Monday, December 24, 2012

Tuna Oh Tuna...


Musim tuna tiba lagi di laut Sipitang.  Menurut perkhabaran daripada para nelayan di daerah ini, tuna sebesar dari 2kg - 8 kg seekor menjadi sasaran mereka. Saya tidak ada pengalaman mengenai tuna ...jadi saya tidak berani menyahut cabaran mereka untuk turun ke medan tempur. Kerana silap langkah hanya berputih mata dibuatnya. ada beberapa perkara yang membuatkan saya tidak berani menyahut cabaran berkenaan.

Pertama - Tuna merupakan spesis ikan pemangsa , jadi umpan yang dipilih hendaklah yang menjadi makanan spesis berkenaan. Selama  ini saya hanya menjerat GT dan ikan merah yang lebih gemar kepada udang hidup  sebagai makanan untuk menjerat merka. Tuna lebih suka ikan bilis atau tamban yang dicincang halus sebagai penarik supaya datang berkawan. Manakala tuna di sebelah sempurna, lebih tepat lagi di laut mabul lebih minat dengan sotong yang dibalut dengan pewarna tiruan, dan tuna jenis ini dipanggil yellow fin tuna dengan kedalaman 70 -100 meter.

Tuna di daerah Sipitang mungkin bermusim, dan mengejar anak ikan jenis 'pusu' atau bilis. Menurut penelitian penulis apa yang pernah saya lihat sendiri, spesis ini memang mempunyai kudrat yang tinggi dengan larian deras. Ini memerlukan tali yang agak panjang melebihi 150 meter.

Kedua - umpan yang digunakan adalah merupakan yang menjadi 'diet' kepada spesis ini,. dalam hal ini umpan yang biasa digunakan adalah 'pusu' atau tamban yang dicincang. Masalah yang dihadapi adalah untuk mendapatkan umpan yang fresh terutama sekali jika tidak ada pusu yang dijuala di pasar.

Oleh sebab itu, saya tidak bersedia untuk bertarung di medan tempur spesis ini buat sementara waktu.....

No comments:

Post a Comment