Tuesday, October 09, 2012
CUTI YANG AGAK PANJANG
Mingggu ini berada di ibu kota kerana tugas kepada negara, dan disambung pula dengan tugas kepada keluarga beberapa minggu yang akan datang sehingga semua perkara selesai pada mingggu pertama bulan Disember nanti. Melihat kepada jadual yang begitu padat, memang sudah dimaklumi, untuk beberapa minggu mendatang terpasksa berehat panjang.
Kalau menurut kepada jadual air pasang surut, mulai hujung Oktober ini, menunjukkan masa paling sesuai untuk aksi memancing kerana air akan naik pasang pada sebelah pagi, dan menurut catatan pengalaman lalu, musim GT sudah bermula.
Minggu lalu saya bersama geng IAT telah memerhati lubuk permainan GT dan rakan yang sedang asyik melayan si ketambak tetapi saya masih mengintai si GT. Pada suatu masa kelihatan kawanan si GT 'melarau' dan saya 'ampit' dua ekor yang bersaiz remaja yang strike dalam masa yang sama keatas dua pancing saya. Rakan saya kempunan mendapat GT dan beliau seakan kehairanan dan tidak percaya apa bila saya mengatakan saya menunggu layanan GT, dan tidak lama selepas itu pancing saya diragut ganas 'target' yang dihajati.
Tetapi itu lah yang dikatakan rezeki.......Tetapi buat sementara waktu idamanterpaksa dipendam...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment