Sunday, February 22, 2015

Ahad, cuti hujung minggu mengambiul kesempatan untuk turun ke laut dengan tekad untuk menduga Lubuk Misteri yang suatu masa dahulu menjadi spot paling menghiburkan, apa tidaknya layanan mesra oleh si putih manja yang menjadikan masa tidak terasa berlalu. Namun itu cerita lama, kerana buat seketika lubuk ini menjadi tidak keruan disebabkan tidak berpenghuni. Pengalaman daripada satu trip pada hari Rabu dan jumaat dijadikan sebagai panduan untuk mengulangi aktiviti yang dapat menghasilkan tangkapan yang agak lumayan meskipun masa yang diambil hanya kurang daripada 5 jam termasuk aktiviti mencari umpan. Keadaan air yang agak baik dimana pada jam 6 pagi masih pada kedudukan 1.0, memudahkan sedikit kerja-kerja memunggah peralatan dan menurunkan perahu ke gigi air. Pencarian umpan agak senang dimana sekali tebaran boleh menghasilkan antara 5-15 ekor. Dengan bermodalkan lebih 200 ekor kami segera bergerak ke Lubuk Misteri. Pada trip solo hari Jumaat lalu saya telah membuang sebiji batu yang diikat dengan sebiji botol sebagai tanda lokasi lubuk. Pagi tadi tanda ini masih kekal berada di tempat berkenaan. Tidak lama menunggu, sambaran pertama daripada ikan kerapu bintik dan anduping memulai aksi pagi. Tidak lama selepas itu beberapa sambaran daripada ikan kerapu seberat 1.5 kg yang dikira sebagai piala utama dalam trip ini. Setelah kelihatan air mula bergerak pasang, barulah sambaran si putih manja bermula. Agak frenzy dan menghiburkan apabila tarikan-tarikan daribawah menampakkan kelibat si putih yang kadangkala membawa tali pancing hampir ke sekeliling perahu. Namun berlaku si pencukai jahat pada saat-saat akhir tarikan berlaku. Tidak kurang daripada 3 ekor disebat oleh di ikan barracuda, yang mencemburui makan malam pemancing berlauk si putih. Selepas gangguan ini, si putih berlari pantas meninggalkan lubuk Sekitar jam 10 kami beredar balik degan hasil keseluruhan hampir 7 kg untuk hari ini.

No comments:

Post a Comment