Saya masih ingat semasa masih lagi kecil dahulu apabila ayah menceritakan betapa senangnya melihat udang galah bermain-main disepanjang sungai di daerah Beaufort. Beliau juga selalu menceritakan bahawa hampir setiap tahun akan ada semacam pesta diadakan iaitu "MENUBA" ikan dengan menggunakan sejenis akar yang dinamakan tuba. Akar ini apabila dilumatkan akan mengeluarkan sejenis cecair berwarna putih susu.
Air ini akan dicurahkan kedalam air dan dibiarkan mengalir bersama-sama mengikut arah air mengalir. Ikan yang terkena air tuba ini akan "MABUK" dan timbul ke permukaan air dan ketika itu lah orang kampung akan mengutip ikan-ikan yang mabuk dan lemah untuk dijadikan makanan. Tambah beliau apabila pesta ini diadakan, ramai orang kampung akan turut mengutip ikan yang mabuk dan lemah berkenaan. Antara ikan yang menjadi sasaran adalah seperti ikan Kanai, Kerapu, Yu, Yu Parang, dan bermacam-macam lagi daripada spesis ikan yang kecil.
Namun pada hari ini, aktiviti ini tidak lagi berlaku. Perkara ini adalah disebabkan oleh sama ada masyarakat telah melupai aktiviti sedemikian. Bayangkan pada waktu itu peralatan nelayan hanya jala, rawai dan bujak untuk menangkap ikan. Hari ini ikan-ikan yang disebutkan diatas juga semakin pupus. Pada masa itu tidak kedengaran mereka menyebut tentang ikan putih, ikan merah dan sebagainya, sebab spesis ini biasanya hanya bermain di lautan yang dalam, sedangkan nelayan pantai hanya mencari rezeki di kuala-kuala sungai.
Namun apa yang penulis nak kongsikan dalam tulisan ini adalah peredaran zaman dan masa tanpa disedari berubah dengan pantas. Bayangkan kalau dalam 50 tahun dahulu udang galah mudah dilihat dengan mata kasar bermain-main berhampiran sebarang reba di sepanjang sungai. Kini bagaimana?
Satu perkara lagi adalah kepupusan hidupan akuatik. Apakah penyebab kepupusan ini berlaku. Pastinya bukan disebabkan oleh orang miskin seperti nelayan pantai dan seumpamanya. Jadi angkara siapa? Yang jelas adalah kerakusan orang kaya dan syarikat-syarikat besar menebang pokok untuk mengaut keuntungan tanpa mengambil kira kesan kepada alam sekitar. Hari ini anak cucu kita terpaksa membayar dengan harga yang mahal.
Kemana semua ikan dan hidupan akuatik berkenaan pergi. Sudah tentu pupus disebabkan oleh habitat yang terancam akibat perubahan bentuk muka bumi dan perubahan struktur sungai dan lautan akibat hakisan melampau dan mengakibatkan habitat hidupan yang berubah sama sekali.
Adakah kita dan anak cucu kita akan dapat melihat keadaan apa yang kita lihat hari ini. Rasanya tidak dan mereka akan mewarisi longgokan sampah yang melampau terutama sekali daripada bahan plastik yang tidak diurus dengan baik.
Jad apa tindakan kita dari sekarang? Think.....
No comments:
Post a Comment