kami selalu lepak beberapa tahun lalu yang memang kawasan A1 untuk ikan bersaiz sederhana terutama sekali ikan putih, ketambak dan kerapu. Dilanjutkan cerita, beliau berkata isteri nya dapat menaikkan seekor kerapu bintik dengan berat lebih satu kilo. Mungkin ini adalah saiz terberat pernah isteri beliau naikkan setakat ini. Apa yang menariknya adalah, setelah berjaya menaikkan ikan kerapu sebesar itu, isteri yang sedang kesejukkan disebabkan oleh tiupan angin dan hujan renyai menjadi segala rasa sejuk itu hilang. Malah kata beliau telah beberapa kali dipujuk untuk berangkat balik masih enggan sehingga jam menunjukkan hampir 6 setengah petang. Begitulah kuatnya tarikan ikan yang menjadikan sebagai tarikan hobi.
Kata beliau hasil keseluruhan tangkapan beliau dengan pelbagai jenis spesis ikan hampir 7 kg. Wow...banyaknya. Begitulah ...ia membuat sesiapa jua akan ketagih untuk lagi...dan lagi...apabila terkena yang besar....dan kuat.....hehehe...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment