Sunday, October 07, 2012

PERANCANGAN BAIK VS NASIB MENGAJAR KAMI

Kami merancang sejak minggu lalu untuk mencuba lubuk lama yang dikabarkan telah pulih kerana ada berita yang diterima oleh ahli IAT nelayan tempatan mendapat sambutan ikan bersaizmega di spot yang diidamkan. Perancangan ditambahi pula dengan kedudukan air yang agak baik selain mengubah jadual kerja oleh ahli yang bersemangat tinggi untuk aksi di lubuk dihajati.

Saya menyediakan peralatan sebaik mungkin dengan hanya membawa alat pancing aksi medium disamping aksi berat untuk lubuk yang sebelum ini memang terkenal dengan 'isi' agak bagak dan kental daya melawannya. Atas kepercayaan ini lah keyakinan dan semangat amat tinggi . Walau bagaimanapun, disebabkan oleh dikecewakan oleh engin bot kamu..kami terpaksa rela dengan keadaan, apa tidaknya apabila sampai dipertengahan jalan dalam mencari umpan hidup, ia meraung tanpa mahu berganjak dari tempatnya...saya memahami masalahnya dan mengurangkan kelajuan..dan nasib baik ia masih mahu meneruskan perjalanan ..cuma dengan kelajuan yang amat minima..

Kami meneruskan juga hajat mencari umpan walau dengan kelajuan yang minima dan mengambil masa yang panjang untuk balik ke pangkalan..dan dalam perjalanan balik kami singgah ke beberapa lubuk tinggal sebagai pengubat hari..dan nasib masih dikira baik kerana kami masih boleh melunaskan hajat memancing di beberapa lubuk tinggal, dan kedua kami selamaat pulang kerumah dan berjumpa anak dan isteri yang setia menunggu hasil hari ini...

Syukur kami masih diberikan peluang untuk meneruskan kehidupan meskipun cabaran di laut dikira amat getir....

No comments:

Post a Comment