Wednesday, February 25, 2015
APA AKAN JADI LAGI DUA DEKAD KE DEPAN
Sejak tahun 2004 menjinakkan diri dengan aktiviti laut khususnya memancing, telah menyaksikan banyak peristiwa di persekitaran laut Sipitang. Jika kita tidak membuat pemerhatian mengenai alam sekitar sudah tentu kita tidak akan merasai apa-apa yang berlaku keatas asakan keatas alam sekitar. sesekali turun dengan alat perakam peristiwa khususnya gadget modern seperti telefon bimbit yang dilengkapi dengan kamera membantu saya dan geng merakamkan keadaan persekitaran.
Kini telah lebih 10 tahun berlalu, tanpa dirasa bahawa perubahan yang sedang berlaku mengasak dengan hebat dunia tempat kita tinggal khususnya pembuangan sampah ke laut oleh penduduk yang masih gagal untuk faham akan kesan kepada alam sekitar.
Begitu juga kemajuan yang kita impikan seperti pembangunan kawasan dan pembangunan ekonomi yang juga telah memberikan impak besar kepada alam sekitar. Penarahan bukit yang berterusan di sekitar Sipitang oleh beberapa projek mega sedikit sebanyak memberikan kesan kepada alam sekitar. Ini tidak lagi termasuk projek rakus orang kaya yang meneroka tanah untuk tanaman sawit yang telah meminggirkan terus penduduk kampung.
Apa akan jadi dalam 20 tahun akan datang? adakah kita masih dapat menyaksikan persekitaran kita masih selamat dari segi hidupan akuatik yang menjadi sumber makanan utama penduduk....adakah penduduk yang berpuncakan pendapatan mereka di laut masih boleh menyara keluarga mereka hasil daripada laut????
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment