Sunday, December 23, 2012

MESKI SOLO...HAJAT DITUNAIKAN


Sudah dinekadkan di hati bahawa Ahad yang terluang akan digunakan untuk satu misi meskipun diramal dalam Mayan Calender dunia akan kiamat. Ada dua perkara saya menolak kemungkinan berlaku perkara yang diramal, pertama saya berpegang kepada aqidah Islam dengan perkataan lain saya hanya percaya ketentuan ALLAH. Yang kedua saya adalah pemancing TEGAR, mengikut kamus sendiri laa....

Setelah regular member dalam IAT mempunyai komitmen masing-masing, saya tidak memaksa mereka membatalkan rancangan masing-masing, sebaliknya saya nekad turun secara solo. Biasanya kalau beraksi secara solo, keputusan dapat dibuat dengan mudah.

Selesai solat subuh saya memulakan perjalanan ke JPPS dan menyiapkan segala kelengkapan. Shell Sipitang kehabisan minyak sapa seorang nelayan yang dikenal dalam loghat Bruneinya. Hajat untuk menambah stok minyak terhalang, dan baki daripada minggu lalu masih cukup untuk aksi seorang diri. Tanpa membuang masa saya terus menurunkan peralatan. Selesai segala peralatan diturunkan saya segera menuju dengan laju ke lubuk umpan. 


                          ( Si tanda aka tahi lalat aka ketambak bersaiz meja)

Setelah menebar jala sekitar 30 minit, jumlah umpan lebih 100 ekor semuanya. Saya segera menuju lubuk demi lubuk. Lubuk pertama memang 'KILAR" aka kosong lah tu..tanpa lengah berpindah ke lubuk kedua...di sini hanya ada sua penghuni...dan lantas saya segera ke lubuk ketiga. Juga agak kurang sambutan membuatkan saya lari ke JTSFI. Meskipun kelihatan aksi kejar mengejar di gigi air tetapi tidak ada pemangsa bagak yang sudi menjamah umpan saya selain beberapa ekor anak kerapu dan GT junior.

Dengan rasa agak hampa saya kembali ke lubuk ketiga dan mencuba nasib sebelum balik ke pangkalan. Melihat keadaan air sedang naik, sambaran demi sambaran si GT junior dan si tahi lalat. Ini membuatkan kekecewaan kecil sedikit terubat. Mendengar laungan azan  dari mesjid kampung Sipitang saya memberhentikan aksi buat sementara waktu. Setelah sambutan semakin kurang saya kembali ke lubuk kedua. Disini juga kurang sambutan tetapi beberapa sambaran yang bersaiz meja menambah kutipan saya hari berkenaan.

Setelah keadaan air sedikit dalam dan boleh dilalui untuk masuk ke pangkalan, saya mengakiri aksi solo minggu ini dengan lebih daripada 3 kg untuk stok minggu ini....Selamat menyambut Krismas ..... tetapi saya akan meneruskan misi pada hari berkenaan.....

No comments:

Post a Comment