Bagi sesetengah orang, terutama sekali bagi yang jarang datang ke Kuala Lumpur, kota metropolitan ibu nnegara Malaysia, menjadi impian kerana terbayang banyaknya tempat yang boleh dikunjungi termasuk tempat riadah, membeli belah dan tidak kurang pusat hiburan. Tempat seperti taman tema Sunway Lagoon, pusat membeli belah Mid Valley, The Mall, The Mines, tidak kurang juga jualan kaki lima seperti di Jalan Jalan MAsjid India di Tuanku Abd Rahman, Chow Kit dan Bintang Walk semuanya memang menarik untuk dikunjungi, selain Berjaya Square, dan Low Yatt bagi yang gila kepada barang eletronik dan gadjet canggih.
Walaupun begitu, bagi saya semua itu tidak menarik perhatian kerana bukan menjadi minat untuk berjalan-jalan atau cuci mata, sementalahan pula semua tempat berkenaan telah biasa dikunjungi sebelum ini, selain itu Kuala Lumpur mengalami musim hujan pada sebelah petang tetapi bukan itu alasan sebenar tetapi ia lebih kepada persoalan kos dan modal juga agak kurang untuk aktiviti berkenaan. Jika di kampung, sudah tentu saya menyiapkan perahu untuk aktiviti memancing yang menjadi hobi utama saya.
Disebabkan pada kali ini saya berada di sini meliputi tempoh yang agak panjang, maka segala aktiviti biasa di kampung tidak terlaksana, maka hanya memerapkan diri di dalam bilik sambil melayan lap top dan menulis memenuhkan blog untuk tatapan dan catatan.
Alangkah baiknya jika ada aktiviti memancing yang memberikan kadar sewa yang murah bagi memenuhkan aktiviti hujung minggu di kota raya ini..jika ada sudah pasti saya tidak akan melepaskan peluang yang sedemikian.
No comments:
Post a Comment