Thursday, February 26, 2015
kordinat lubuk cara kampung
Sejak kemunculan gadget di pasaran termasuk telefon bimbit yang dilengkapi dengan kemudahan GPS memang memudahkan usaha untuk mengesan lubuk berpotensi. Namun dengan hanya bergantung kepada GPS masih belum mencukupi, jika tidak mempunyai alat pengesan sonar atau echo sounder. Saya pernah membeli kedua-dua alat ini sekitar tahun 2006 dengan harapan dapat digunakan untuk mengesan lubuk yang berpenghuni terutama sekali ditempat air yang dalam melebihi 15 meter kedalaman. Walaupun alat-alat ini memang berguna dalam membantu memudahkan usaha mencari lubuk, namun cara mengoperasi yang kompleks disamping masalah imej akuatik yang mengelrukan, sehingga kini peralatan ini masih tidak digunakan secara optimum dan tersimpan dengan baik. Bagi alat Global Positioning System (GPS) pula, yang dibeli bersama-sama echo sounder, dengan munculnya kemudahan sama bersama-sama telefon bimbit, telah menguranagkan lagi fungsi alat berkenaan.
Ada juga rakan peminat aktiviti memancing cuba untuk meminta kedudukan kordinat lubuk yang selalu geng IAT lawati. Disebabkan geng IAT tidak menyimpan kordinat apatah lagi menyimpan dalam kordinat GPS kami, disebabkan kami hanya menggunakan tanda semula jadi yang berasaskan pengalaman, maka permintaan ini tidak dapat ditunaikan atau diberikan. Bukan sebab lokek berkongsi lubuk, tetapi memang tidak dapat dibayangkan oleh orang lain jika sekadar menggunakan tunjuk arah atau tanda semula jadi dalam mengesan lubuk. Penggunaan tanda semula jadi seperti bukit dan kayu atau tanda lain memang menjadi kebiasaan bagi nelayan tempatan sejak sekian lama. Selain itu ada juga nelayan yang rajin dengan meninggalkan tanda yang dipanggil 'lawa-lawa' setakat menggunakan istilah tempatan atau unjam kata nelayan di semenanjung Malaysia. Tanda yang ditinggalkan di lubuk ini lah yang menjadi panduan jika berkunjung ke lubuk untuk aktiviti memancing.Namun, pada kebiasaannnya menggunkan tanda sedemikian sering kali hilang sama ada dibuang oleh orang yang tidak bertanggung jawab atau dimusnahkan oleh aktiviti kapal pukat tunda
yang kerap beroperasi pada waktu malam.
Walaupun kaedah digunakan ini masih dikira kuno, namun begitulah ilmu kelautan yang diwarisi sejak zaman berzaman oleh mereka yang bergelar komuniti nelayan tradisional. Ada juga kebaikannya menggunakan tanda semulajadi ini, kerana ini tidak mengganggu alam semula jadi didalam laut. Selain itu dapat mengelakkan satu puak lagi pemusnah alam sekitar iaitu kalangan pelahap yang terdiri daripada nelayan warga asing yang menggunakan bom ikan atau racun bagi memperolehi hasil untuk jangka pendek tanpa mengira kesan jangka panjang dan kesan kepada mereka yang memakan hasil daripada aktiviti sedemikian.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment